LG Household & Health Care
Nama asli | 주식회사 LG생활건강 |
---|---|
Nama rumi | Jusikhoesa LG (El-Ji) Saenghwalgeongang |
Jenis/bentuk sah | Awam |
Didagangkan sebagai | KSE: 051900 |
Industri | Barangan pengguna |
Pendahulu | LG Chem |
Ditubuhkan | April 2001; 23 tahun yang lalu (2001-04) |
Ibu pejabat | Seoul, Korea Selatan |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting | Suk Y. Cha (Naib Pengerusi dan CEO) |
Keluaran | Kosmetik, Barangan Keperluan Rumah, Minuman |
Hasil | KRW 4.677 bilion (2014)[1] |
Pendapatan kendalian | KRW 511 bilion (2014)[1] |
Pendapatan bersih | KRW 355 bilion (2014)[1] |
Jumlah aset | KRW 3.828 bilion (2014)[1] |
Jumlah ekuiti | KRW 1.709 bilion (2014)[1] |
Bilangan kakitangan | 9.566 (2014)[1] |
Syarikat induk | LG Corporation |
Anak syarikat | The Face Shop |
Tapak web | lgcare |
sunting · sunting di Wikidata |
LG Household & Health Care ialah pengeluar barangan pengguna Korea Selatan yang mengendalikan perniagaan kosmetik, barangan keperluan rumah, dan minuman. Syarikat ini juga merupakan pembotol Coca-Cola di Korea Selatan.
Pembahagian perniagaan
Kosmetik
LG Household & Health Care merupakan pengeluar kosmetik terbesar di Korea Selatan.[2] Jenama kelas atasnya termasuk ‘The History of Whoo’, ‘O Hui’, ‘SU:M37’, dan ‘belif’.[3] Perniagaan kosmetik kelas atas milik syarikat ini berkembang pesat, dengan ‘The History of Whoo’ mencatatkan penjualan terbesar di antara jenama lain yang dijual di kedai-kedai besar di Korea.[4] Jenama kosmetik kelas menengah hingga murah milik syarikat ini termasuk ‘ISA KNOX’, ‘Sooryehan’, ‘BEYOND’, dan ‘THEFACESHOP’, kedai kosmetik terbesar di Korea.[5]
Barangan keperluan rumah
LG Household & Health Care menempati kedudukan pertama di industri barangan keperluan rumah di Korea.[4] Unit perniagaan besar dalam pembahagian ini ialah penjagaan peribadi dan keperluan rumah. Penjagaan peribadi termasuk penjagaan gigi, penjagaan rambut, dan penjagaan badan, sementara keperluan rumah termasuk sabun cuci piring, sabun cuci baju, dan pelembut kain. Jenama besar milik syarikat ini antara lain ‘Perioe’·’Bamboo Salt’ (penjagaan gigi), ‘Elastine’·’Reen’ (perawatan rambut), ‘ON: THE BODY’ (perawatan tubuh), ‘TECH’ (sabun cuci baju), ‘Jayeonpong’ (sabun cuci piring), dan ‘Saffron’ (pelembut kain).[6]
Minuman
Divisi minuman didirikan melalui akuisisi terhadap Coca-Cola Beverage (bekas Coca-Cola Korea Bottling Co., Ltd) pada tahun 2007, dan saat ini merupakan produsen minuman terbesar kedua di Korea.[7] Merek besar yang dikelola oleh divisi ini antara lain ‘Coca-Cola’, ‘Fanta’, ‘Sprite’, ‘Minute Maid’, ‘Sunkist’, ‘Georgia’, dan ‘POWERADE’.[8]
Rujukan
- ^ a b c d e f "LG Household & Health Care 2014 Auditor's report". LG Household & Health Care. Dicapai pada 18 November 2014.
- ^ Cosmetics vs. creative economy
- ^ LG Household & Health Care official site
- ^ a b LG H&H reports net sales of 1.3 trillion won, and operating profit of 178 billion won for 1Q 2015
- ^ Missha announces domestic downsizing, global expansion
- ^ LG Household & Health Care official site
- ^ LG Household to Buy Coca-Cola Amatil's Korean Unit (Update3)
- ^ LG Household & Health Care official site
Pautan luar
- Tapak web rasmi