Inti hibrid
Inti hibrid ialah seni bina inti yang berasaskan gabungan aspek-aspek seni bina mikrointi dan inti monolit yang digunakan dalam sistem pengendalian komputer. Ramai yang mempertikaikan perlunya istilah dan pengelasan "inti hibrid" kerana serupa dengan inti monolit. Pada asalnya, inti dibahagi kepada inti monolit dan mikrointi (dengan nanointi dan eksointi dilihat sebagai bentuk ekstrim mikrointi).
Idea di sebalik inti hibrid berupa struktur inti yang menyerupai mikrointi, tetapi dilaksanakan seperti inti monolit. Berbeza daripada mikrointi, keseluruhan perkhidmatan sistem pengendalian berada dalam ruang inti. Wakaupun prestasinya tidak terjejas apabila mengutuskan pesanan dan bertukar konteks antara mod inti dan pengguna seperti yang dialami inti monolit, namun tiada faedahnya menjalankan perkhidmatan dalam ruang pengguna seperti mikrointi.
Pelaksanaan
- Inti BeOS
- Inti Haiku
- Syllable
- Berasaskan BSD
- DragonFly BSD (sistem pengendalian BSD bukan Mach pertama yang menggunakan inti hibrid, konsep diilhamkan oleh AmigaOS)
- Inti XNU (teras Darwin, digunakan dalam Mac OS X)
- Inti NetWare[1]
- IntiPlan 9
- Inti Inferno
- Inti NT (digunakan dalam Windows NT 3.1, Windows NT 3.5, Windows NT 4.0, Windows 2000, Windows Server 2003, Windows XP, Windows Vista, Windows Server 2008, Windows 7)
- Inti ReactOS
Rujukan
- ^ An Overview of the NetWare Operating System(2007-02-07)