Ahmad Tuan Hussein
Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein | |
---|---|
Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu | |
Dalam jawatan 1955–1959 | |
Kawasan pilihan raya | Krian |
Butiran peribadi | |
Lahir | 17 Jun 1906 Kampung Terusan, Parit Buntar |
Meninggal dunia | 25 Februari 1978 Pulau Pinang |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Hubungan | Tuan Hussein Kedah al-Banjari (Ayah) |
Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen PAS yang pertama selepas menang Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955[1]. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Krian, Perak bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Bendahari Agung PAS Pusat.
Beliau berasal dari Kampung Terusan , Parit Buntar. Kawasan ini berhampiran dengan Titi Serong, Simpang Lima dan Bagan Serai.