Anjing Pergunungan Šar

Anjing gembala Yugoslavia
Nama lain
  • Anjing Pergunungan Šar
  • Anjing Šar Planina
  • Šarplaninac
  • Anjing gembala Illyria
Negara asal
  • Albania[1]
  • bekas Yugoslavia
  • Macedonia Utara
  • Serbia
  • Kosovo
Trait
Berat Jantan 35–45 kg (75–100 lb)
Betina 30–40 kg (65–90 lb)
Tinggi Jantan 62 cm (24 in)
Betina 58 cm (23 in)
Bulu lapis bulu ganda; rerambut pengawal panjang, rata, dan kasar; lapis bulu bawah tebal dan halus[2]
Warna sebarang warna padu, tanpa tanda-tanda putih; kelabu besi atau kelabu gelap diutamakan[2]
Jangka hayat 11–13 tahun
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Yugoslavia,[a] anjing Pergunungan Šar, anjing Šar Planina, šarplaninac,[b] atau anjing Sharr[c][3] ialah satu baka anjing daripada jenis penjaga haiwan ternakan.[4] Ia dinamai sempena Pergunungan Šar atau Šar Planina, iaitu sebuah banjaran di Balkan, yang mempunyai banyak anjing baka ini. Ia diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa sebagai anjing gembala Illyria (Ilirski Ovčar)[d] dari tahun 1939 sehingga tahun 1957, apabila namanya diubah kepada anjing gembala Yugoslavia – anjing Pergunungan Šar (Jugoslovenski Ovčarski Pas – Šarplaninac).[e]

Pada zaman Uthmaniyah, anjing ini bergerak bersama dengan kawanan biri-biri dan meluangkan musim panas di kawasan Pergunungan Šar Mountains dan musim sejuk di Thessalia. Di Thessalia, ia dikenali sebagai anjing gembala Yunani.[1]:124

Sejarah

Pelatihan šarplaninac dalam Tentera Rakyat Yugoslav

Asal usul šarplaninac tidak diketahui.[2] Ia secara tradisional digunakan untuk menjaga lembu[2] atau biri-biri.[1]:124 Dalam sistem pindah ternak bagi pengurusan, haiwan ternakan dipindahkan dua kali setahun, ke padang ragut gunung tinggi untuk musim panas dan ke dataran lebih suam untuk musim sejuk. Di Balkan selatan, biri-biri dalam jumlah sangat besar dipindahkan dengan cara ini, ditemani oleh manusia dan anjing.[5]:35 Pada zaman Uthmaniyah, anjing jenis ini berpindah dengan kawanan-kawanan biri-biri, lalu meluangkan musim panas di kawasan Pergunungan Šar dan musim sejuk di Thessalia – sebagai anjing yang dikenali di sana sebagai 'anjing gembala Yunani'.[1]:124

Pada tahun 1939, ia diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa sebagai baka Yugoslavia dengan nama Ilirski Ovčar ("anjing gembala Illyria");[2] Pada tahun 1957, ikutan permintaan daripada Persekutuan Kinologi Yugoslavia (Jugoslovenski Kinološki Savez), Persekutuan Kinologi Antarabangsa bersetuju untuk mengubah nama antarabangsa baka ini kepada 'Jugoslovenski Ovcarski Pas – Sarplaninac' ("anjing gembala Yugoslavia – [anjing] Pergunungan Šar").[4][2] Pada tahun 1968, Kraški Ovčar, atau anjing gembala Karst, yang dahulunya dianggap sebagai subjenis, diiktiraf sebagai baka terpisah.[6]

Angka baka banyak merosot akibat konflik yang berkaitan dengan perpecahan Yugoslavia pada tahun 1990-an.[7]:299 Ikutan peristiwa-peristiwa ini, Persekutuan Kinologi Antarabangsa mengiktiraf Macedonia Utara dan Serbia sebagai negara asal.[2]

