Marsyal TUDM
Angkatan Tentera Malaysia | ||
Tentera Darat | Tentera Laut | Tentera Udara |
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera | ||
Fil Marsyal | Laksamana Armada | Marsyal TUDM |
Jeneral | Laksamana | Jeneral TUDM |
Leftenan Jeneral | Laksamana Madya | Leftenan Jeneral TUDM |
Mejar Jeneral | Laksamana Muda | Mejar Jeneral TUDM |
Brigedier Jeneral | Laksamana Pertama | Brigedier Jeneral TUDM |
Kolonel | Kepten | Kolonel TUDM |
Leftenan Kolonel | Komander | Leftenan Kolonel TUDM |
Mejar | Leftenan Komander | Mejar TUDM |
Kapten | Leftenan | Kapten TUDM |
Leftenan | Leftenan Madya | Leftenan TUDM |
Leftenan Muda | Leftenan Muda | Leftenan Muda TUDM |
Pegawai Kadet Kanan | ||
Kadet | ||
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera | ||
Pegawai Waran I | Pegawai Waran I | Pegawai Waran Udara I |
Pegawai Waran II | Pegawai Waran II | Pegawai Waran Udara II |
Staf Sarjan | Bintara Kanan | Flait Sarjan |
Sarjan | Bintara Muda | Sarjan Udara |
Koperal | Laskar Kanan | Koperal Udara |
Lans Koperal | Laskar Kelas I | Laskar Udara Kanan |
Prebet | Laskar Kelas II | Laskar Udara I |
Prebet | Laskar Muda | Laskar Udara II |
Perajurit Muda | Perajurit Muda | Perajurit Muda |
Marsyal TUDM ataupun secara penuhnya, Marsyal Tentera Udara Diraja Malaysia ialah pangkat tertinggi yang terdapat di dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia, (TUDM). Buat masa ini, pangkat ini dikhususkan bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan yang pernah bertahkta sebagai Yang Di-Pertuan Agong. Sultan Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar selaku Kolonel Yang Di-Pertua TUDM ialah Sultan yang sering dilihat mengenakan pakaian dan insignia Marsyal TUDM.
Insignia pangkat Marsyal TUDM
Marsyal TUDM | Pakaian Istiadat | Pakaian No 3 |
---|---|---|
Insignia Kini | ||
Insignia Alternatif |
Terdapat dua gaya insignia bahu yang dapat dilihat, satu mirip British dan satu lagi menggunakan susunan bintang-bintang, seragam dengan Tentera Darat Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. Kedua-dua sistem digunakan bertukar ganti, tetapi kini sistem kedua digunakan mulai tahun 2005.