Banjaran Keledang

Banjaran Keledang (Jawi: بنجرن كليدڠ), kadang-kadang juga dieja Kledang, merupakan sebuah banjaran gunung yang terletak di tengah negeri Perak, Malaysia.[1][2] Banjaran sepanjang 38 kilometer (24 bt) ini merupakan sempadan barat Lembah Kinta yang memisahkannya dengan Daerah Kuala Kangsar di utara, menganjur dari Sungai Siput di timur laut sehingga ke Siputeh di barat daya.

Terowong Menora yang menghubungkan Ipoh dengan Kuala Kangsar ditebuk melalui Banjaran Keledang.[3]

Rujukan

  1. ^ "BANJARAN GUNUNG, HUTAN & SUNGAI DI MALAYSIA". silveroutdoors.my. Dicapai pada 17 Ogos 2024.
  2. ^ "Keledang Range". GeoNames.org. Dicapai pada 17 Ogos 2024.
  3. ^ Geological Survey of Malaysia (1983). Annual Report of the Geological Survey of Malaysia. m/s. 222.
  • l
  • b
  • s