Šarplaninac atau anjing Pergunungan Šar terutamanya terdapat di Pergunungan Šar, tempat yang disangkakan sebagai asal usulnya dan sumber bagi nama baka.[1]:124[8]:25 Ia juga tertabur di kawasan-kawasan pergunungan Jablanica, Korab, dan Pelister.[9]:358

Ciri

Anjing Pergunungan Šar ialah anjing dengan tubuh besar dan kuat. Tubuhnya lebih panjang sedikit berbanding dengan ketinggiannya pada paras kelasa, dan tungkai hadapannya membentuk hampir-hampir 55% daripada ketinggiannya. Kepalanya besar tetapi berperkadaran dengan tubuhnya dengan mata gelap.

Ia anjing tegap dan berperkadaran baik dengan cukup banyak tulang bagi saiz yang cukup lebih tinggi daripada purata dengan lapis bulu tebal, panjang, dan agak kasar yang menekankan penampilan berganding pendek.[perlu rujukan] Jantan berukuran seberat kira-kira 35–45 kg (77–99 lb) sementara betina pula kira-kira kurang 5 kg (11 lb).[2] Purata ketinggian pada paras kelasa ialah 62 cm (24 in) untuk jantan dan 58 cm (23 in) untuk betina.[2]

Ia sentiasa berwarna padu: perang kekuning-kuningan, kelabu besi, putih, atau hampir hitam; biasanya sabel atau kelabu dengan "baju luar" lebih gelap pada kepala dan belakang dengan lapis bulu bawah yang lebih pudar. Warnanya tidak perlu sepenuhnya seragam dan kebanyakan anjing Pergunungan Šar mempunyai beberapa cahaya warna berlainan bagi warna sama yang memudar ke dalam satu sama lain.

Anjing ini mungkin dijangkakan hidup selama kira-kira 11–13 tahun.[10]:43

Penjagaan biri-biri dekat dengan Puncak Tasik di Kosovo

Perundangan

Šarplaninac berada dalam senarai baka anjing terlarang di Denmark.[11] Senarai Denmark ini menyertakan 13 baka dan dianggap mengundang kontroversi setelah menerima kritikan daripada para pemilik anjing dan beberapa buah parti politik kerana lapan daripada 13 baka tersebut tidak mempunyai sebarang laporan insiden. Šarplaninac merupakan antara lapan baka itu.[12]

Ia terlihat pada syiling satu denar Macedonia.[13]

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا يوݢوسلاۏياcode: ms is deprecated ; Templat:Lang-sh-Latn-Cyrl; bahasa Inggeris: Yugoslavian shepherd dogcode: en is deprecated
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤرݢونوڠن شر; انجيڠ شر ڤلانينا; شرڤلانينت‌سcode: ms is deprecated ; Templat:Lang-sh-Latn-Cyrl; Macedonia: шарпланинец; шарец, rumi: šarplaninec; šareccode: mk is deprecated
  3. ^ Albania: qen i Sharritcode: sq is deprecated ; bahasa Inggeris: Sharr dogcode: en is deprecated
  4. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا ايليرياcode: ms is deprecated ; Templat:Lang-sh-Latn-Cyrl; Macedonia: илирски овчар, rumi: ilirski ovčarcode: mk is deprecated ; Albania: deltari Ilircode: sq is deprecated ; bahasa Inggeris: Illyrian shepherd dogcode: en is deprecated
  5. ^ Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia berpecah pada tahun 1991–1992

