Anjing gembala Australia

Anjing gembala Australia
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat 35–70 paun (16–32 kg)
Tinggi Jantan 20–23 inci (51–58 cm)
Betina 18–21 inci (46–53 cm)
Bulu Lapis bulu ganda sederhana panjang
Warna Merle biru atau merah, hitam legam atau merah padu, dan/atau tanda-tanda putih dan/atau titik-titik sawo matang atau campuran semua
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Australia[a] ialah satu baka anjing gembala dari Amerika Syarikat. Nama baka ini sebenarnya misnomer kerana ia dikembangkan di California pada abad ke-19. Ini dipercayai mempunyai asal usulnya di Asturias pada anjing gembala biri-biri dari Sepanyol barat laut, serta collie yang diimport, bersama dengan biri-biri, dari Australia dan New Zealand; baka ini dilaporkan mendapatkan namanya daripada perdagangan ini. Anjing gembala Australia, yang pada asalnya digunakan semata-mata sebagai anjing gembala, telah menjadi salah satu baka anjing teman paling popular di Amerika Utara.

Sejarah

Tiga ekor anjing gembala Australia

Anjing gembala Australia diturunkan sebahagiannya daripada anjing-anjing pastoral yang dibawa untuk menggembala kawanan ternakan Sepanyol di Amerika Utara seawal tahun 1500-an.[1] Terdapat sesetengah spekulasi bahawa anjing-anjing ini termasuk anjing gembala León, iaitu anjing gembala gunung yang dapat memaparkan warna mata dan lapis bulu merle yang terdapat pada banyak anjing gembala Australia kontemporari.[1] Kadang-kadang ada dakwaan bahawa anjing gembala Basque dan anjing gembala Pyrénées juga merupakan antara leluhur baka ini.[2][3] Baka seperti yang dikenali kini dikembangkan di California pada abad ke-19, sebagai anjing gembala biri-biri untuk gembala California.[2][4][3] Anjing gembala Australia juga dipercayai telah diturunkan daripada pelbagai anjing gembala yang diimport ke California dengan biri-biri import, termasuk collie dari Australia dan New Zealand. Daripada leluhur ini, baka ini mendapat namanya.[4][3]

Anjing gembala Australia tersebar dari California ke serata Amerika Syarikat Barat sambil menjadi sangat popular dengan para penternak yang menghargai kualiti kerja biri-biri pada baka ini, serta kebolehannya untuk mengendalikan lembu dan haiwan ternakan lain.[3] Sebagai baka pekerja khusus selama lebih daripada satu abad, anjing gembala Australia hampir tidak terkenal di luar industri ternakan sehingga pertengahan abad ke-20 apabila baka ini dipopularkan oleh Jay Lister, seorang pemain rodeo, dalam rodeo di seluruh negeri-negeri barat dengan anjing gembala Australia beliau sambil mempersembahkan segala macam trik.[5] Sebuah kelab baka tidak lama kemudian dibentuk untuk mempromosikan baka ini, Australian Shepherd Club of America, dan pengiktirafan kelab kenel menyusul pada tahun 1979 apabila baka ini diiktiraf oleh United Kennel Club.[3][6] Baka ini kemudiannya diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 1990-an dan kemudiannya oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[2][3]

Dari lewat abad ke-20, anjing gembala Australia semakin terlihat dalam pertunjukan pengakuran dan telah menjadi anjing pendamping amat popular. Pada tahun 2019, ia dinilai oleh American Kennel Club sebagai baka ke-15 anjing paling popular di Amerika Syarikat.[3][7]

Perihal

Penampilan

Variasi warna anjing gembala Australia

Anjing gembala Australia ialah baka bersaiz sederhana dan atletik; ia biasanya berdiri setinggi 18–23 inci (46–58 cm) dan berukuran seberat 35–70 paun (16–32 kg).[2][4] Piawaian baka kelab induk, Australian Shepherd Club of America, menyatakan bahawa jantan patut berdiri setinggi 20–23 inci (51–58 cm) dan betina setinggi 18–21 inci (46–53 cm) pada paras kelasa; piawaian mengizinkan haiwan individu yang melebihi had ini sedikit.

