Frigat Jenis 054

Gambaran keseluruhan kelas
Pembina:*Limbungan Hudong-Zhonghua
  • Limbungan Huangpu
Pengguna:Bendera tentera laut Republik Rakyat China Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat
Sebelumnya:Frigat Jenis 053H3
Selepasnya:Frigat Jenis 054A
Jumlah disiapkan:2
Jumlah aktif:*Ma'anshan
  • Wenzhou
  • Ciri-ciri umum
    Jenis: Frigat
    Sesaran: 4,300 tan (muatan penuh)
    Panjang: 134 m (440 ka)(CCTV)
    Lunas: 16 m (52 ka) (CCTV)
    Jana kuasa: CODAD 4 x SEMT Pielstick 16 PA6 STC diesel, 5700 kW (7600+ hp @ 1084 rpm) setiap satu
    Halaju: 27 kn anggr.
    Jarak: 8025 batu nautika (anggr.)
    Sistem penderia dan
    pemprosesan:
    • Jenis 363S (Thomson-CSF DRBV-15 Sea Tiger) radar pencari permukaan/udara 2D, band E/F
    • Jenis 345 (Thomson-CSF Castor-II) radar kawalan tembakan untuk peluru berpandu HQ-7, band I/J
    • Jenis 347G Rice Lamp radar kawalan tembakan untuk meriam CIWS AK-630 CIWS, band-I
    • MR-36A radar pencari permukaan, band-I
    • Jenis MR34 radar kawalan tembakan meriam 100 mm
    • 2 x Racal radar navigasi RM-1290, band-I
    • sistem sonar pasif/aktif frekuensi sederhana MGK-335
    • ZKJ-4B/6 (dibangunkan daripada sistem data tempur Thomson-CSF TAVITAC)
    • HN-900 Data link (buatan China setanding dengan Link 11A/B, akan ditingkat upaya)
    • SNTI-240 SATCOM
    Peperangan elektronik
    & pengumpan:
    • Type 922-1 penerima amaran radar
    • HZ-100 ECM & sistem ELINT
    Persenjataan:
    • 2 x 4-sel peluru berpandu anti-kapal YJ-83 (C-803)
    • 8x peluru berpandu krus serangan darat jarak jauh Hongniao-2.[1]
    • 1 x HQ-7 8-sel pelancar peluru berpandu permukaan ke udara
    • 1 x 100 mm meriam berdasarkan rekabentuk Creusot-Loire T100C 4 x AK-630 6-laras 30 mm meriam CIWS
    • Berkembar tiga 324 mm YU-7 torpedo ASW
    • pelancar roket, mungkin roket atau roket umpan ASW
    Pesawat yang dibawa: 1 Kamov Ka-28 'Helix' atau Harbin Z-9C
    Kemudahan penerbangan: hangar

    Frigat Jenis 054 (nama pengenalan NATO Jiangkai I) adalah sebuah frigat buatan Republik Rakyat China. Ia mula dibina pada akhir tahun 2002. Kapal pertama dalam kelasnya adalah No. 525 Ma'anshan. Frigat Jenis 054 kini telah digantikan dengan frigat yang lebih berupaya iaitu frigat Jenis 054A.

    Jenis 054 merupakan frigat yang mengantikan kelas Jiangwei dan kelas Jianghu di dalam pemilikan Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat. Ia telah dibandingkan dengan frigat buatan Perancis iaitu frigat Kelas La Fayette. Frigat Jenis 054 ini mempunyai berat 4,000 tan (anggaran) yang menggabungkan banyak ciri-ciri halimunan: seperti rekabentuk badan bercerun; bahan menyerap radar; dan mengurangkan ciri-ciri dan kelengkapan di permukaan.

    Pada bulan April 2002, sebuah syarikat Jerman-Perancis SEMT Pielstick telah mengumumkan bahawa China telah mendapat membeli 8 unit enjin diesel marin Jenis 16 PA6 STC untuk dua buah frigat baru. Lapan buah enjin baru ini akan dibina secara berlesen oleh Shaanxi Diesel Engine Works, dan akan dipasang pada dua buah frigat Jenis 054, #525 Ma'anshan, dan #526 Wenzhou. Laporan awal lain mendakwa bahawa kapal-kapal ini akan dijanakuasa oleh 2 x 16 PA STC + 2 x MTU 20V 956TB92 diesel, atau kemungkinan sama ada 4 x 16 PA STC + 2 x MTU 20V 956TB92.

    Perbandingan denganLa Fayette

    Dari luarannya, frigat Jenis 054 menyerupai frigat Kelas La Fayette buatan Perancis. Dua buah kapal ini juga memiliki saiz dan sesaran yang sama. Beberapa persamaan adalah:

    • Pendorongan:
      • Jenis 054: CODAD dipadankan dengan 4x SEMT Pielstick 21,000 hp (dipertikaikan)
      • La Fayette: CODAD dipadankan dengan 4x SEMT Pielstick 21,000 hp (16,000 kW)
    • Radar:
      • Jenis 054: Jenis 363S, berdasarkan kepada radar Thomson-CSF DRBV-15 Sea Tiger
      • La Fayette: Thales (Thomson-CSF) DRBV-15C Sea Tiger Mk2
    • Kawalan tembakan:
      • Jenis 054: Jenis 345, berdasarkan Thomson-CSF Castor II
      • La Fayette: Thales (Thomson-CSF) Castor 2J
    • Sistem Pengurusan Tempur:
      • Jenis 054: ZKJ-4B/6, dibangunkan daripada Thomson-CSF TAVITAC
      • La Fayette: Thales (Thomson-CSF) TACITAC 2000 (penganti kepada TAVITAC)
    • Meriam utama:
      • Jenis 054: Jenis 210 meriam 100 mm berdasarkan Creusot-Loire T100C buatan Perancis
      • La Fayette: DCN 100 mm TR
    • SAM:
      • Jenis 054: HQ-7 SAM, berdasarkan Sea Crotale SAM
      • La Fayette: Crotale VT1

    China telah mengimport banyak sistem persenjataan daripada Perancis pada tahun 1980-an, dan mendapatkan lesen pengeluaran. Beberapa sistem yang digunakan pada Jenis 054 adalah berdasarkan sistem Perancis yang digunakan oleh frigat La Fayette pada tahun 1980-an. Walaubagaimanapun, frigat Jenis 054A terbaru menggabungkan sistem tempatan yang lebih maju, bersama-sama dengan persenjataan baru yang dibangunkan di dalam negara seperti HQ-16 VLS dan Jenis 730 CIWS.

