Alya Sometimes Hides Her Feelings in Russian

 

Alya Sometimes Hides Her Feelings in Russian
時々ボソッとロシア語でデレる隣のアーリャさんcode: ja is deprecated
(Tokidoki Bosotto Roshiago de Dereru Tonari no Arya-san)
GenreKomedi romantik[1]
Siri novel
PengarangSunSunSun
PenerbitShōsetsuka ni Narō
Tarikh Pengeluaran6 Mei 202027 Mei 2020
Novel ringan
PengarangSunSunSun
IlustrasiMomoco
PenerbitKadokawa Shoten
Penerbit Lain
NA
Yen Press
DemografikLelaki
PencetakanKadokawa Sneaker Bunko
Tarikh Pengeluaran27 Februari 2021 – kini
Jilid8 (Senarai jilid)
Manga
PengarangSunSunSun
IlustrasiSaho Tenmachi
PenerbitKodansha
DemografikShōnen
Majalah AsalMagazine Pocket
Tarikh Pengeluaran29 Oktober 2022 – kini
Jilid4
Siri televisyen anime
PengarahRyota Itoh
PenerbitRyō Kobayashi
Skrip/PenulisRyota Itoh
Lagu/MuzikHiroaki Tsutsumi
StudioDoga Kobo
Dilesenkan olehCrunchyroll
SEA
Medialink
Penyiaran AsalTokyo MX, BS NTV, Sun TV, KBS Kyoto, AT-X
Tarikh tayangan3 Julai 2024 – kini
Episod1 (Senarai episod)
Portal Anime dan Manga

Alya Sometimes Hides Her Feelings in Russian (Alya Kadang Kala Menyimpan Perasaannya dalam Bahasa Rusia (時々ボソッとロシア語でデレる隣のアーリャさんcode: ja is deprecated , Tokidoki Bosotto Roshiago de Dereru Tonari no Ārya-san, lit. Alya, yang duduk di sebelah saya, terkadang membisikkan kata manis dalam bahasa Rusia, Rusia: Иногда Аля внезапно кокетничает по-русски, rumi: Inogda Alya vnezapno koketnichayet po-russki, lit. 'Kadang kala Alya tiba-tiba main cinta dalam Bahasa Rusia'code: ru is deprecated ), disingkatkan sebagai Roshidere (ロシデレcode: ja is deprecated ), merupakan sebuah siri novel ringan Jepun yang ditulis oleh SunSunSun dan diilustrasikan oleh Momoco. Ia asalnya diterbitkan dalam talian sebagai dua buah novel cerita pendek dalam laman sesawang penerbitan novel Shōsetsuka ni Narō masing-masing dari 6 Mei hingga 27 Mei 2020. Ia kemudiannya diperolehi syarikat penerbitan Kadokawa Shoten, yang menerbitkan siri novel ini sejak Februari 2021 di bawah imprin Kadokawa Sneaker Bunko. Sebuah adaptasi manga oleh Saho Tenamachi mula disirikan dalam talian di aplikasi Magazine Pocket dan laman sesawang Kodansha pada Oktober 2022. Sebuah siri televisyen anime yang diterbitkan oleh Doga Kobo mendapat tayangan perdananya pada Julai 2024.