Anjing gembala Australia mempunyai lapis ganda sederhana panjang dan beralun yang mempunyai lapis bulu bawah padat dan lapis bulu atas kasar; lapis bulunya pendek di muka dan cukup berjumbai di bahagian belakang tungkai.[4][3] Baka ini terkenal kerana pewarnaan unik dan corak bulu berubah-ubah, sehingga terdapat khabar angin bahawa tiada dua ekor anjing yang mengongsi lapis bulu.[3] Piawaian baka mengizinkan merle biru, merle merah, hitam padu, atau merah padu, dengan tanda-tanda putih atau tanpa tanda-tanda putih dan dengan titik-titik sawo matang atau tanpa titik-titik sawo matang.[6]

Contoh baka ini dapat lahir dengan ekor panjang atau ekor kontot (pendek) semula jadi;[8] anjing berekor panjang secara tradisional melalui pemotongan ekor, walaupun sesetengah negara di luar Amerika Syarikat tidak mengizinkan pemotongan ekor dan sesetengah anjing berekor panjang dan anjing berekor separa kontot diizinkan untuk dipamerkan di negara-negara tersebut.

Perangai

Anjing gembala Australia diperihalkan sebagai anjing cerdas, aktif, setia, pelindung, suka bermain, dan adaptif.[2][4][3] Baka moden kebanyakannya dibiakbakakan sebagai anjing peliharaan; walaupun begitu, banyak anjing mengekalkan naluri penggembalaan kuat dan tidak jarang juga anjing pendamping baka ini mencuba menggembala kanak-kanak atau haiwan peliharaan lain.[2][5] Sebagai baka sangat aktif, anjing gembala Australia diketahui menjadi bersikap pemusnah jika tidak menerima senaman mencukupi.[2][5]

Kesihatan

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat median sebanyak 13.7 tahun berdasarkan sampel 62 kematian yang lebih tinggi daripada median 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[9]

Berdasarkan sampel 48 ekor anjing yang masih hidup, kebimbangan kesihatan paling umum yang diperhatikan oleh pemilik merupakan masalah mata (mata merah, epifora, konjunktivitis, dan katarak).[10] Masalah dermatologi dan pernafasan juga berada pada kedudukan tinggi.

Anjing gembala Australia ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat mutasi resesif autosom bagi gen MDR1.[11] Mutasi ini menyebabkan kepekaan lebih tinggi terhadap ubat tertentu pada dos yang biasanya selamat, termasuk ivermektin.[12] Ujian tersedia untuk menentukan sama ada anjing tertentu membawa gen termutasi itu.[13]

Anjing gembala Australia menunjukkan paras agak rendah (hampir-hampir 6%) bagi displasia pinggul, iaitu keadaan boleh waris yang melibatkan femur yang tidak betul-betul padan di dalam soket pelvis bagi sendi pinggul.[14][15]

Anjing gembala Australia ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat katarak keturunan.[11]

Merle ganda

Contoh mata abnormal bagi seekor anjing merle ganda, "putih maut", anjing gembala Australia: Mata kiri yang kecil secara abnormal dikenali sebagai mikroftalmia, dan pupil menunjukkan tanda-tanda subkehelan yang tertanggal, tidak terpusat.

Merle ganda kerap mempunyai kawasan cerah atau putih berlebihan dan dapat mengalami masalah pendengaran dan penglihatan akibat pemilikan dua salinan gen merle.[16] Anjing merle homozigus dapat menjadi pekak atau buta atau mengalami koloboma iris ekspres, penanggalan retina, katarak, membran pupil tegar, sesaran kanta, stafiloma khatulistiwa, rabun malam, dan mikroftalmia. Kecacatan pendengaran atau kepekakan biasanya terhasil selepas kelahiran anak anjing dengan saluran telinga yang masih tertutup. Warna putih pada anjing merle ganda terhasil kerana kekurangan melanosit yang membekalkan paras kalium tinggi di dalam endolimfa yang mengelilingi sel bulu bagi koklea. Tiada pembedahan atau rawatan yang dapat mengurangkan kerosakan. Kehilangan pendengaran dikaitkan secara langsung dengan jumlah sel pigmentasi yang dimiliki oleh anjing. Pigmen sama yang kurang pada telinga juga dapat menjadi kurang pada mata, lalu menjejaskan perkembangannya. Walaupun ramai percaya bahawa hanya anjing dengan mata biru mempunyai masalah mata, ini tidak betul. Oleh sebab kontras antara masalah mata dengan mata biru, keadaan mata pada anjing bermata biru lebih mudah dikesan.[16]

