Kesan Terbukti
Kesan Terbukti | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh Slam | ||||
Dilancarkan pada | 1995 | |||
Dirakamkan pada | 1994–1995 | |||
Genre | Pop rock | |||
Syarikat | BMG Music | |||
Penerbit | Slam | |||
Kronologi Slam | ||||
| ||||
Single daripada Kesan Terbukti | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Kesan Terbukti merupakan album studio kedua oleh kumpulan Slam.[1] Semasa muncul dengan album pertama Slam, nama kumpulan Slam tidak begitu dikenali. Tetapi disebabkan kerap muncul di ekspo, album kedua berjudul Kesan Terbukti mendapat sambutan menggalakkan.[2] Melalui album kedua mereka `Kesan Terbukti` meletop dan berjaya mengangkat kumpulan Slam sebagai sebuah kumpulan ternama. Album tersebut memuatkan seperti Tak Mungkin Berpaling dan Kembali Terjalin.[3] Ia dinyanyikan oleh Zamani yang turut bersama kumpulan Slam untuk menghasilkan album lain seperti Slam (1994), Kesan Terbukti (1995), Kembali Merindu (1996), dan Dalam Harapan (1998) sebelum Zamani meninggalkan Slam. Selepas meninggalkan Slam pada 2002, tempat Zamani diisi Ronnie Hussein yang sempat merakamkan album Slamanja (2003) dan Menggapai Langit (2007).[4]
Senarai runut
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Tak Mungkin Berpaling" | Azam Dungun | Saari Amri | 4:51 | |||||
2. | "Manisnya Rindu" | Azam Dungun | Saari Amri | 5:52 | |||||
3. | "Bukan Niat Membalas Derita" | Johan Aziz | Shadek | 5:36 | |||||
4. | "Warisan Kita" | Johan Aziz | Lili (Slam) | 4:41 | |||||
5. | "Nur Kasih" | Ainol Jamal (Zur'Ain) | Saari Amri | 4:58 | |||||
6. | "Biarkannya" | Norman (KRU) | Yusry (KRU), Edry (KRU) | 5:38 | |||||
7. | "Sendiri" | Johan Aziz | Yusri Yusuf | 5:38 | |||||
8. | "Damai" | Johan Aziz | Ajak (Slam) | 5:09 | |||||
9. | "Di Ranting Impian" | Azam Dungun | Kid (Search) | 4:41 | |||||
10. | "Kembali Terjalin" | Habsah Hassan | Saari Amri | 5:58 | |||||
Jumlah masa: 53:02 |
Rujukan
- ^ "Slam terus unggul di persada seni". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-09. Dicapai pada 2018-08-09.
- ^ "Zamani Slam ditahan polis kerana disyaki menagih dadah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-05. Dicapai pada 2018-09-05.
- ^ "Slam terus unggul di persada seni". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-09. Dicapai pada 2018-08-09.
- ^ Konsert Slam
Pautan luar
- Konsert Slam