Norashikin Mohd Seth
Norashikin Mohd Seth | |
---|---|
Pasangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-2 | |
Dalam jawatan 22 September 1970 – 2 Ogos 1973 | |
Didahului oleh | Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah |
Digantikan oleh | Tun Suhailah Tan Sri Mohamed Noah |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1930-01-17)17 Januari 1930 Johor Bahru, Johor, British Malaya (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 2 Julai 2010(2010-07-02) (umur 80) Hospital Pakar Damansara, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Tempat persemadian | Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur |
Pasangan | Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (k. 1950; m. 1973) |
Anak-anak | Mohamed Tawfik Ismail Zailah Ismail Badariah Ismail Tarmizi Ismail Zamakhshari Ismail Mohamed Ariff Ismail |
Ibu bapa | Dato' Mohd Seth Mohamed Said |
Saudara | Tan Sri Dato' Mohd Ghazali Mohd Seth (abang) |
Hubungan | Dato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin (bapa mentua) Dato' Suleiman Abdul Rahman (abang ipar) Tun Dr. Awang Hassan (biras) Tan Sri Dato' Dr. Abu Bakar Suleiman (anak saudara) Tan Sri Dato' Dr. Yahya Awang (anak saudara) Tariq Ismail Mustafa (cucu) |
Toh Puan Norashikin binti Dato' Mohd Seth (17 Januari 1930 – 2 Julai 2010) merupakan isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. Antara anak mereka ialah bekas Anggota Parlimen Sungai Benut, Mohamed Tawfik Ismail. Tun Dr. Ismail dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika darurat kedua yang disebabkan oleh kesan Peristiwa 13 Mei. Sebelum itu, Tun Dr. Ismail merupakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri serta Duta Besar Malaysia pertama ke PBB.
Keluarga
Norashikin ialah anak kedua (anak perempuan sulung) daripada lima orang adik beradik. Abang sulungnya ialah Jeneral (Bersara) Tan Sri Dato' Mohd Ghazali Mohd Seth yang merupakan bekas Panglima ATM. Ayahnya, Dato' Mohd Seth Mohd Said merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Johor.[1]
Meninggal dunia
Toh Puan Norashikin meninggal dunia pada 2 Julai 2010 di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya, Selangor kerana sakit tua. Jenazahnya telah dibawa ke kediamannya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur untuk penghormatan terakhir dan seterusnya disemadikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.[1] Toh Puan Norashikin merupakan wanita kedua negara yang disemadikan di Makam Pahlawan selepas menteri wanita pertama Malaysia, iaitu bekas Menteri Kebajikan Am, Tun Fatimah Hashim.
Turut hadir semasa pengkebumian ialah Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Rujukan
- ^ a b "Toh Puan Norashikin Seorang Tokoh Wanita Negara Yang Boleh Diteladani". mStar Online. 4 Julai 2010. Dicapai pada 13 November 2021.