Istilah "putih maut" berasal daripada kuda yang lahir dengan sindrom putih maut dan sejak itu berkembang untuk kerap memerihalkan anjing yang lahir dengan trait merle ganda. Trait ini terdapat pada banyak baka tetapi paling umum ditemukan pada anjing gembala Australia. Nama "putih maut" ialah misnomer, kerana keadaan genetik ini tidak membawa maut kepada anjing; maut kerap berpunca daripada pembiak baka yang menakai anak anjing sejurus selepas kelahiran.[17][16] Ramai orang menganggap istilah "putih maut" sebagai penghinaan.[18]

Kegiatan

Seperti baka gembala lain, anjing ini cemerlang dalam banyak sukan anjing, terutamanya penggembalaan yang juga dikenali sebagai anjing stok, ketangkasan anjing, selaman limbungan/lompatan limbungan, kepatuhan, rally, penjejakan, cakera, dan flyball.[19] Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian naluri tanpa persaingan. Anjing gembala Australia yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian anjing stok ASCA atau acara penggembalaan AKC.[20]

Anjing ini mempunyai gaya langkah yang melibatkan tungkai hadapan dan tungkai belakang yang bersilang, yang menghasilkan penampilan kelajuan "terdesak". Anjing ini secara naluri menggunakan kedudukan "menerkam" untuk menangani lembu yang mencuba untuk menendangnya. Ia juga mempunyai pinggul dan tungkai kuat, yang membolehkan pemecutan pantas dan lompatan tinggi, yang kadang-kadang setinggi 4 kaki (1.2 m).[perlu rujukan]

Seekor anjing gembala Australia bernama Pockets dikreditkan sebagai anjing tertua yang mendapat gelaran dalam sejarah AKC setelah mendapat gelaran Rally Novice pada usia 15 tahun 5 minggu.[21]

  • Seekor anjing merle biru dalam pertandingan ketangkasan anjing
    Seekor anjing merle biru dalam pertandingan ketangkasan anjing
  • Anjing gembala Australia yang menangkap frisbee
    Anjing gembala Australia yang menangkap frisbee

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا اءوسترالياcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: Australian shepherd dog; Australian shepherdcode: en is deprecated