    Eksport

    Jane's Defence Weekly telah melaporkan bahawa Tentera Laut Pakistan sedang mempertimbangkan untuk memperolehi empat buah frigat dari Jenis 054 atau Jenis 054A. Frigat Jenis 054 akan melonjak kuasa Tentera Laut Pakistan dengan ketara di mana buat pertama kalinya pasukan tugas tentera laut boleh dioperasikan di bawah kawasan perlindungan pertahanan udara.

    Rujukan

    1. ^ "HN-2". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-14. Dicapai pada 2010-09-21.

    Pautan luar

    • Chinese Defense Today page
    • Chinese Navy Diarkibkan 2007-01-07 di Wayback Machine
    • l
    • b
    • s
    Kapal selam
    Peluru berpandu
    balistik nuklear
    Type 094 (Kelas Jin)  • Type 092 (Kelas Xia)
    Type 093 (Kelas-Shang')'  • Type 091 (Kelas-Han)
    Peluru berpandu
    balistik konvensional
    Ubahsuai Projek 629 (Kelas Golf)
    Serangan
    konvensional
    Type 041 (Kelas-Yuan)  • Type 039/039A/039G Kelas-Song  • Type 035 (Kelas-Ming)  • Type 033 (Kelas-Romeo)  •
    Projek 636 (Kelas-Kilo II)  • Projek 877EKM (Kelas-Kilo I)
    Penempur
    permukaan
    utama
    Pengangkut pesawat masa depan China*  • Projek 1143.5 (Kelas-Kuznetsov)*  • Kelas-Kiev+
    Type 052C Luyang II (Kelas-Lanzhou)  • Type 052B Luyang I (Kelas Guangzhou)  • Type 052 (Kelas Luhu)  •
    Type 051C (Kelas Luzhou)  • Type 051B (Kelas Luhai)  •
    Type 051DT (Kelas Luda IV)  • Type 051G1/G2 (Kelas Luda III)  • Type 051 (Kelas Luda II)  • Type 051 (Kelas Luda I)  •
    Projek 956EM (Kelas Sovremenny II)  • Projek 956 (Kelas Sovremenny I)
    Type 054A (Kelas Jiangkai II )  • Type 054 (Kelas Jiangkai I (Ma'anshan))  •
    Type 053H3 (Kelas Jiangwei II)  • Type 053H2G (Kelas Jiangwei I)  •
    Type 053H1G (Kelas Jianghu V)  • Type 053HT-H (Kelas Jianghu IV)  • Type 053H2 (Kelas Jianghu III)  • Type 053H1 (Kelas Jianghu II)  • Type 053H (Kelas Jianghu I)
    Kapal
    peperangan
    pantai
    Type 022 (Kelas Houbei)  • Type 037-II (Kelas Houjian)  • Type 037-IG (Kelas Houxin)  • Type 021 (Kelas Houdong)  • Type 021 (Kelas Huangfeng (Soviet Osa-I)  • Type 021 (Kelas Hola)  • China Cat (Kelas C 14)  • Type 024 (Kelas Heku/Hegu/Houku/Hougu)
    Type 025 (Kelas Huchuan)  • Kelas P4
    Bot bersenjata
    Type 062-I (Kelas Shanghai III)  • Type 062 (Kelas Shanghai II)  • Type 062 (Kelas Shanghai I)  • Type 206 (Kelas Huludao)  • Kelas Shantou+  • Kelas Beihai+  • Kelas Huangpu+  • Kelas Yulin+
    Pengejar kapal selam
    Type 037-IS (Kelas Haiqing)  • Type 037-I (Kelas Haijiu)  • Type 062-I (Kelas Haizhui)  • Type 037 (Kelas Hainan)  • Kelas Kronshtadt
    Kapal
    tempur
    amfibia
    Pelantar mendarat
    Type 071 (Kelas Yuzhao)
    Kapal pendarat
    Type 072 (Kelas Yukan)  • Type 072-II (Kelas Yuting I)  • Type 072-III (Kelas Yuting II)  • Type 079 (Kelas Yuliang)  • Type 074 Yuhai (Kelas Wuhu-A)  • Type 073 I/II/III  • Type 073 IV (Kelas Yunshu)
    Kapal pendarat
    Kelas Yubei  • Type 722-II (Kelas Jingsha II)  • Type 724 LCAC  • Type 271 (Kelas Yupen)  • Type 067 (Kelas Yunnan)  • Type 068/069 (Kelas Yuch'in)  • Kelas Zubr*
    Penyapu ranjau,
    Penabur ranjau
    Type 081 (Kelas Wochi)  • Type 082-II (Kelas Wozang)  • Type 918 (Kelas Wolei)  • Type 010  • Kelas T-43+  • Type 082 (Kelas Wosao)  • Type 062 Fushun+  • Type 312 Futi
    • = Dalam pembinaan atau perolehan
      + = Dibersarakan         
      Kapal-kapal Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat