I Love You Mr Clown

I Love You Mr Clown
GenreKomedi romantik
Misteri
Ditulis oleh
  • Ramlah Rashid
  • Jue Zurhanisza
PengarahAmie Maziah Abdul Rahman
Dibintangi oleh
  • Nabil Aqil
  • Yuna Rahim
Lagu pembukaan"Sempurna" - Syameer Azmi
Lagu penutup"Sempurna" - Syameer Azmi
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Arie Zaharie
  • Mohd Pauzi Mansor
  • Azlan Zaharie
Penerbit
  • Arie Zaharie
  • Azlan Zaharie
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Arie Zaharie Production
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Lestary)
Tonton
Format gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Siaran asal27 Januari 2023 – 17 Februari 2023
Kronologi
MengikutiBawah Blok
Diikuti olehKami Budak Band

I Love You Mr Clown ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2023 arahan Amie Maziah Abdul Rahman terbitan Arie Zaharie Production Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Nabil Aqil dan Yuna Rahim. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary, TV3 dari 27 Januari hingga 17 Februari 2023 menggantikan Bawah Blok.[1]

Sinopsis

Kisah Fariz (Nabil Aqil) bekerja sambilan sebagai seorang badut program amal yang menghiburkan pengunjung pusat membeli belah bagi mengutip dana persatuan kanak-kanak kanser.

Nisa (Yuna Rahim) pula seorang gadis yang telah menamatkan pengajian selama 6 bulan dan mula berasa resah apabila semua temuduga yang dihadirinya gagal mendapatkannya kerja tetap di mana-mana syarikat. Nisa ingin berdikari dan mencari kerja di luar perniagaan keluarganya tapi masih tidak berjaya.

Keresahan Nisa bertambah apabila fobianya terhadap badut semakin teruk. Ia telah mengganggu tidurnya selepas dikejar badut di sebuah pusat membeli belah.

Tambahan pula, bapa Nisa mempunyai musuh yang hendak membalas dendam kepadanya menerusi Nisa.

Walau pelbagai insiden terjadi, namun ada seorang badut yang sering berada di tempat kejadian untuk menyelamatkan Nisa. Siapakah gerangan orang tersebut?

Dapatkah Nisa dan Fariz lari dari insiden yang menghantui mereka ini? Bolehkah Nisa melepaskan dirinya daripada ketakutan akan badut itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Runut Bunyi

Rujukan

  1. ^ Info Dan Sinopsis Drama I Love You Mr Clown (Slot Lestary TV3). Iluminasi. Dicapai 28 Januari 2023