Mashitah Ibrahim

Dato' Dr.

Mashitah Ibrahim

DIMP (Pahang); DSDK (Kedah); PhD
Pengerusi Eksekutif
Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia
Penjawat kini
Memegang jawatan
1 Ogos 2012
Didahului olehPenyandang sulung
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 5 Mac 2013
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dalam jawatan
2008–2013
Setiausaha Parlimen
Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
2004–2008
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Baling
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehTaib Azamudden Md Taib
Digantikan olehTaib Azamudden Md Taib
Butiran peribadi
Lahir (1964-10-09) 9 Oktober 1964 (umur 59)
Alor Setar, Kedah
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganAbdul Shakor Abu Bakar
Anak-anak
  • Dr. Ameerah Suad
  • Fatin Sajeeda
  • Muhammad Wafi
  • Adel Wajdi
HubunganSuliza Salam (besan)
PekerjaanAhli politik

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui lantikan Senator. Beliau merupakan bekas ahli Parlimen Baling, Kedah di utara Semenanjung Malaysia. Sebelum menceburkan diri di dalam politik, beliau merupakan bekas pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor.

Kehidupan peribadi

Mashitah telah berkahwin dengan Abdul Shakor Abu Bakar dan telah dikurniakan dengan 4 orang anak, Dr. Ameerah Suad, Fatin Sajeeda, Muhammad Wafi dan Adel Wajdi. Anak ketiga beliau, Muhammad Wafi telah bertunang dengan Nur Falahi Dato' Zainal Nazeri, anak kedua kepada Datin Suliza Salam pada 1 Januari 2021 lalu.[1]

Pendidikan

Mashitah merupakan lulusan Sarjana Muda Tafsir dan Hadis dari Universiti Al-Azhar Mesir (1984-1987) serta memiliki Ijazah Sarjana Syariah Islamiyyah (1994) dan Doktor Falsafah (PhD) Shariah Islamiyyah (1997) dari Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir. Beliau turut memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Ilmu Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1991)[2].

Kerjaya politik

Dalam Pilihan raya umum 2004 belau mengalahkan Ustaz Dato' Taib Azamudden Md Taib dari PAS dengan majoriti 4,229 undi. Ustaz Taib Azamudden Md Taib merupakan bekas Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas menang pilihan raya 2004, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Beliau selalu menjawab pelbagai isu semasa berhubung dengan agama Islam.

Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling setelah mengalahkan pencabarnya pada persidangan UMNO Bahagian pada 1 November 2008.[3] Sehingga kini, Dato' Dr Mashitah selalu menjadi panel pelbagai forum terutama berkaitan agama - bidang kepakaran beliau. Contohnya pada 24 Januari 2008 beliau menjadi ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk ‘Gerbang Gemilang’ dan disiarkan secara langsung oleh RTM1 dari padang Sekolah Menengah Agama Sik, Kedah.[4]

Skandal Jenayah Global

Dato' Dr Mashitah dikhabarkan terlibat dengan skandal jenayah global yang melibatkan rangkaian sindiket yang dikehendaki oleh pelbagai pihak penguatkuasaan di beberapa negara Asia.

Perkaitan di Malaysia

Pelabur utama di tempat Lu dipaksa bekerja iaitu Dongmei Park, yang terletak di selatan bandar Myawaddy, ialah bekas bos mafia China yang dikenakan sekatan oleh Washington iaitu Wan Kuok-koi yang juga dikenali sebagai Broken Tooth, Yin Gouju.

Dia juga dikehendaki polis Malaysia, kata Justice for Myanmar dalam laporan mereka.

Kumpulan itu berkata Wan, bekas ketua 14K, menubuhkan Dongmei Park melalui hubungan baiknya dengan "warganegara Malaysia yang berpengaruh."

Mereka termasuk Mashitah Ibrahim, seorang ahli politik parti pemerintah di Malaysia selama beberapa dekad iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan suaminya, Abdul Shakor Abu Bakar serta dua individu bernama Sri Liong Kee Huat dan Yong Mun Hong.

Amerika Syarikat pada 2020 telah mengenakan sekatan ke atas Wan dan Dongmei Park, nama lain untuk Dongmei Investment Group Co. Ltd.

Mashitah, yang masih aktif dalam politik bersama UMNO, adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 2008-2013.

BenarNews, sebuah perkhidmatan berita dalam talian yang bersekutu dengan RFA, telah beberapa kali menghubungi telefon bimbit Mashitah untuk mendapatkan komen serta menghantar mesej teks kepadanya, tetapi beliau hanya memberikan respons "Tidak berminat."

Justice for Myanmar berkata Mashitah telah memuat naik hantaran di laman Facebook yang memaparkan bahawa beliau sekurang-kurangnya mengenali Broken Tooth dan dikaitkan dengan projek Dongmei Park.

BenarNews tidak menemui sebarang rekod awam untuk Liong Kee Huat, atau nombor telefon Yong Mun Hong. Tiada siapa yang membuka pintu sebuah kediaman di Kuala Lumpur yang disenaraikan di bawah nama Mun Hong dalam pendaftaran korporat Kumpulan Dongmei di Hong Kong.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail tidak memberikan maklum balas terhadap permintaan untuk komen mengenai penglibatan pelabur Malaysia dengan bekas bos kumpulan mafia itu dan kumpulan militan Myanmar.

