Hari Sukan dan Kesihatan

Hari Sukan dan Kesihatan
هاري سوكن دان كصيحتن
Official name体育の日 Taiiku no hi
Also calledHari Sukan atau Hari Sukan-Kesihatan
Observed byOrang Jepun
TypeKebangsaan
SignificanceMemperingati upacara pembukaan Sukan Olimpik di Tokyo.
DateHari Isnin minggu kedua bulan Oktober

Hari Sukan dan Kesihatan (体育の日code: ja is deprecated , Taiiku no hi, هاري سوكن دان كصيحتن) adalah hari cuti kebangsaan di Jepun yang diadakan pada hari Isnin minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Mengikut Undang-undang Perayaan Jepun (Shukujitsu-hō), hari tersebut diraikan bagi "memupuk rasa cinta terhadap sukan serta membentuk jiwa dan raga yang sihat".

Pada mulanya, hari cuti ini ditetapkan pada 10 Oktober bagi memperingati upacara sambutan pembukaan Sukan Olimpik di Tokyo pada tahun 1964. Walau bagaimanapun, tarikh tersebut telah diubah berdasarkan Sistem Happy Monday yang memindahkan sebahagian hari cuti kepada hari Isnin supaya hari cuti hujung minggu menjadi lebih panjang.

  • l
  • b
  • s
Cuti umum di Jepun
Takwim Jepun
Tahun Baru  • Hari Kedewasaan  • Hari Penubuhan Negara  • Hari Ekuinoks Musim Bunga  • Hari Showa*  • Hari Peringatan Perlembagaan*  • Hari Kehijauan*  • Hari Kanak-Kanak*  • Hari Laut  • Hari Menghormati Warga Tua  • Hari Ekuinoks Musim Luruh  • Hari Sukan dan Kesihatan  • Hari Kebudayaan  • Hari Kesyukuran Pekerja  • Hari Keputeraan Maharaja
* Sebahagian daripada Minggu Emas
Ikon tunas

Rencana berkaitan Jepun ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s

Pautan luar

  • Hari Sukan (Perihal) Diarkibkan 2008-11-20 di Wayback Machine
  • Hari Sukan (Inggeris)