Abad ke-7 SM
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: |
|
Garis masa: |
|
Ketua negara: |
|
Dekad: |
|
Kategori: | Kelahiran – Kematian Penubuhan – Pembubaran |
Abad ke-7 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 700 SM hingga 31 Disember 601 SM dalam kalendar Gregory.
Peristiwa
- Akhir abad ke-7 SM - Tentera Medes dari Iran barat serta tentera Scythia dari Rusia moden dan Ukraine menyerang bahagian-bahagian utara dan timur Assyria.
- 699 SM - Khallushu mewarisi Shuttir-Nakhkhunte sebagai raja Empayar Elam.
- 697 SM - Kemangkatan Raja Huan, raja Dinasti Zhou di China.
- 696 SM - Raja Zhuang menjadi raja Dinasti Zhou di China.
- 696 SM - Tentera Cimmerian memusnahkan Phrygia; kemungkinan penghijrahan orang-orang Armenia.
- 691 SM - Raja Sennacherib dari Assyria menewaskan raja Humban-nimena dari Empayar Elam dalam Pertempuran Halule.
- 690 SM - Taharqa, raja Dinasti Kedua Puluh Lima, naik takhta Mesir (tarikh anggaran).
- 689 SM - Raja Sennacherib dari Assyria menjarah Babylon.
- 687 SM - Gyges menjadi raja Lydia.
- 687 SM - Hezekiah diwarisi oleh Manasseh sebagai raja Judah.
- 682 SM - Kemangkatan Raja Zhuang, raja Dinasti Zhou di China.
- 681 SM - Raja Li menjadi raja Dinasti Zhou di China.
- 681 SM - Esarhaddon mewarisi Sennacherib sebagai raja Assyria.
- 677 SM - Kemangkatan Raja Li, raja Dinasti Zhou di China.
- 677 SM - Esarhaddon mengetuai angkatan tentera Assyria terhadap puak-puak Arab, dan mara sehingga Anak Air Mesir.
- 676 SM - Raja Hui menjadi raja Dinasti Zhou di China.
- 675 SM - Esarhaddon memulakan pembinaan semula Babylon.
- 674 SM - Esarhaddon menghancurkan pemberontakan di Ashkelon yang disokong oleh Taharqa, raja Mesir. Sebagai gerak balas, Assyria menyerang Mesir, tetapi Taharqa dapat mempertahankan diri daripada penyerang-penyerang tersebut.
- 673 SM - Tullus Hostilius menjadi raja Rom.
- 671 SM - Esarhaddon menyerang Mesir sekali lagi, dan menawan Memphis serta menangkap sebilangan ahli kerabat diraja.
- 669 SM - Assurbanipal mewarisi bapanya, Esarhaddon, sebagai raja Assyria.
- 668 SM - Shamash-shum-ukin, anak lelaki Esarhaddon, menjadi raja Babylon.
- 668 SM - Mesir memberontak terhadap Assyria.
- 668 SM - Anggaran: Nineveh, ibu kota Assyria, mengambil alih daripada Thebes di Mesir sebagai kota yang terbesar di dunia. [1]
- 667 SM - Byzantium diasaskan oleh penjajah-penjajah Megara di bawah Byzas (tarikh tradisional)
- 664 SM - Pertempuran laut yang pertama dalam sejarah tercatat Greek antara Corinth dan Corcyra.
- 664 SM - Assurbanipal menawan dan menjarah Thebes, Mesir.
- 664 SM - Psammetichus I mewarisi Necho I sebagai raja Mesir Bawah.
- 664 SM - Taharqa melantik anak saudaranya, Tantamani, sebagai pewaris Mesir Atas.
- 11 Februari 660 SM - Pengasasan Jepun oleh Maharaja Jimmu (tarikh tradisional).
- 660 SM - Penggunaan pertama yang diketahui tentang skrip demotik.
- 660 SM - Psammetichus I menghalau tentera Assyria dari Mesir.
- 650-an SM - Pendudukan bermula di Piedras Negras, Guatemala, tapak Maya.
- 657 SM - Cypselus menjadi penzalim yang pertama di Corinth.
- 656 SM - Psammetichus memperluas kuasanya ke seluruh Mesir. Keakhiran Dinasti Kedua Puluh Lima.
- 653 SM - Atta-Khumma-In-Shushinak dan Khumbanigash II mewarisi Shilhak-In-Shushinak dan Tempti-Khumma-In-Shushinak sebagai raja-raja Empayar Elam.
- 652 SM - Babylonia di bawah Shamash-shuma-ukin memberontak terhadap Assyria.
- 651 SM - Raja Xiang menjadi raja Dinasti Zhou di China.
- 650 SM - Kota Abdera di Thrace diasaskan oleh penjajah-penjajah dari Clazomenae.
- 650 SM - Perubahan iklim menjejaskan semua kebudayaan Zaman Gangsa di Eropah dengan iklim yang lebih sejuk serta lebih lembap. Puak-puak kebudayaan Zaman Gangsa Nordik di Scandinavia ditolak masuk ke benua Eropah di selatan.
