Ali bin Ahmad
Yang Berhormat Dato' Ali Ahmad SPMJ, SMJ (Johor) | |
---|---|
Menteri Pertanian Malaysia | |
Dalam jawatan 1976–1977 | |
Didahului oleh | Abdul Ghafar bin Baba |
Digantikan oleh | Shariff Ahmad |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Pontian, Johor | |
Dalam jawatan 1974–1977 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Ikhwan Nasir |
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia | |
Dalam jawatan 1973–1976 | |
Didahului oleh | Hamzah Abu Samah |
Digantikan oleh | Abdul Samad Idris |
Pembantu Menteri Kewangan Malaysia | |
Dalam jawatan 1969–1973 | |
Menteri | Tan Siew Sin |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Pontian Selatan | |
Dalam jawatan 1964–1974 | |
Didahului oleh | Zainon Munshi Sulaiman |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1930-06-29)29 Jun 1930 Kampung Parit Rambai, Rambah, Pontian, Johor |
Meninggal dunia | 4 Disember 1977(1977-12-04) (umur 47) Tanjung Kupang, Johor, Malaysia |
Sebab kematian | Terbunuh dalam nahas pesawat Penerbangan 653 Malaysia Airlines di Tanjung Kupang, Johor |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Datin Halimah Abdul Rahim |
Anak-anak | 5 |
Dato' Ali bin Haji Ahmad (29 Jun 1930 – 4 Disember 1977) merupakan bekas Menteri Pertanian Malaysia dan juga bekas Ahli Parlimen untuk Pontian dan Pontian Selatan dari tahun 1964 hingga 1977 semasa kematiannya dalam Tragedi Tanjung Kupang, Johor pada 4 Disember 1977.[1]
Keluarga
Beliau telah berkahwin dengan Datin Halimah Abdul Rahim dan dikurniakan dengan 5 orang anak perempuan.
Politik
Beliau pernah dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Pontian setelah Parlimen Pontian Selatan dan Pontian Utara disatukan pada Pilihan raya umum Malaysia 1974 lalu.[2]
Ali telah memenangi kerusi Parlimen Pontian Selatan pada Pilihan raya umum Malaysia 1964. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan Malaysia pada 1969 hingga 1973. Tun Abdul Razak Hussein telah melantik beliau sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan[3] pada 1973 hingga hingga 1976. Pada tahun 1976, beliau menjadi Menteri Pertanian hingga ke akhir hayat beliau pada 1977 lalu.
Kematian
Pada 4 Disember 1977, beliau telah terbunuh dalam nahas pesawat Penerbangan 653 Malaysia Airlines di Tanjung Kupang. Dikatakan punca kejadian adalah akibat kes berbalas tembakan antara pengawal peribadi beliau dengan Tentera Merah Jepun yang dikatakan sebagai rampasan pesawat dan bermotifkan pembunuhan.[4]
Legasi
Sebuah sekolah menengah di Pontian, Johor telah dinamakan sempena nama beliau, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato` Ali Hj Ahmad.
Penghargaan
- Malaysia
- Pingat Peringatan Malaysia - Perak (PPM Perak)
- Johor
- Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) - Dato'
- Setia Mahkota Johor (SMJ)