Orang Melayu Asahan

Orang Melayu Asahan
ملايو اسهن
Melayu di Asahan, s. 1920
Jumlah penduduk
594,133[1]
Kawasan ramai penduduk
 Indonesia
(terutama di Tanjung Balai, Kabupaten Batubara, Kabupaten Labuhan Batu dan Kabupaten Asahan)
Bahasa
Melayu Asahan (ibunda), Indonesia (rasmi)
Agama
Islam Sunni
Kumpulan etnik berkaitan
  • Orang Melayu
  • Melayu Serdang
  • Melayu Langkat
  • Melayu Deli
  • Orang Batak
  • Orang Minangkabau
  • Orang Aceh

Orang Melayu Asahan (Jawi: ملايو اسهن) atau Suku Melayu Asahan adalah sebuah suku atau sub-etnik Melayu di Indonesia yang kebanyakannya mendiami Kabupaten Asahan di Sumatera Utara, Indonesia, dan juga beberapa wilayah lain seperti Kota Tanjungbalai, Kabupaten Batubara, Kabupaten Labuhan Batu. Mereka memiliki warisan budaya yang kental, loghat tersendiri, dan adat resam yang membezakan mereka dari suku-suku Melayu yang lain.

Sejarah

Kawasan Kesultanan Asahan dengan negeri-negeri Melayu di Sumatera Utara yang lain

Sejarah Melayu Asahan amat berkait rapat dengan kepentingan geografi dan sejarah rantaunya. Kawasan yang terletak di sepanjang pesisir timur Sumatera Utara, telah menjadi tumpuan untuk perdagangan dan pertukaran budaya selama berabad-abad. Sungai Asahan yang mengalir melalui kabupaten itu memudahkan perdagangan dan komunikasi dengan kawasan jiran, menyumbang kepada kepelbagaian budaya orang Melayu Asahan.

Orang Melayu Asahan berasal dari keturunan pencampuran beberapa suku bangsa Batak yang mendiami kawasan yang kini dikenali sebagai Kabupaten Asahan pada zaman dulu yang menganuti agama Islam dan masuk Melayu, seperti orang Batak Toba, Karo, Simalungun, dan Angkola.[2] Golongan Melayu Asahan yang menetap di Kabupaten Batubara juga berketurunan orang Minangkabau yang berasal dari Kerajaan Pagaruyung, sifat yang boleh dilihat pada nama-nama kawasan di Batubara yang juga berada di daerah Minangkabau, seperti Talawi, Tanah Datar, dan Pesisir, dan juga dalam sistem pewarisan matrilineal mereka yang tersebar ke masyarakat Asahan sepenuhnya.[2] Mereka kini memegang kepada pengaruh dari kedua-dua bangsa tersebut.

Sejarah politik Melayu Asahan bermula dengan penubuhan Kesultanan Asahan oleh Raja Abdul Jalil, anakanda kepada Sultan Aceh ke-12, Sultan Iskandar Muda. Semasa itu, ia hanya merupakan sebuah kerajaan di bawah naungan Aceh sehingga ia mengisytiharkan kemerdekaan semasa pemerintahan Raja Asahan ke-8, Raja Husain Shah yang turut menggelarkan dirinya sebagai Sultan Muhammad Husain Shah I dan mengubah Asahan kepada sebuah Kesultanan Melayu pada awal abad ke-19.[3]

Pemerintahan baginda membawa banyak peluang perdagangan ke pantai Asahan, sehinggalah mereka mengikat perjanjian bersama pihak Belanda pada 1885, mengilkahannya ke dalam Hindia Timur Belanda, sebelum diperbadankan dalam Negara Kesatuan Republik Indonesia selepas Perang Dunia II.

Budaya

Budaya orang Melayu Asahan agak kaya dengan tradisi, adat resam, dan ekspresi seni. Muzik tradisional, tarian dan penceritaan memainkan peranan penting dalam memelihara warisan budaya mereka. Orang Melayu Asahan terkenal dengan ketukangan mereka dalam pelbagai seni tradisional, termasuk ukiran kayu, anyaman, dan tembikar. Ritual dan upacara Islam juga merupakan aspek penting dalam amalan budaya mereka, mencerminkan pengaruh Islam di rantau tersebut.

