Masjid Lama Kampung Tuan
sunting
Masjid Lama Kampung Tuan merupakan masjid yang terletak di Kampung Gong Limau, Chukai, Terengganu.[1]
Sejarah
Pada tahun 1830, Allahyarham Syed Abdul Rahman bin Abdul Samad (Tuan Wok) telah membina Masjid Lama Kampung Tuan di pinggir Sungai Limbong. Allahyarham Tuan Long bin Tuan Mandak telah memiliki sebahagian besar tanah masjid berkenaan. Tuan Wok pernah menjadikan masjid tersebut sebagai pusat ajaran keagamaan. Selepas beliau meninggal dunia, anaknya mengambil alih tempatnya yang mana pada ketika itu, dikatakan Allahyarham Abdullah Munshi pernah datang menunaikan solat di masjid berkenaan. Masjid itu juga diwarisi secara turun-temurun.[2]
Pada tahun 2006, Jabatan Warisan Negara pernah melakukan kerja-kerja pemeliharaan pada masjid tersebut.[3]
Rujukan
Pautan luar
- Masjid Lama Kampung Tuan di Google Maps