Justice for Myanmar menggesa agar kerajaan di Asia mengambil tindakan berhubung perkara itu.

“Rangkaian perniagaan jenayah ini adalah satu ancaman global … menyebabkan kesengsaraan yang meluas terhadap masyarakat tempatan, pekerja dari seluruh Myanmar dan dunia yang dikurung serta dilayan seperti hamba abdi, selain mangsa penipuan siber di mana sahaja,” katanya dalam laporan.

“Pihak berkuasa di rantau ini khususnya China, Hong Kong, Kemboja, Malaysia, Singapura dan Thailand harus menyiasat penglibatan rakyat, penduduk dan syarikat mereka yang melakukan, menjadi dalang dan mendapat manfaat daripada jenayah rentas negara serta pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan di Myanmar dan meminta mereka bertanggungjawab,” kata kumpulan itu.

Lihat Sumber


Anugerah

  •  Pahang
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2000)
  •  Kedah
    • Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) - Dato' (2006)

Rujukan

  1. ^ Datin Suliza Salam & Dato Dr Mashitah Ibrahim Bakal Berbesan, Anak Ikat Tali Pertunangan 1.1.2021
  2. ^ "Dato' Dr. Mashitah Ibrahim Dilantik Ahli Lembaga Pengarah USIM". USIM. 28 September 2020. Dicapai pada 14 September 2022.
  3. ^ [1], " Mashitah menang", Utusan Online, 1 November 2008.
  4. ^ FORUM PERDANA EHWAL ISLAM
  • l
  • b
  • s
Kepimpinan Islam Peringkat Persekutuan di Malaysia
Ketua Agama Islam Peringkat Persekutuan : Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim
Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
  1. Tunku Abdul Rahman (1968-1970)
  2. Abdul Razak Hussein (1970-1976)
  3. Hussein Onn (1976-1981)
  4. Mahathir Mohamad (1981-2003)
  5. Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
  6. Najib Razak (2009-2018)
  7. Mahathir Mohamad (2018-2020)
  8. Muhyiddin Yassin (2020-2021)
  9. Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)
  10. Sultan Sharafuddin Idris Shah (2022-kini)
Menteri
Portfolio Agama Islam
  1. Asri Muda (1973-1976)
  2. Mohamed Nasir (1978-1982)
  3. Abdullah Ahmad Badawi (1982-1984)
  4. Abdul Ajib Ahmad (1986-1987)
  5. Mohd Yusof Noor (1987-1990)
  6. Abang Abu Bakar Abang Mustapha (1990-1995)
  7. Abdul Hamid Othman (1995-1999)
  8. Abdul Hamid Zainal Abidin (2001-2004)
  9. Abdullah Md. Zin (2004-2008)
  10. Ahmad Zahid Hamidi (2008-2010)
  11. Jamil Khir Baharom (2010-2018)
  12. Mujahid Yusuf Rawa (2018-2020)
  13. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2020-2021)
  14. Idris Ahmad (2021-2022)
  15. Mohd Na'im Mokhtar (2022-kini)
Timbalan Menteri
Portfolio Agama Islam
  1. Wan Abdul Kadir Ismail (1973-1974)
  2. Kamaruddin Mohamed Isa (1974-1982)
  3. Anwar Ibrahim (1982-1983)
  4. Mohd Yusof Noor (1984-1987)
  5. Abdul Hamid Othman (1990-1995)
  6. Mashitah Ibrahim (2008-2013)
  7. Asyraf Wajdi Dusuki (2015-2018)
  8. Fuziah Salleh (2018-2020)
  9. Ahmad Marzuk Shaary (2020-2022)
  10. Zulkifli Hasan (2023 - kini)
Ketua Hakim Syarie
  1. Sheikh Ghazali Abdul Rahman (1998-2009)
  2. Ibrahim Lembut (2009-2017)
  3. Mukhyuddin Ibrahim (2017-2019)
  4. Mohd Na'im Mokhtar (2019-2022)
  5. Mohd Amran Mat Zain (2023 - kini)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan
  1. Abdul Jalil Hassan (1970-1990)
  2. Abdul Halim Othman (1991-1992)
  3. Tajudin Abdul Rahman (1994-1999)
  4. Ismail Ibrahim (2000-2005)
  5. Abdul Shukor Husin (2005-2017)
  6. Wan Zahidi Wan Teh (2017-2022)
  7. Nooh Gadut (2022-kini)
Mufti Wilayah Persekutuan
  1. Abdul Mohsein Salleh (1971-1984)
  2. Othman Ibrahim (1986-1991)
  3. Abdul Kader Talip (1991-1997)
  4. Md Hashim Yahaya (1997-2003)
  5. Mohammad Yusoff Hussain (2003-2006)
  6. Wan Zahidi Wan Teh (2006-2014)
  7. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2014-2020)
  8. Luqman Abdullah (2020-kini)
Imam Besar Masjid Negara