- 640-an SM - Ashurbanipal, raja Assyria, mengasaskan sebuah perpustakaan yang mempunyai sebuah salinan Epik Gilgamesh terawal yang lengkap.
- 649 SM - Indabigash mewarisi Tammaritu sebagai raja Empayar Elam.
- 649 SM - Pemberontakan Babylonia dibawah Shamash-shuma-ukin dihancurkan oleh Assyria.
- 648 SM - Pankration menjadi satu acara Sukan Olimpik Kuno.
- 6 April 648 SM - Catatan Yunani yang terawal tentang gerhana suria.
- 647 SM - Raja Assurbanipal dari Assyria menjarah Susa.
- 642 SM - Ancus Marcius menjadi raja Rom yang keempat (tarikh tradisional).
- 640 SM - Kemenangan Assyria yang cemerlang terhadap Empayar Elam.
- 632 SM - Cylon, orang bangsawan Athens, menawan Akropolis dalam percubaannya yang gagal untuk menjadi raja.
- 632 SM - Dalam Pertempuran Chengpu, kemaharajaan Jin dan sekutu-sekutunya menewaskan kemaharajaan Chu dan sekutu-sekutunya di China.
- 631 SM - Pengasasan Cyrene, sebuah tanah jajahan Greek di Libya (Afrika Utara) (tarikh anggaran).
- 631 SM - Sadyates menjadi raja Lydia.
- 627 SM - Assurbanipal, raja Assyria, mangkat dan diwarisi oleh Assur-etel-ilani (tarikh anggaran).
- 626 SM - Nabopolassar memberontak terhadap Assyria, dan mengasaskan Empayar Babylon Baru.
- 625 SM - Masyarakat Medes dan Babylonia menuntut kemerdekaan daripada Assyria dan menyerang Nineveh (tarikh anggaran).
- 623 SM - Sin-shar-ishkun mewarisi abangnya, Assur-etel-ilani, sebagai raja Assyria (tarikh anggaran).
- 622 SM atau 621 SM - Teks Deuteronomy ditemukan di Candi di Jerusalem.
- 619 SM - Alyattes menjadi raja Lydia.
- 619 SM - Kemangkatan Raja Xiang, raja Dinasti Zhou di China.
- 618 SM - Raja Qing menjadi raja Dinasti Zhou di China.
- 616 SM - Lucius Tarquinius Priscus menjadi raja Rom yang kelima.
- 614 SM - Penjarahan Asshur oleh angkatan-angkatan tentera Medes dan Babylonia.
- 613 SM - Kemangkatan Raja Qing, raja Dinasti Zhou di China.
- 612 SM - Raja Kuang menjadi raja Dinasti Zhou di China.
- 612 SM - Sebuah perikatan antara orang-orang Medes, Babylonia dan Susiania mengepung dan menaklukkan Nineveh. Raja Sin-shar-ishkun dari Assyria dibunuh dalam penjarahan.
- 612 SM - Ashur-uballit II cuba mengekalkan empayar Assyria dengan memantapkan kedudukannya sebagai raja di Harran.
- 612 SM - Anggaran: Babylon, ibu kota Babylonia, mengambil alih daripada Nineveh, ibu kota Assyria, sebagai kota yang terbesar di dunia. [2]
- 610 SM - Necho II mewarisi Psammetichus I sebagai raja Mesir.
- 609 SM - Raja Josiah dari Judah mangkat dalam Pertempuran Megiddo terhadap Firaun Necho II dari Mesir yang sedang menuju ke utara untuk membantu Ashur-uballit II, sebuah negeri di bahagian belakang Assyria.
- 609 SM - Tentera Babylonia menewaskan angkatan tentera Assyria (tentera Ashur-uballit II), dan menawan Harran. Ashur-uballit II, raja Assyria yang terakhir, hilang daripada sejarah.
- 609 SM - Jehoahaz mewarisi bapanya, Josiah, sebagai raja Judah tetapi digulingkan dengan serta-merta oleh Necho yang melantik secara rasmi Jehoiakim, saudara kandung Jehoahaz, sebagai raja.
- 607 SM - Kemangkatan Raja Kuang, raja Dinasti Zhou di China.
- 606 SM - Raja Ding menjadi raja Dinasti Zhou di China.
- 605 SM - Pertempuran Carchemish: Putera Mahkota Nebuchadrezzar dari Babylon menewaskan angkatan tentera Necho II dari Mesir, dan menaklukkan Assyria. Tentera Babylonia mengejar melalui Syria dan Palestin.
- 605 SM - Nebuchadrezzar II mewarisi bapanya, Nabopolassar, sebagai raja Babylon.
- 600 SM - Pengasasan Capua.
- 600 SM - Pengasasan Milan oleh orang-orang Celt (tarikh anggaran).