Rujukan

  1. ^ a b c d e Raymond Coppinger, Lorna Coppinger (2002). Dogs: A New Understanding of Canine Origin, Behavior and Evolution (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 18 November 2023 di Wayback Machine. Chicago, Amerika Syarikat: University of Chicago Press. ISBN 9780226115634.
  2. ^ a b c d e f g h i "FCI-Standard N° 41 JUGOSLOVENSKI OVCARSKI PASSARPLANINAC (Yugoslavian Shepherd Dog – Sharplanina)" [Piawaian FCI No. 41 Anjing Gembala Yugoslavia – Anjing Pergunungan Šar] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 3 Oktober 1980. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  3. ^ Shukriu, Edi (2008). "Prehistory and Antique History of Kosova" [Prasejarah dan Sejarah Antik Kosova]. Thesis Kosova (dalam bahasa Inggeris). Kolej AAB. 1: 11–12. ISSN 1821-0767. S2CID 135041699.
  4. ^ a b "FCI breeds nomenclature: JUGOSLOVENSKI OVCARSKI PAS-SARPLANINAC (41)" [Tatanama baka FCI: ANJING GEMBALA YUGOSLAVIA – ANJING PERGUNUNGAN ŠAR (41)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  5. ^ Petko Hristov (2015). The Balkan Gurbet: Traditional Patterns and New Trends (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 18 November 2023 di Wayback Machine. Dalam: Vermeulen, Hans; Baldwin-Edwards, Martin; van Boeschoten, Riki, penyunting (1 Jun 2015). Migration in the Southern Balkans: From Ottoman Territory to Globalized Nation States [Migrasi di Balkan Selatan: Dari Wilayah Uthmaniyah ke Negara-negara Bangsa Terglobalisasi]. IMISCOE Research Series (dalam bahasa Inggeris). Springer Cham. doi:10.1007/978-3-319-13719-3. ISBN 978-3-319-13719-3. ISSN 2364-4095.
  6. ^ "FCI-Standard N° 278 KARST SHEPHERD DOG (Kraski Ovčar)" [Piawaian FCI No. 278 Anjing Gembala Karst] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. Disemak oleh Renée Sporre-Willes dan Raymond Triquet. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 22 Ogos 2001. Dicapai pada 8 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  7. ^ David Alderton (2010 [2008]). Encyclopedia of Dogs (dalam bahasa Inggeris). Bath, United Kingdom: Parragon. ISBN 9781445408538.
  8. ^ Yann Arthus-Bertrand; André Pittion-Rossillon (2000). Dogs (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 18 November 2023 di Wayback Machine. New York, Amerika Syarikat: Barnes & Noble Books. ISBN 9780760722183.
  9. ^ Dimitrijević, Vladimir M.; Jovanović, Slobodan J.; Savić, Mila S.; Trailović, Ružica D. (Januari 2005). "Genetic polymorphism of blood proteins in Yugoslav shepherd dog" [Polimorfisme genetik bagi protein darah pada anjing gembala Yugoslavia]. Acta veterinaria (Beograd) (dalam bahasa Inggeris). Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Beograd. 55 (5–6): 357–365. doi:10.2298/AVB0506357D. ISSN 1820-7448. S2CID 53062808.
  10. ^ Kim Dennis-Bryan (2020 [2012]). The Complete Dog Breed Book (dalam bahasa Inggeris), edisi kedua. London, United Kingdom: Dorling Kindersley. ISBN 9780241412732.
  11. ^ "Danish Legislation on Dogs" [Perundangan Denmark mengenai Anjing]. Kementerian Alam Sekitar dan Makanan Denmark (dalam bahasa Inggeris). 13 Mac 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Julai 2013. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  12. ^ Government won’t change criticised list of illegal dog breeds (dalam bahasa Inggeris) di cphpost.dk, 21 Oktober 2013, Dicapai pada 9 Januari 2024 Diarkibkan 23 November 2017 di Wayback Machine
  13. ^ "Sharplaninec - The Macedonian Shepherd Dog" [Sharplaninec - Anjing Gembala Macedonia]. Discovering Macedonia (dalam bahasa Inggeris). 14 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2024. Dicapai pada 28 Januari 2024.
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari Serbia
Serbia
  • l
  • b
  • s
  • = Diturunkan daripada anjing penjaga haiwan ternakan dan berkait rapat dengan anjing penjaga haiwan ternakan, tetapi secara tradisional digunakan dalam peranan lain