Kereta kebal Tortoise (A39)

Kereta kebal, Serangan Berat, Tortoise (A39)
Kereta kebal serangan A39 Tortoise
JenisKereta kebal amat berat
Tempat asal United Kingdom
Sejarah pengeluaran
Direka1944
Jumlah dibina6
Spesifikasi
Berat78 long ton (87 short ton; 79 t)
Panjang10 m (33 ka)
Lebar3.9 m (13 ka)
Tinggi3 m (9 ka 10 in)
Krew7 (Komander, hurumeriam, penembak mesingan, 2 orang pemuat, pemandu, pembantu pemandu)

Armor178–228 mm (7–9 in)
33 mm (1.3 in) atas
Senjata
pertama
Ordnance QF 32 paun
(meriam 94 mm)
Senjata
kedua
3 x 7.92 mm mesingan Besa
EnjinRolls-Royce Meteor V12 petrol
600 hp (450 kW)
Kuasa/berat7.7 hp/tonne
Sistem ampaianpalang kilasan ("torsion bar")
Jarak
operasi
Road: 140 km (87 bt)
KelajuanDi jalan: 19 km/j (12 mph)
Luar jalan: 6 km/j (4 mph)

The Kereta kebal Penggempur Berat, Tortoise (A39) merupakan kereta kebal penggempur berat British yang direka dan dibangunkan semasa Perang Dunia Kedua tetapi tidak pernah dihasilkan secara pukal. Ia dibangunkan bagi tujuan membersihkan kawasan perkubuan berat dan dengan itu ia mementingkan perlindungan perisai berbanding pergerakan licah.

Sungguhpun berat, seberat 78 tan, dan sukar diangkut, ia tahan dan merupakan pelantar senjata yang baik.[1]

Pembangunan

A39 Tortoise sedang ditunda di atas trela semasa ujian di BAOR ("British Army of the Rhine"), 1948

Pada awal tahun 1943 pasukan Berikat menjangkakan tentangan hebat bagi jangkaan pencerobohan unjuran masa hadapan di Eropah, dengan musuh bertempur dibelakang kedudukan kubu yang kuat seperti Garisan Siegfried. Akibatnya kenderaan kelas baru muncul, dalam bentuk kereta kebal penyerang, yang meletakkan perlindungan perisai maksima sebagai keutamaan lebih tinggi berbanding pergerakan. Pada awalnya pembangunan ditumpukan pada kereta kebal Excelsior (A33), berdasarkan kereta kebal Cromwell. Terdapat juga program bagi meningkatkan perisai bagi kereta kebal Churchill. Bagi kerja serupa di Timur Jauh, kereta kebal Valiant (A38), berdasarkan kereta kebal Valentine dipertimbangkan sungguhpun berat dinyatakan sebagai serendah yang mungkin.

Setiausaha Negara bagi Perang dan Kementerian Perbekalan mengeluarkan Memorandum Bersama pada April 1943 yang memberikan spesifikasi kabur bagi kereta kebal Pengempur, menkelaskannya sebagai kenderaan khusus bagi beroperasi di kawasan dipertahankan dengan kuat sebagai sebahagian pakar Division Perisai ke-79.

Organisasi Nuffield bertindak balas dengan lakaran 18 reka bentuk berlainan (AT1 sehingga AT18) antara May 1943 dan Februari 1944, setiap rekaan lebih besar dan lebih berat berbanding sebelumnya. Menjelang Februari 1944 reka bentuk AT16 telah siap dan diluluskan oleh Badan Kereta kebal yang mencadangkan bahawa bulan itu 25 buah dihasilkan secara langsung dari tahap ajukan tanpa perlu prototaip, untuk bersedia untuk perkhidmatan operasi pada September 1945. Tempahan bagi 25 buah diberikan oleh Pejabat Perang dan kerja telah bermula.

Menjelang akhir perang tempahan dikurangkan dan hanya enam kenderaan di bina. Satu contoh dihantar ke Jerman bagi ujian di mana ia didapati tahan secara mekanikal dan pelantar meriam yang berkuasa dan tepat. Bagaimanapun dengan berat mencecah 80 tan dan ketinggian 10 kaki (3.0 m) ia terbukti amat perlahan dan sukar untuk diangkut.

