Naziruddin Mohd Nasir
Dr. Naziruddin Mohd Nasir Ph.D (Oxford) | |
---|---|
Mufti Negara Singapura | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 1 Mac 2020 | |
Didahului oleh | Fatris Bakaram |
Butiran peribadi | |
Alma mater | Universiti al-Azhar, Universiti Oxford |
Dr Nazirudin bin Mohd Nasir ialah seorang pemimpin agama Islam di Singapura. Beliau dilantik sebagai Mufti Negara Singapura sejak 1 Mac 2020.[1]
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan sarjana muda dalam Syariah lulusan Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir. Kemudian beliau melanjutkan pengajian sarjana dalam pengajian undang-undang perbandingan dan antarabangsa di Sekolah Pengajian Timur dan Afrika, Universiti London, United Kingdom. Beliau menyambung pengajian sarjana falsafah dan menerima kedoktoran falsafah {Ph.D} dalam teologi dan agama daripada Universiti Oxford di United Kingdom.[2]