Kau? C.E.O Aku?
- Drama
- Cinta
- Komedi
- Keluarga
- Pgr's Team
- Suhaila Nordin
- Azrel Ismail
- Puteri Aishah
- Syazwan Zulkifly
- Neera Azizi
- Talha Harith
- Siti Hariesa
Kau C.E.O Aku? merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Harris Fadzillah di bintangi oleh Azrel Ismail, Puteri Aishah dan Syazwan Zulkifly. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri, TV1 bermula 23 Mac 2023 menggantikan Limbai Cinta 2.[1]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di laman web rasmi RTM Klik.[2]
Sinopsis
Mengisahkan Aisya yang berkahwin dengan Danial atas pilihan keluarga namun kehadiran Mila, kawan baik Danial cuba mengganggu perkahwinan mereka.
Aisya menikah dengan Danial kerana pilihan keluarga. Danial Firdaus adalah C.E.O di tempat kerjanya. Orangnya handsome tapi ego dan sombong melangit.
Setelah berkahwin dugaan menimpa satu-persatu. Semua gara-gara Hanis Armilia atau Mila, teman rapat Danial. Anak yang dikandung selama 6 bulan meninggal gara-gara Mila.
Selepas itu Danial minta untuk berkahwin dengan Mila kerana mahu melindungi dirinya dan mahukan zuriat. Aisya Sofea hanya memendam perasaan dan akur dengan kata-kata Danial.
Nasib baik Aisya mempunyai ramai yang menyanyangi dirinya - Anis, Syafiq dan Hakimi. Mereka bersusah-payah mencari bukti untuk mempertahankan hak dan kebenaran Aisya.
Pelakon
Pelakon Utama
- Azrel Ismail sebagai Danial Firdaus
- Puteri Aishah sebagai Aisya Sofia
- Neera Azizi sebagai Mila Armilia
- Syazwan Zulkifli sebagai Hakimi
- Talha Harith sebagai Syafiq
- Siti Hariesa sebagai Anis
Pelakon Pembantu
- Azri Iskandar sebagai Dato Najmi
- Amelina sebagai Datin Faridah
- Zuhairi Ibrahim sebagai T.S Shamsudin
- Anne Abdullah sebagai P.S Maria
- Ainina Ahmad B sebagai Hajah Marina
- Manan Sulaiman sebagai Haji Harun
- Zalfa Zin sebagai Tania
- Trisha Ooi sebagai Sherry
- Shawal Osman sebagai Badrul
Penampilan Khas
Pelakon Tambahan
- Zul Genting sebagai Pak Hamid
- Seha Monica sebagai Mak Yah
- Shyrim Husni sebagai Dr. Kamal
- Izzul Faiq sebagai Khairul
- Puteri Khareeza sebagai Hanim
- Tisya Mars sebagai Charlize
- Jerry Zairudin sebagai Kekasih Gelap