GNewSense
gNewSense 2.0 | |
Pembangun | Brian Brazil and Paul O'Malley |
---|---|
Keadaan | Sekarang |
Model sumber | Perisian bebas |
Keluaran terbaru | 4.0 [1] / 6 Mei 2016; 8 tahun yang lalu (2016-05-06) |
Repositori |
|
Kaedah kemaskini | APT |
Pengurus bungkusan | dpkg |
Pelantar | x86 |
Jenis Inti | Monolitik (Linux) |
Antaramuka pengguna terasal | GNOME |
Lesen | Lesen perisian bebas |
Laman rasmi | www.gnewsense.org |
gNewSense ialah sebuah agihan GNU/Linux berdasarkan Ubuntu yang direka supaya hanya mengandungi perisian bebas untuk pengguna komputer meja dan komputer riba. Agihan Linux ini dilancarkan oleh Brian Brazil dan Paul O'Malley pada tahun 2005. Pada tahun 2006, gNewSense menerima bantuan daripada Yayasan Perisian Bebas[1], dan digunakan oleh presiden Yayasan Perisian Bebas sendiri, Richard Stallman[2].
gNewSense adalah berdasarkan Ubuntu, akan tetapi semua perisian hak milik dan blob perduaan telah dikeluarkan, menjadikannya terdiri daripada 100% perisian bebas. gNewSense disifatkan sebagai "sebuah agihan GNU/Linux yang bebas daripada semua blob bukan bebas yang terdapat dalam suatu agihan popular[3]".
Versi 1.1 dilepaskan pada Januari 22 2007, diikuti pula oleh versi 2.0 "deltah" (berdasarkan Ubuntu 8.04 "Hardy Heron") selepas lebih daripada setahun, iaitu pada 30 April 2008.
Aspek teknikal
Dengan lalai gNewSense menggunakan GNOME sebagai persekitaran atas meja rasmi bagi sistem pengendalian GNU, tetapi versi menggunakan desktop KDE yang ada, walaupun ia belum muncul untuk keluaran 2.0 "deltah".
gNewSense juga menciptakan alat dipanggil 'Builder' yang diggunakan oleh lain-lain untuk menciptakan pembezaan Ubuntu.
Serupa dengan Ubuntu, gNewSense mempunyai penggunaan baik tetapi memfokuskan kebebasan perisian. Pemasang Ubiquity[4] membenarkan pemasangan di atas cakera keras dari CD Langsung tanpa memulakan semula komputer sebelum pemasangan.
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
- Laman web gNewSense
- Tontonan semula di nuxified.org