Bahasa

Orang Melayu Asahan terutamanya bercakap dialek bahasa Melayu yang dikenali sebagai Melayu Asahan atau Bahasa Melayu Asahan. Dialek ini mempamerkan ciri linguistik yang berbeza, termasuk fonologi, perbendaharaan kata, dan tatabahasa, yang dipengaruhi oleh interaksi dengan kumpulan etnik dan bahasa jiran. Contohnya, loghat di Kabupaten Batubara mempunyai beberapa pengaruh dari bahasa Minangkabau, manakala di Kabupaten Asahan loghatnya banyak dipengaruhi bahasa Batak. Walaupun berkait rapat dengan taraf Melayu, Bahasa Melayu Asahan mencerminkan identiti dan warisan masyarakat setempat yang unik. Pelbagaian jenis Melayu Asahan sering menggunakan huruf "o". Terdapat juga beberapa perkataan yang unik pada dialek Asahan, seperti:[4]

  • Disontap Ta'un = ditarik syaitan
  • Lotup = pukulan keras tangan/tinju
  • Longsut = pukulan panjang dengan tangan
  • Honjut = pukulan tangan bertenaga
  • Bakombur = bercakap banyak
  • Basalemaq = berterabur
  • Bakalai = berantam

Gaya hidup

Kegiatan ekonomi orang Melayu Asahan bertumpu kepada perikanan, merupakan pekerjaan bagi hampir semua golongan Melayu Asahan.[5] Oleh sebab itu, memancing menyediakan sumber rezeki dan pendapatan penting bagi masyarakat di bahagian pesisir. Terdapat juga ramai dari mereka yang kerja bidang pertanian. Tanah subur di sepanjang Sungai Asahan membenarkan penanaman padi,[6] dan juga getah dan kelapa sawit.[5] Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, perindustrian dan pembandaran telah mengubah landskap ekonomi rantau ini, dengan pembangunan industri pembuatan, perlombongan, dan minyak sawit membentuk peluang dan cabaran baharu bagi orang Melayu Asahan.[6]

Sistem persaudaraan

Orang Melayu Asahan sering memasang nama-nama marga pada nama mereka akibat keturunan Batak mereka. Nama marga mereka berasal dari marga-marga suku Karo dan Simalungun.[5] Salah satu marga yang terkenal bernama "Bandar Rahmat" yang tinggal di sebuah komuniti yang senama di Kabupaten Batubara.[5][7]

Berbeza dari suku Melayu yang lain, garis keturunan Melayu Asahan ditarik dari garis ibu dalam sistem pewarisan matrilineal. Ini disebabkan pengaruh kuat dari budaya Minangkabau ke atas masyarakat mereka.[5] Selepas perkahwinan, pasangan itu akan tinggal di rumah isteri (matrilokal) dan hanyak akan memindah jika melahirkan seorang cahaya mata, sama ada ke rumah bersampingan komuniti bapa (patrilokal) atau tempat baru (neolokal).[5][7]

Masakan

Sate kerang antara makanan terkenal Batubara

Daerah pesisir Batubara agak terkenal untuk makanan lautannya, hingga ia telah diberi gelar "kota kerang". Antara hidangan yang paling senama dengan masakan Asahan adalah ikan gulai masam.[8] Antara hidangan lain yang terdapat di rantau Asahan adalah anyang pakis, miso asahan, sayur gurih tauco, ikan bakar asahan, dan satay kerang.[9]

Seni persembahan

Tarian yang dianggap senama dengan budaya Melayu Asahan adalah Tari Gubang, yang juga terdapat di Pulau Anambas, Kepulauan Riau, tetapi berbeza mengikut adaptasi budaya masyarakat Melayu Asahan. Ia masih diperlakukan di atas panggung-panggung yang tersebar di Kabupaten Asahan. Perkataan ini berasal dari perkataan "gebeng", yang bermaksud "perahu" yang mempunyai bilik kecil dalam loghat Melayu Asahan.[10][11]

Terdapat dua cerita rakyat yang menjelaskan asal usul tarian gubang dalam sejarah tempatan. Menurut satu, Tari Gubang berasal dari kaum bunian dan makhluk halus lain dari alam ghaib di dalam hutan.[12] Kononnya, seorang nelayan yang tersesat dalam hutan telah menyaksi tarian ini dilakukan oleh kaum bunian. Selepas itu, Tarian Gubang dilakukan oleh para nelayan sebagai bentuk perayaan dan kegembiraan golongan mereka.

Dalam sebuah lagi cerita, tarian ini direka oleh Raja Simargolang, seorang raja Batak Toba. Pada satu hari di mana baginda pergi melayar, perahu baginda tiba-tiba sahaja berhenti kerana tiada angin untuk mendorongnya.[10] Oleh kerana itu, baginda berdoa kepada Tuhan, sebelum menyanyi lagu bernama "Aloban Condong". Namun, doa baginda tidak dimakbulkan. Tidak memutus asa, baginda turut menyanyi lagu berbeza yang bertajuk "Didong".[10] Dengan itu, kapal baginda kembali melayar, mengakibatkan para nelayan dan pelayar di sampingnya menari-nari kegembiraan di atas perahu mereka. Sejak, tarian gubang berubah menjadi sebuah upacara untuk memanggil angin demi bantuan para nelayan.[12][10]

Selepas kedatangan Islam, tarian tersebut berubah menjadi satu bentuk penghiburan yang dipertunjukkan pada majlis perkahwinan, pengaluan tetamu dan bukan sahaja upacara adat.[12]

Tarian gubang mempunyai 9 gerakan selengakpnya dan satu penutupan, iaitu:[13]

  • Gerakan masuk
  • Gerakan sembah
  • Gerakan maju dan mundur
  • Gerakan tayang tambar
  • Gerakan melayah
  • Gerakan san tabik
  • Gerakan merajut jala dan mencabut pedang
  • Gerakan angka delapan
  • Gerakan maju dan mundur kedua
  • Sembah

Lagu yang diiringi persembahan tarian gubang adalah lagu Didong yang dinyanyi dengan tempo perlahan sehingga gerakan tarian gubang memiliki sifat mendayu.[10] Liriknya mengandungi panggilan ke angin pada awalnya, dan akan diiringi pemainan dua buah gendang yang ukurannya tidak sama, sebuah gong atau tawak-tawak dan biola. Lebih dari satu biola boleh dimainkan semasa persembahannya, janji ia memiliki nada yang sama seperti yang pertama.[10]

Pada tahun 2020, Dinas Pendidikan Kota Asahan telah memecahkan rekod untuk persembahan tari gubang yang terbesar dalam sejarah, dengan sebanyak 25,000 jumlah penari menyertai acara tersebut. Pemecahan rekod ini diharapkan dapat mengenalkan tari gubang ke perhatian ramai sehingga tarian tersebut dapat terus lestari.[10]

Songket

Kota Batubara terkenal dengan seni songketnya yang menarik hati ramai di seluruh Alam Melayu. Tempahan untuk songket Batubara terutamanya dari Malaysia, Singapura dan Brunei.[14] Kegiatan bertenun biasanya dijalankan oleh para wanita sebagai usaha mendapat rezeki lebih sambil berkerja di rumah, tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini terdapat semakin ramai tukang tenun lelaki.

Songket Batubara telah dipakai sekurang-kurangnya seawal 1823.[14] Menurut cerita rakyat tempatan, seni tenun songket ini diasaskan oleh seorang puteri yang dibuang oleh ayahandanya ke dalam hutan. Ayahanda beliau merupakan seorang raja yang sangat gemarkan memburu, dan pada satu hari, sebelum baginda bertolak ke hutan, baginda menitah kepada permaisurinya yang mengandung itu untuk membunuh anaknya jika ia perempuan. Raja tersebut kemudiannya tersesat dalam hutan bagi tempoh beberapa hari, dan sambil itu permaisuri raja telah melahirkan seorang anak perempuan. Tidak sangka menjalankan perintah raja, turut menyembelih seekor kambing untuk dikuburkan di bawah tangga istana yang sepatutnya disediakan untuk puteri tersebut. Selepas itu, baginda memberi anak perempuan itu kepada dayang-dayang istana, yang turut menghumban puterinya ke hutan. Selepas raja kembali ke istana, baginda diberitahu bahawa puterinya telah dibunuh, tetapi selepas beberapa tahun, semasa memberi makan kepada burung gagak belaannya pada satu hari, seekor daripadanya memberitahu kelakuan benar yang dilakukan oleh permaisuri raja selama bertahun-tahun lalu. Dengan sungguh marah, raja menugas pegawai istana untuk membawa puteri kembali.

Dalam bertahun-tahun sejak puteri dibuang ke hutan, beliau telah menjadi mahir menganyam kapas dari pokok yang menumbuh di sekitarnya, dan beliau enggan kembali ke istana bila diajak pulang oleh dayang-dayang istana. Tetapi beliau akhirnya kembali dengan kain songket hasil tangannya disembunyi di sanggul rambut, sebelum dibunuh oleh ayahandanya dengan anak panah. Ketika beliau tumbang, songket di sanggulnya terjatuh dan selepas raja melihat betapa cantiknya songket itu, baginda mula menyesal dengan tindakannya, dan mengarah dayang-dayang istana membawa pulang alat tenunnya untuk meneruskan karya songket beliau.

Di masyarakat Melayu Asahan, warna melambangkan status dan pangkat sosial. Hanya kerabat diraja dibenarkan memakai warna kuning, manakala hijau tua khas untuk golongan bangsawan dan kerabat am, biru tua untuk ahli perniagaan yang kaya dan merah untuk tentera. Rakyat jelata dibenarkan memakai apa-apa warna selain dari warna yang disebut.[7][14] Motif songket Batubara agak serupa dengan jenis songket yang terdapat di negeri Melayu lain, tetapi satu motif yang khas kepada Melayu Asahan adalah motif naga berjuang. Malangnya, selepas Revolusi Sosial Sumatera Timur ramai pakar motif ini maut dan motif ini tidak lagi dihasilkan.[14]

Dalam masyarakat Melayu Asahan, songket melambangkan perasaan cinta dan seorang bujang yang ingin menunjuk kasih sayangnya kepada seorang gadis akan memberinya kain songket yang bermotif bunga mawar.[14]

Tokoh Melayu Asahan yang terkenal

Kasma Booty merupakan tokoh Melayu Asahan yang paling terkenal di Malaysia
Tengku Mansur, seorang pemimpin Melayu
  • Abdul Hamid Mahmud Talu, seorang pendakwah
  • Kasma Booty, seniwati Melayu era 40-an dan 50-an
  • Ustaz Abdul Somad, ulama dan penceramah agama
  • Tengku Mansur, nasionalis Melayu dan satu-satunya Wali Negara Sumatera Timur

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Visualisasi Data Kependudukan - Kementerian Dalam Negeri 2021" (Visual). www.dukcapil.kemendagri.go.id. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-05. Dicapai pada 23 Mac 2022.
  2. ^ a b "Sejarah dan Kebudayaan Suku Asahan". Adat Nusantara. 9 Oktober 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2023. Dicapai pada 8 Julai 2024.
  3. ^ "Asahan: Brief History". Royal Ark (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2023. Dicapai pada 23 Ogos 2024.
  4. ^ "Bahasa Melayu dengan Dialek Tanjungbalai Perkaya Kamus Bahasa Melayu".
  5. ^ a b c d e f "North Sumatera Malay in Indonesia". Joshua Project (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2024. Dicapai pada 23 Ogos 2024.
  6. ^ a b Muhammad Adika Nugraha, Yasir Maulana Rambe (2019). "REALITAS KEBERAGAMAN BUDAYA DI TANAH MELAYU ASAHAN PADA ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0". Seminar Nasional Multidisiplin Ilmu Universitas Asahan.
  7. ^ a b c "Sejarah Suku Bangsa Di Asahan". Asahan Satu (dalam bahasa Inggeris). 25 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2022. Dicapai pada 23 Ogos 2024.
  8. ^ "Nikmatnya Ikan Gulai Masam, Sajian Khas Tanjungbalai-Asahan". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jun 2022. Dicapai pada 8 Julai 2024.
  9. ^ "6 Rekomendasi Makanan Khas Asahan yang Wajib Dicoba, Maknyus!". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2022. Dicapai pada 8 Julai 2024.
  10. ^ a b c d e f g "Filosofi Tari Gubang dari Asahan yang Bersifat Magis". Suara Usu. 4 Jun 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2024. Dicapai pada 23 Ogos 2024.
  11. ^ https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=gebeng
  12. ^ a b c "Mengungkap Makna Tari Gubang dalam Budaya Suku Melayu Asahan: Kenapa Ini Sangat Berarti?". Pagaralam Pos (dalam bahasa Indonesia). 17 Ogos 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2024. Dicapai pada 23 Ogos 2024.
  13. ^ "Mengenal Tari Gubang dari Suku Melayu Asahan". Kompas (dalam bahasa Indonesia). 26 April 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2022. Dicapai pada 23 Ogos 2024.
  14. ^ a b c d e Hadiani Fitri, Zuraidah Adlina (31 Januari 2022). "Traces of Social History in Batu Bara Songket Traditional Crafts in Batubara Regency, North Sumatra Province". Dicapai pada 23 Ogos 2024. Cite journal requires |journal= (bantuan)

Bibliografi

  • John Anderson (1826). Mission to the East Coast of Sumatra in 1823, under the direction of the Government of Prince of Wales Island. Edinburgh: Blackwood, London: Cadell.
  • l
  • b
  • s
Suku bangsa di Sumatra
Batak
Melayu
Melayu Bukit Barisan Selatan
Melayu Asli
  • Akit
  • Batin
  • Bonai
  • Duano
  • Kubu (Anak Dalam Batin Sembilan)
  • Lubu
  • Laut
  • Mapur
  • Petalangan
  • Sakai
  • Sawang
  • Sekak
  • Talang Mamak
Minangkabau
Lampung
  • Abung
  • Daya
  • Saibatin
  • Pepadun
  • Kayu Agung
  • Komering
  • Krui
  • Pubian
  • Ranau
  • Sungkai
Kepulauan Barat Sumatera
  • Enggano
  • Haloban
  • Lekon
  • Mentawai
  • Nias
  • Sigulai
  • Simeulue
Lain-lain
Cina
  • Cina Aceh
  • Cina Medan
  • Cina Padang
  • Cina Bukittinggi
  • Cina Palembang
  • Cina Bangka
Suku bangsa di Jawa

Baduy • Banten • Bawean • Betawi Ciptagelar Cirebon Peranakan • Javindo • Jawa Kalang • Kangean • Madura Melayu Osing Sunda Tengger •

Abui • Adang • Adonara • Alor • Amarasi • Anakalangu • Atoni • Bali Bilba • Bima • Blagar • Boti • Bunak • Dela-Oenale • Dengka • Dhao • Ende • Hamap • Helong • Ile Ape • Kabola • Kafoa • Kamang • Kambera • Kedang • Kelon • Kemak • Ke'o • Kepo' • Kodi • Komodo • Kui • Kula • Lamaholot • Lamalera • Lamatuka • Lamboya • Lamma • Laura • Lembata Barat • Lembata Selatan • Levuka • Lewo Eleng • Lewotobi • Lio • Lole • Melayu Loloan Kupang • Larantuka • Mamboru • Manggarai • Nage • Nedebang • Ngada • Ngada Timur • Palue • Rajong • Rembong • Retta • Ringgou • Riung • Rongga • Sabu • Sasak • Sawila • Sika • So'a • Sumba • Sumbawa • Tambora Tereweng • Termanu • Tetun • Tewa • Tii • Uab Meto • Wae Rana • Wanukaka • Wejewa • Wersing

Suku bangsa di Kalimantan *

Abal • Agabag • Ampanang • Aoheng • Bahau • Bakati' • Bekati' Rara • Bekati' Sara • Bakumpai • Banjar Basap • Bawo • Benyadu' • Bentian • Benuaq • Berau Bidayuh (Biatah • Bukar-Sadong) • Bolongan • Bukit (Pitap) • Bukitan • Burusu • Dayak • Dusun (Deyah • Malang • Witu) • Embaloh • Iban (Mualang • Seberuang) • Jangkang • Kanayatn • Kayan (Busang • Mahakam • Sungai Kayan • Mendalam • Wahau) • Kebahan • Kelabit • Kembayan • Keninjal • Kenyah (Kelinyau • