Kegabenoran Baitulmaqdis
Kegabenoran Baitulmaqdis | |
---|---|
Kegabenoran | |
Peta kawasan mengikut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menunjukkan pengaturan pendudukan Israel di Kegabenoran | |
Bendera | |
Negara | Negara Palestin |
Keluasan | |
• Jumlah | 344 km2 (133 batu persegi) |
Penduduk (2017)[1] | |
• Jumlah | 365,521 |
Angka ini tidak memasukkan petempatan Israel |
Kegabenoran Tebing Barat (Negara Palestin) |
---|
Jenin Qabatiya Ya'bad Yamun JENIN Tulkarm TULKAREM TUBAS Tubas Nablus NABLUS QALQILYA Qalqilya SALFIT Salfit RAMALLAH DAN AL-BIREH Ramallah al-Bireh Beitunia Jericho JERICHO al-Quds (Jerusalem) BAITULMAQDIS Bethlehem BETHLEHEM HEBRON Halhul Hebron Yatta Dura ad-Dhahiriya |
|
Kegabenoran Baitulmaqdis atau Kegabenoran Baitulmakdis[2] atau Kegabenoran Baitulmuqaddis (Arab: محافظة القدس, rumi: Muḥāfaẓat al-Qudscode: ar is deprecated ; Ibrani: נפה אל-קודס, rumi: Nafah al-Qudscode: he is deprecated ), atau dikenal juga sebagai Kegabenoran Jerusalem, ialah satu dari 16 kegabenoran Palestin dan bertempat di tengah-tengah Tebing Barat. Gabenor yang berkuasa sekarang, yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Palestin, ialah Adnan Ghaith semenjak 2018,[3] yang menggantikan Adnan al-Husayni, yang dilantik di tahun 2008. Kegabenoran ini memiliki dua sub-daerah: Jerusalem J1, yang memasukkan petempatan-petempatan di dalam Kegabenoran namun dikawal oleh Israel dengan pihak berkuasa tempatannya yang bernama kawasan perbandaran Jerusalem (Baitulmaqdis Timur), dan Jerusalem J2, yang merangkumi bahagian selebihnya dari Kegabenoran Baitulmaqdis.[4] Ibu kota Kegabenoran ialah Baitulmaqdis Timur.
Jumlah keluasan tanah kegabenoran ialah 344 km². Mengikut Biro Pusat Perangkaan Palestin, kegabenoran ini memiliki penduduk sekitar 429,500 jiwa di tahun 2005, atau 10.5% dari orang Palestinin yang tinggal di wilayah-wilayah Palestin. Di tahun 2022, penduduk bertambah menjadi 482,854 menurut Perangkaan rasmi.[5]
Bahagian
Kegabenoran al-Quds dibahagi menjadi sub-daerah "Jerusalem J1" dan "Jerusalem J2". Jerusalem J1 mengandung bahagian-bahagian dari Tebing Barat yang telah diilhak oleh Israel di tahun 1980 dan masuk ke dalam pihak berkuasa perbandaran Jerusalem. Jerusalem J1 biasanya dirujuk sebagai Baitulmaqdis Timur. Jerusalem J2 merangkumi bahagian-bahagian Kegabenoran yang tidak dimasukkan ke dalam J1.[4]
Bahagian berdasarkan sub-daerah
Jerusalem J1: Al-Isawiya, Al-Quds (Kota Lama), Ash-Shayyah, As-Sawahira Al-Gharbiya, As-Suwwana, At-Tur, Ath-Thuri, Bab As-Sahira, Beit Hanina, Beit Safafa, Jabal Al-Mukabbir, Kufr A’qab, Ras Al-Amud, Sharafat, Sheikh Jarrah, Shu’fat, Kem Pelarian Shu'fat, Silwan, Sur Baher, Umm Tuba, Wadi Al-Joz
Jerusalem J2: Abu Dis, Al-Eizariya, Al-Jib, Al-Judeira, Al-Qubeiba, Al-Ram, As-Sawahira ash-Sharqiya, 'Anata, Nabi Samwil, Ash-Sheikh Sa’d, Az-Za’eem, Beit Anan, Beit Hanina al-Balad, Beit Ijza, Beit Iksa, Beit Surik, Biddu, Beit Duqqu, Bir Nabala, Dahiat Al-Bareed, Hizma, Jaba’, Khirbet Umm Al-Lahem, Mikhmas, Qalandya, Kem Pelarian Qalandya, Qatanna, Rafat, kampung Bedouin Al-Khan Al-Ahmar, kampung Bedouin Jaba’[meragukan – bincang], kampung Bedouin lainnya (lihat lagi kampung Bedouin 'Arab al-Jahalin).
Bahagian mengikut jenis tempat
Bandar
- Baitulmaqdis Timur
- Abu Dis
- Al-Eizariya
- Ar-Ram
Perbandaran
- Biddu
- Beit 'Anan
- Bir Nabala
- Hizma
- Kafr Aqab
- Qatanna
- Qalandiya
Majlis kampung
- 'Anata
- Arab al-Jahalin
- Beit 'Anan
- Beit Duqqu
- Beit Hanina
- Beit Iksa
- Beit Sirik
- Jaba'
- Al-Jib
- Al-Judeira
- Kalandia
- Mikhmas
- Rafat
- As-Sawahira ash-Sharqiya
- Az-Za'ayyem
Kejiranan Baitulmaqdis Timur
- Abu Tor
- Beit Hanina
- Beit Safafa
- Isawiya
- Jabal Mukabar
- Kota Lama
- Ras al-Amud
- Sheikh Jarrah
- Shu'fat
- Silwan
- Sharafat
- Sur Baher
- At-Tur
- Umm Tuba
- Wadi al-Joz
- Al-Walaja (bahagian dari Kegabenoran Baitlaham dan Baitulmaqdis Timur)
Kejiranan Baitulmaqdis yang dikawal Palestin
- Sur Baher
- Beit Hanina
- Jabel Mukaber (ash-Sheikh Sa'd)
- Al-Ram
- Dahiyet Al Barid
- Kafr 'Aqab
- Arab al-Jahalin
- Umm Tuba
- Al-Walaja
- Anata
Galeri
- Beit Surik
- Beit Iksa
- Kem Shu'fat
- Kafr 'Aqab
-
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Main Indicators by Type of Locality - Population, Housing and Establishments Census 2017" (PDF). Biro Pusat Perangkaan Palestin (PCBS). Dicapai pada 2021-01-19.
- ^ "Iran lancar peluru berpandu, dron ke atas Israel". Berita Harian Singapura. 14 April 2024. Dicapai pada 5 Julai 2024.
- ^ "Israel said to arrest PA Jerusalem governor, lawyer". The Times of Israel.
- ^ a b Israeli Settlements in Palestine—Annual Statistical Report 2012, Concepts and Definitions, pp. [22]-[23]. Palestinian Central Bureau of Statistics, August 2013
- ^ Jerusalem Bulletin English.pdf Diarkibkan 27 September 2007 di Wayback Machine
Pautan luar
- Jerusalem governorate Senarai pengumpulan kediaman. Pusat Maklumat Kebangsaan Palestin, 1999. Pada web.archive.org
Templat:Kegabenoran Baitulmaqdis
Koordinat: 31°48′N 35°18′E / 31.8°N 35.3°E / 31.8; 35.3