Liana Rafiai
Liana Rafiai | |
---|---|
Kelahiran | NurLiana binti Rafiai (1982-09-12) 12 September 1982 (umur 42) Ipoh, Perak, Malaysia |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2006–2012; 2014 |
Majikan | Metrowealth Pictures (2010 - 2012) |
NurLiana Rafiai (lahir 12 September 1982) merupakan seorang bekas pelakon wanita Malaysia. Beliau sering berlakon dalam banyak filem sebagai artis undangan.[1]
Kerjaya
Beliau telah diperkenalkan dalam filem Qabil Khushry Qabil Igam dalam watak kameo yang kecil. Selepas itu beliau telah berlakon dalam banyak filem antaranya 3 Temujanji, Kongsi dan lain-lain. Beliau diperkenalkan dalam watak penting dalam filem pertamanya Nongkrong. Beliau memainkan peranan penting dalam filem tersebut serta memegang watak Puteri Paya Bakau Dayang dan filem akan datang, Liana memegang salah satu watak utama daripada 6 artis dalam filem bertajuk X: Janda-Jandaku Gangster. Beliau mula dikenali ramai sebagai Dr Maya dalam drama Santau Merasuk.
Kehidupan peribadi
Beliau telah mendirikan rumahtangga pada 8 September 2012.[perlu rujukan] Sejak itu, beliau memutuskan untuk berhenti berlakon.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2007 | Qabil Khushry Qabil Igam | Kameo | |
2011 | Kongsi | ||
2012 | Adnan Sempit 2 | Cikaro | Kameo |
3 Temujanji | Teman Wanita Kamal | ||
Nongkrong | Puteri Paya Bakau Dayang | ||
X Janda-Jandaku Gangster | Ziana | ||
Aji Noh Motor | Mimi | Kameo | |
Taikun | Shasha | ||
2014 | Pejam Pelik | Mak | Filem pendek |
Rujukan
- ^ Aida Rismariza Kamaruddin (7 April 2012). "Liana Rafiai mahu terbang lebih tinggi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-11. Dicapai pada 11 Oktober 2017.
Pautan luar
- Liana Rafiai di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)