Kampung Sungai Ruil

Kampung Sungai Ruil yang terletak di Pahang
Kampung Sungai Ruil
Kampung Sungai Ruil
Koordinat: 4°29′17″N 101°22′12″E / 4.488°N 101.370°E / 4.488; 101.370Negara MalaysiaNegeriPahangDaerahTanah Tinggi CameronPenubuhan1963[1]

Kampung Sungai Ruil ialah sebuah kawasan petempatan Orang Asli Semai yang terletak di daerah Tanah Tinggi Cameron, Pahang, Malaysia. Kampung ini terletak berdekatan sempadan negeri Perak dan Pahang serta kawasan Gunung Ruil dan Sungai Ruil.

Sejarah

Pada 7 Ogos 2011, sebuah tanah runtuh telah berlaku di sini, menyebabkan tujuh orang penghuni terkorban. Susulan itu, keseluruhan kampung dirobohkan pada tahun berikutnya lalu dimajukan semula dengan perumahan dan prasarana yang lebih moden buat penduduk kampung. Projek pembangunan itu siap pada 2016.[1]

Rujukan

  1. ^ a b Raziatul Hanum A. Rajak (19 Januari 2019). "Orang Asli dah tak masuk hutan..." Sinar Harian. Dicapai pada 12 Jun 2021.
  • l
  • b
  • s