Rujukan

  1. ^ a b "Australian Shepherd History" [Sejarah Anjing Gembala Australia]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2021. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  2. ^ a b c d e f g Alderton, David (2008). The encyclopedia of dogs [Ensiklopedia anjing] (dalam bahasa Inggeris). Bath, United Kingdom: Parragon Books Ltd. m/s. 269. ISBN 978-1-4454-0853-8.
  3. ^ a b c d e f g h i j Morris, Desmond (2001). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 454–455. ISBN 978-1-57076-219-2.
  4. ^ a b c d e Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 231. ISBN 978-0-75666-004-8.
  5. ^ a b c Palika, Liz (2007). The Howell book of dogs: the definitive reference to 300 breeds and varieties [Buku Howell tentang anjing: rujukan muktamad kepada 300 baka dan keragaman] (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley Publishing Inc. m/s. 136–137. ISBN 978-0-470-00921-5.
  6. ^ a b "Australian Shepherd: Official UKC breed standard" [Anjing Gembala Australia: Piawaian baka rasmi AKC]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 1990. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Januari 2021. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  7. ^ "Most popular dog breeds – full ranking list" [Baka anjing paling popular – senarai ranking penuh]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 28 Mac 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2019. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  8. ^ Hytönen, Marjo K.; Grall, Anaïs; Hédan, Benoît; Dréano, Stéphane; Seguin, Samuel J.; Delattre, Delphine; Thomas, Anne; Galibert, Francis; Paulin, Lars; Lohi, Hannes; Sainio, Kirsi; André, Catherine (14 Oktober 2008). "Ancestral T-Box Mutation Is Present in Many, but Not All, Short-Tailed Dog Breeds" [Mutasi T-Box Leluhur Hadir pada Banyak, namun Bukan Semua, Baka Anjing Berekor Pendek]. Journal of Heredity (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 100 (2): 236–240. doi:10.1093/jhered/esn085. ISSN 1465-7333. PMID 18854372. S2CID 14923035.
  9. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  10. ^ Kennel Club/British Small Animal Veterinary Association Scientific Committee (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 13 Ogos 2013 di Wayback Machine. 2004. Purebred Dog Health Survey. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  11. ^ a b Oliver, James A.C.; Mellersh, Cathryn S. (2020). "Genetics". Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN 978-1-910-44339-2.
  12. ^ "Problem Drugs" [Ubat Masalah] (dalam bahasa Inggeris). Kolej Perubatan Veterinar Universiti Negeri Washington. 8 Disember 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2011. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  13. ^ "Get Your Dog Tested" [Uji Anjing Anda] (dalam bahasa Inggeris). Kolej Perubatan Veterinar Universiti Negeri Washington. 19 Januari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2011. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  14. ^ Loder, Randall T.; Todhunter, Rory J. (12 Mac 2017). Ortega-Pacheco, Antonio (penyunting). "The Demographics of Canine Hip Dysplasia in the United States and Canada" [Demografi Displasia Pinggul Anjing di Amerika Syarikat dan di Kanada]. Journal of Veterinary Medicine (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 2017: 1–15. doi:10.1155/2017/5723476. ISSN 2314-6966. PMC 5366211. PMID 28386583. S2CID 2656431.
  15. ^ "Hip Dysplasia in Dogs: Diagnosis, Treatment, and Prevention" [Displasia Pinggul pada Anjing: Diagnosis, Rawatan, dan Pencegahan]. www.peteducation.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2016. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  16. ^ a b c Mark, Manfield (13 Mei 2017). Australian Shepherd Bible and the Australian Shepherd : Your Perfect Australian Shepherd Guide Covers Australian Shepherds, Australian Shepherd Puppies, Australian Shepherd Training, Mini Australian Shepherds, Australian Shepherd Breeders, Size, Health, More! [Kitab Anjing Gembala Australia dan Anjing Gembala Australia: Panduan Anjing Gembala Australia Sempurna Anda Meliputi Anjing Gembala Australia, Anak Anjing Gembala Australia, Pelatihan Anjing Gembala Australia, Anjing Gembala Australia Mini, Pembiak Baka Anjing Gembala Australia, Saiz, Kesihatan, Lebih Lagi!] (dalam bahasa Inggeris). Milan, Itali. ISBN 9781911355564. OCLC 1005140424.
  17. ^ "Homozygous "Lethal White" Merles" [Merle "Putih Maut" Homozigot] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2013. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  18. ^ "What is a double merle?" [Apakah merle ganda?] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 25 Disember 2012. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  19. ^ "Competitive Programs | ASCA" [Atur Cara Persaingan | ASCA]. Australian Shepherd Club of America (dalam bahasa Inggeris). 9 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2024. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  20. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Alpine Publications. ISBN 978-1-57779-106-5.
  21. ^ Thompson, Sally (10 November 2005). "Plymouth dog sets American Kennel Club record" [Anjing Plymouth buat rekod American Kennel Club]. Minnesota Local News (dalam bahasa Inggeris). Sun Newspapers. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2012. Dicapai pada 1 Februari 2024.

Bacaan lanjut

  • Hartnagle, Carol Ann; Hartnagle, Ernest (2006). Total Australian Shepherd: Beyond the Beginning (dalam bahasa Inggeris). Hoflin Publishing. ISBN 978-0-86667-072-2.
  • Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy (2005). All About Aussies [Semua tentang Aussie] (dalam bahasa Inggeris). Alpine Publishing. ISBN 978-1-57779-074-7.
  • Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Alpine Publications. ISBN 978-1-57779-106-5.
  • Renna, Christine Hartnagle (2000). Herding Dogs: Selection and Training the Working Farm Dog [Anjing Gembala: Pemilihan dan Pelatihan Anjing Ladang Pekerja] (dalam bahasa Inggeris). Kennel Club Books. ISBN 978-1-59378-737-0.
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari Amerika Syarikat
Ekstan
Pupus
Jenis: CurFeistanjing pemburu rakun
  • l
  • b
  • s