Iklim khatulistiwa
Iklim khatulistiwa, juga dikenali sebagai iklim hutan hujan tropika, ialah sejenis iklim yang tidak mengalami musim kering, iaitu kesemua 12 bulan dalam setahun mencatat nilai kerpasan min sekurang-kurangnya 60 mm (2.36 inci). Iklim khatulistiwa tiada musim panas dan sejuk yang ketara, sebaliknya bercuaca panas dan lembap sepanjang tahun dengan hujan lebat yang turun pada waktu petang hampir setiap hari. Panjang waktu siangnya hampir sama setiap hari, meskipun jurang perbezaan suhu purata antara siang dan malam jauh lebih ketara berbanding perbezaan suhu purata antara "musim panas" dan "musim sejuk".
Iklim khatulistiwa biasanya ditemui di garis lintang antara lima darjah di Utara dan Selatan dari khatulistiwa yang didominasi oleh Zon Pertemuan Antartropika. Namun demikian, di tempat lain wujudnya juga mikroiklim tropika, apatah lagi bukan semua tempat di sepanjang rantau khatulistiwa beriklim khatulistiwa (lihat juga zon kering khatulistiwa).
Ciri-ciri iklim:
- Garis lintangnya berada dalam Jalur Tekanan Rendah Doldrum sepanjang tahun, maka tidak mengalami perubahan musim.
- Matahari tengah hari sentiasa berhampiran dengan garis tegak dan mencapai kepanasan tertinggi dua kali setahun, iaitu pada waktu ekuinoks.
- Suhu harian purata adalah 26 °C (79 °F) sepanjang tahun. Litupan awan yang berlebihan dan curahan hujan yang lebat menghalang kenaikan suhu melebihi 26°C.
- Perubahan suhu harian adalah antara 2 °C (36 °F) dan 5 °C (41 °F), iaitu lebih besar daripada julat suhu tahunan iaitu 2°C.
- Curahan hujan adalah lebat sekali dan selalunya bersifat perolakan.
Iklim khatulistiwa dilambangkan oleh Af mengikut sistem pengelasan iklim Köppen. Hutan hujan tropika merupakan tumbuh-tumbuhan semula jadi di rantau khatulistiwa.
Bandar-bandar di dunia yang mengalami iklim ini
Carta suhu bandaraya terpilih
Carta iklim untuk Mbandaka, Republik Demokratik Congo | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
81 30 22 | 122 30 23 | 178 32 24 | 203 33 26 | 177 34 25 | 128 33 26 | 73 34 23 | 99 34 23 | 157 31 24 | 152 32 25 | 165 31 24 | 97 30 22 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|
Carta iklim untuk Brunei | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
138 27 16 | 131 29 16 | 148 28 19 | 143 30 20 | 147 31 20 | 139 39 24 | 124 34 23 | 109 37 23 | 100 32 23 | 142 32 23 | 155 30 19 | 139 29 17 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|
Carta iklim untuk Apia, Samoa | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
419 30 24 | 322 30 24 | 332 30 24 | 261 30 24 | 205 30 24 | 165 29 24 | 133 29 23 | 155 29 23 | 180 29 23 | 257 30 24 | 270 30 24 | 372 30 24 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|
Carta iklim untuk Biak, Indonesia | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
261 30 22 | 266 30 23 | 275 30 23 | 215 30 23 | 258 30 23 | 212 30 23 | 241 30 23 | 230 30 23 | 210 30 23 | 200 31 23 | 201 31 23 | 240 30 23 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|