Orang Batak Malaysia
Bendera Melayu Batak Malaysia | |
Jumlah penduduk | |
---|---|
30,000 | |
Bahasa | |
Rumpun bahasa Batak (terutama Bahasa Batak Mandailing dan Bahasa Batak Toba) Juga Bahasa Indonesia,Bahasa Malaysia, Tamil Malaysia, Bahasa English | |
Agama | |
• Kekristenan (terutama Protestanisme) •Hindu •Sunni Islam | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
|
Orang Melayu Batak Malaysia, yang berasal dari Sumatera Utara di Indonesia, mempunyai diaspora di Malaysia, di mana mereka telah berkontribusi terhadap keanekaragaman budaya di negara tersebut.Orang Batak berasal dari daerah dataran tinggi di sekitar Tasik Toba di Sumatera Utara. Komuniti ini terdiri dari beberapa subkelompok yang berbeza, termasuk Batak Toba, Karo, Simalungun, Pakpak, Angkola, dan Mandailing. Penghijrahan orang Batak ke Malaysia merupakan bahagian dari pergerakan orang-orang di dalam Kepulauan Melayu yang lebih luas, yang didorong oleh peluang ekonomi, dagangan, dan faktor sosial.
Sebahagian besar berhijrah ke Malaysia (Majoriti perempuan) sebagai TKI untuk bekerja di kilang. Terdapat pula yang menikah dengan penduduk tempatan, terutamanya warga India Malaysia dan Tionghoa Malaysia, dan menetap secara kekal di Malaysia. Kebanyakan orang batak yang berkulit putih dan beragama Kristian menarik perhatian sebahagian besar lelaki Malaysia. Selain itu, kemampuan mereka dalam menghargai agama lain juga menjadi salah satu alasannya
Buruh Batak di Malaysia
Tenaga Kerja Indonesia (TKI) asal Batak di Malaysia ialah bahagian dari diaspora Batak yang mencari peluang kerja di luar negeri. TKI Batak di Malaysia bekerja di pelbagai sektor, terutamanya sektor-sektor yang memerlukan tenaga kerja manual dan kepakaran khusus. Kebanyakan TKI Batak bekerja dalam sektor Perkilangan yang berpusat di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kulim dan Johor Bahru
Gereja Batak
- HKBP Pulau Pianang (Di bawah naungan Gereja Tamil Methodist)[1]
Tokoh
Berikut ialah tokoh berdarah batak di Malaysia.
- Saifuddin Nasution, politik asal Malaysia yang berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri sejak Desember 2022 di bawah pemerintahan Anwar Ibrahim[2]
- Ahmad Faizal Azumu[3]
Kuli Batak
Kuli batak ialah istilah penghinaan yang sering digunakan di Malaysia yang bermaksud kuli yang kurang bijak yang akan melaksanakan segala perintah atasan.
Rujukan
- ^ https://eribi.gov.my/ribi/gereja-huria-kristen-batak-protestan-hkbp-pulau-pinang
- ^ https://www.hariankepri.com/mengenal-saifuddin-nasution-orang-batak-yang-jadi-mendagri-malaysia/
- ^ https://www.liputan6.com/regional/read/5055133/menpora-malaysia-ternyata-berdarah-batak-ayah-bermarga-nasution-dan-ibu-lubis