Watak-watak

Kuze Masachika (久世 政近code: ja is deprecated , Kuze Masachika)
Disuarakan oleh: Kōhei Amasaki[2][3] (drama CD, vomic, PV, anime) (Bahasa Jepun), Aaron Dismuke,[4] Erin Lundquist[4] (budak) (Bahasa Inggeris)
Merupakan watak lelaki utama dalam cerita ini, dicemburui oleh pelajar lelaki di sekolahnya kerana mendapat anugerah terbesar iaitu duduk bersebelahan Alya. Selalu tidur lambat, menyebabkan dia mengantuk dan tidak bersemangat di dalam kelas. Oleh kerana itulah, Alya selalu mengomel padanya. Tetapi ada kalanya ungkapan itu datang dalam kata manis dan manja dalam bahasa Rusia. Masachika pula boleh berbahasa Rusia disebabkan atuknya seorang peminta tegar media Rusia dan selalu bermain dengan anak jiran atuknya yang seorang Rusia. Masachika merahsiakan kebolehannya itu daripada Alya dan selalu terkesan dengan ungkapan manis Alya dalam bahasa Rusia kerana dia juga menaruh hati kepadanya, tetapi dia cuba menolak dengan keras perasaan itu kerana merasakan dirinya itu tidak layak untuk bersama dengan Alya.
Alisa Mikhailovna Kujou (アリサ・ミハイロヴナ・九条code: ja is deprecated , Arisa Mihairovuna Kujō, Rusia: Алиса Михайловна Кудзёcode: ru is deprecated ) / Alya (アーリャcode: ja is deprecated , Ārya, Rusia: Аляcode: ru is deprecated )
Disuarakan oleh: Sumire Uesaka[2][3] (drama CD, vomic, PV, anime) (Bahasa Jepun), Sarah Natochenny[4] (Bahasa Inggeris)
Alya merupakan pelajar tahun pertama yang memegang jawatan bendahari dalam majlis perwakilan pelajar. Seorang yang berbakat dan terkenal kerana rupanya yang cantik dan sifatnya yang kurang mesra dengan orang. Ayahnya orang Rusia dan ibunya orang Jepun. Kerapkali dia mengungkapkan sesuatu dalam bahasa Rusia yang mengelirukan guru dan rakannya. Walaupun dia dikenali dan memikat perhatian ramai, tapi kerana sifatnya itu, Alya tidak mempunyai ramai kawan dan tiada pengalaman dalam pergaulan. Akan tetapi semua itu berubah semenjak dia berkenalan dengan rakan sekelasnya Masachika. Alya tidak suka dengan perangai Masachika yang selalu kurang bersemangat, tetapi dalam masa yang masa, ada lahir perasaan suka kepadanya, maka selalulah dia bermanja-manja dengannya dalam bahasa Rusia. Alya adalah adik kepada Maria.
Suou Yuki (周防 有希code: ja is deprecated , Suō Yuki)
Disuarakan oleh: Wakana Maruoka (anime) (Bahasa Jepun), Reshel Mae[4] (Bahasa Inggeris)
Pelajar tahun pertama yang memegang jawatan jurucakap majlis perwakilan pelajar. Anak dara keluarga Suo yang merupakan bangsawan yang memegang peranan diplomat sejak turun-temurun. Suka menyakat Masachika dan Alya. Pada mulanya Alya dengki dengannya kerana hubungan Yuki dan Masachika sebagai kawan rapat dari kecil, tetapi ini kemudiannya didedahkan bahawa Yuki adalah adik kepada Masachika.
Maria Mikhailovna Kujou (マリヤ・ミハイロヴナ・九条code: ja is deprecated , Mariya Mihairovuna Kujō, Rusia: Мария Михайловна Кудзёcode: ru is deprecated ) / Masha (マーシャcode: ja is deprecated , Māsha, Rusia: Машаcode: ru is deprecated )
Disuarakan oleh: Yukiyo Fujii (anime) (Bahasa Jepun), Jill Harris[4] (Bahasa Inggeris)
Kakak kepada Alya, pelajar tahun kedua dan memegang jawatan setiausaha majlis perwakilan pelajar.
Kimishima Ayano (君嶋 綾乃code: ja is deprecated , Kimishima Ayano)
Disuarakan oleh: Saya Aizawa (anime)
Pengikut Yuki, seorang pendiam dan umumnya tidak menunjukkan perasaan. Ahli jawatankuasa majlis perwakilan pelajar. Dahulunya pengikut Masachika.
Taniyama Sayaka (谷山 沙也加code: ja is deprecated , Taniyama Sayaka)
Disuarakan oleh: Ikumi Hasegawa (anime)
Pesaing Yuki dalam pemilihan Yang Dipertua (presiden) majlis perwakilan pelajar ketika sekolah menengah rendah. Sekarang memegang jawatan pengawas.
Sarashina Chisaki (更科 茅咲code: ja is deprecated , Sarashina Chisaki)
Disuarakan oleh: Maki Kawase (anime)
Naib Yang Dipertua majlis perwakilan pelajar dan pelajar tahun kedua sekolah menengah tinggi. Digeruni pelajar lelaki dan sangat terkenal di kalangan perempuan. Kekasih kepada Yang Dipertua, Kenzaki Touya. Hobinya bersukan kendo.
Miyamae Nonoa (宮前 乃々亜code: ja is deprecated , Miyamae Nonoa)
Disuarakan oleh: Yoshino Aoyama (anime)
Pelajar tahun pertama sekolah menengah tinggi. Kawan baik kepada Sayaka. Berambut perang dan sedikit kerinting.
Kenzaki Touya (剣崎 統也code: ja is deprecated , Kenzaki Tōya)
Disuarakan oleh: Kaito Ishikawa (anime)
Pelajar tahun kedua yang berkarisma. Memegang jawatan Yang Dipertua majlis perwakilan pelajar. Kekasih kepada Chisaki.
Maruyama Takeshi (丸山 毅code: ja is deprecated , Maruyama Takeshi)
Disuarakan oleh: Kōdai Sakai (anime) (Bahasa Jepun), Corey Wilder[4] (Bahasa Inggeris)
Kiyomiya Hikaru (清宮 光瑠code: ja is deprecated , Kiyomiya Hikaru)
Disuarakan oleh: Taichi Ichikawa (anime) (Bahasa Jepun), Joshua Waters[4] (Bahasa Inggeris)

Rujukan

  1. ^ https://www.kadokawa.co.jp/product/322011000027/
  2. ^ a b ロシア語でデレる女子高生と実はロシア語が分かる男子高校生の青春ラブコメディ!『時々ボソッとロシア語でデレる隣のアーリャさん』が発売. Animedia (dalam bahasa Jepun). 28 Februari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2022. Dicapai pada 7 Disember 2021.
  3. ^ a b 二城利月 (February 23, 2021). 青春ラブコメライトノベル『時々ボソッとロシア語でデレる隣のアーリャさん』が2月27日発売! スペシャルPVでアーリャさんを演じた上坂すみれさんにインタビュー!. Animate Times (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada August 1, 2021. Dicapai pada December 7, 2021.
  4. ^ a b c d e f g Mateo, Alex (22 Julai 2024). "Alya Sometimes Hides Her Feelings in Russian Anime Reveals English Dub Cast, Premiere". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2024. Dicapai pada 22 Julai 2024.

Pautan luar

  • https://ncode.syosetu.com/s6831f/ Novel sesawang
  • https://sneakerbunko.jp/series/roshidere/ Laman sesawang novel ringan
  • https://pocket.shonenmagazine.com/episode/316112896949465972 Laman sesawang manga
  • https://roshidere.com/ Laman sesawang anime