Gambaran

Disebabkan Tortoise memiliki superstruktur casemate kekal menggantikan turet, ia boleh dikelaskan sebagai meriam gerak sendiri atau meriam penyerang dan bukannya kereta kebal. Krewnya termasuk komander, pemandu, dan jurumeriam, dengan dua pemuat bagi meriam 32-paun dan dua orang pengendali mesingan.

Dalamannya ia dibahagikan kepada tiga ruang, transmisi di hadapan, krew di tengah dan enjin Rolls-Royce Meteor di belakang. Sistem gantungan terdiri daripada empat bogie pada setiap sisi badan. Setiap bogie memiliki dua pasang tayar, setiap satu bersambung kepada batang torsion melintang. Transmisi Merritt-Brown dipasang dengan mengundur semua kelajuan, memberikan anggaran kelajuan yang sama bergerak ke hadapan dan ke belakang.

Persenjataan

Reka bentuk meriam Ordnance QF 32 paun disesuaikan dari 3.7 inci meriam anti pesawat British. Amunisi menggunakan caj dan peluru terpisah, yang berikutnya 32 paun (14.5 kg) tembakan perobek perisai (APCBC). Semasa ujian meriam itu berjaya menentang kereta kebal Panther Jerman pada jarak hampir 1,000 ela.

Meriam 32-paun dipasang dalam tenggekan gerak terhad bantuan kuasa; berbanding dipasang pada sangga ("trunnion") tradisi, ia menonjol melalui tenggekan bebola besar di hadapan badan, dilindungi oleh perisai setebal 225 mm. Disebelah kirinya adalah mesingan Besa dalam tenggekan bebola berperisai. Tambahan dua mesingan Besa dipasang pada turet di sebelah atas ke kanan.

Terselamat

Tortoise di Muzium Kereta kebal Bovington (2008)
  • Satu dari enam Tortoises prototaip Templat:Cn-span telah dikekalkan di Muzium Kereta kebal Bovington di Bovington, UK. Kenderaan itu dalam keadaan berfungsi. A 2011 overhaul melihat ia bergerak dengan kuasanya sendiri buat kali pertama sejak 1950-an.[2] Ia telah ditunjukkan kepada umum pada Jun 2011 di Tankfest 2011, pameran tahunan muzium Bovington bagi kenderaan bergerak.
  • Tortoise, tanpa meriamnya, terletak di kawasan latihan tentera Kirkcudbright berhampiran Kirkcudbright, Scotland.[3] Kerosakan lain pada kereta kebal dan penetapan kawasan latihan Kirkcudbright sebagai Tapak bagi Kepentingan Saintifik Khas ("Site of Special Scientific Interest" bererti memindahkan Tortoise ke muzium kini tidak mungkin.

Lihat juga

  • T-28 Kereta kebal berat super: Kereta kebal Amerika dengan reka bentuk dan nasib yang serupa.
  • Kereta kebal berat super
  • Jagdtiger
  • SU-152

Nota

  1. ^ Fletcher, The Universal Tank 1993 HMSO 0 11 290534 X p90
  2. ^ The Tank Museum (27 May 2011), Tortoise to Run for First Time in 60 Years, diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-17, dicapai pada 2013-10-21
  3. ^ "Kirkcudbright Training Area". Royal Commission on Ancient and Historical Monmuments in Scotland. Dicapai pada July 5, 2011.

Rujukan

  • Foss, Christopher F. (2002). The Encyclopedia of Tanks and Armored Fighting Vehicles. Spellmount. ISBN 1-86227-188-7. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Chamberlain, Peter (2000). British and American Tanks of World War Two: The Complete Illustrated History of British, American and Commonwealth Tanks, 1939-45. Cassell. ISBN 0-304-35529-1. Unknown parameter |nopp= ignored (bantuan); Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Chamberlain, Peter (2002). Tanks of the World 1915-1945. Cassell Military. ISBN 0-304-36141-0. Unknown parameter |nopp= ignored (bantuan); Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Forty, George (2006). The Illustrated Guide to Tanks of the World. Hermes House. ISBN 0-681-45905-0. Unknown parameter |nopp= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Pautan luar

  • Photos of A39 Tortoise at Bovington Museum
  • Armor in Focus - A39 Tortoise Heavy Assault Tank Specifications, Pictures
  • A39 Tortoise at World War II Vehicles

Templat:WWIIBritishAFVs