- 600 SM - Pengasasan Marseille oleh orang-orang Phoceans (tarikh anggaran).
- 600 SM - Smyrna dijarah dan dimusnahkan.
- 600 SM - Nebuchadrezzar membina Taman Tergantung Babylon.
- 600 SM - Gerakan Santo Hari Kemudian: Lehi mengetuai keluarga dan beberapa kawannya untuk lawatan di Amerika dari Jerusalem.
- Orang-orang Scythia tiba di Asia.
Tokoh-tokoh
- Hezekiah dari Kemaharajaan Judah (memerintah dari 710-an SM|715]] - 687 SM).
- Sennacherib, raja Assyria dan penakluk terhadap Babylon (705 - 681 SM).
- Gyges dari Lydia (memerintah dari 687 - 652 SM).
- Manasseh dari Judah (memerintah dari 687 - 643 SM).
- Esarhaddon, raja Assyria dan penakluk terhadap Mesir (memerintah dari 681 - 669 SM).
- Archilochus dari Thasos, pemuisi (k.k. 680 SM - 645 SM). Beliau dilahirkan di pulau Paros.
- 673 SM - Kemangkatan Numa Pompilius, raja Rom yang kedua serta pewaris Romulus.
- 670 SM - Kemangkatan Mettius Fufetius, raja Latin bagi Alba Longa.
- 664 SM - Kemangkatan Necho I, raja Mesir.
- 663 SM - Kemangkatan Taharqa, raja Mesir.
- 653 SM - Kemangkatan Tantamani, raja Dinasti Kedua Puluh Lima Mesir yang terakhir.
- 652 SM - Kemangkatan Raja Hui, raja Dinasti Zhou di China.
- 652 SM - Sebutan tercatat yang pertama tentang Raja "Kuras dari Parsumas". Baginda mungkin merupakan orang yang sama dengan Raja Cyrus I dari Anshan, ketua Dinasti Achaemenid.
- 645 SM - Kemangkatan Guan Zhong, Perdana Menteri negeri Qi di China.
- Josiah dari Kemaharajaan Judah (memerintah dari 641 SM - 609 SM).
- Stesichorus dari Sicily, pemuisi lirik (k.k. 640 SM - 555 SM).
- Solon dari Athens, salah satu daripada Tujuh Tokoh Bijaksana Yunani 638 SM - 558 SM).
- Thales dari Miletus, ahli matematik Yunani (635 SM - 543 SM).
- 610 SM - Kemangkatan Psammetichus I, raja Mesir.
- 610 SM - Kelahiran Anaximander, ahli falsafah Yunani.
- Sappho dari Lesbos, pemuisi Yunani.
Perekaan, penemuan, dan pengenalan
- Duit-duit syling yang pertama digunakan oleh masyarakat Lydia di Anatolia barat. Sehingga kira-kira 525 SM, duit syiling hanya mempunyai imej pada sebelah sahaja.
- Besi dikatakan ditemukan di China.
700-an SM | 709 SM | 708 SM | 707 SM | 706 SM | 705 SM | 704 SM | 703 SM | 702 SM | 701 SM | 700 SM |
690-an SM | 699 SM | 698 SM | 697 SM | 696 SM | 695 SM | 694 SM | 693 SM | 692 SM | 691 SM | 690 SM |
680-an SM | 689 SM | 688 SM | 687 SM | 686 SM | 685 SM | 684 SM | 683 SM | 682 SM | 681 SM | 680 SM |
670-an SM | 679 SM | 678 SM | 677 SM | 676 SM | 675 SM | 674 SM | 673 SM | 672 SM | 671 SM | 670 SM |
660-an SM | 669 SM | 668 SM | 667 SM | 666 SM | 665 SM | 664 SM | 663 SM | 662 SM | 661 SM | 660 SM |
650-an SM | 659 SM | 658 SM | 657 SM | 656 SM | 655 SM | 654 SM | 653 SM | 652 SM | 651 SM | 650 SM |
640-an SM | 649 SM | 648 SM | 647 SM | 646 SM | 645 SM | 644 SM | 643 SM | 642 SM | 641 SM | 640 SM |
630-an SM | 639 SM | 638 SM | 637 SM | 636 SM | 635 SM | 634 SM | 633 SM | 632 SM | 631 SM | 630 SM |
620-an SM | 629 SM | 628 SM | 627 SM | 626 SM | 625 SM | 624 SM | 623 SM | 622 SM | 621 SM | 620 SM |
610-an SM | 619 SM | 618 SM | 617 SM | 616 SM | 615 SM | 614 SM | 613 SM | 612 SM | 611 SM | 610 SM |
600-an SM | 609 SM | 608 SM | 607 SM | 606 SM | 605 SM | 604 SM | 603 SM | 602 SM | 601 SM | 600 SM |
590-an SM | 599 SM | 598 SM | 597 SM | 596 SM | 595 SM | 594 SM | 593 SM | 592 SM | 591 SM | 590 SM |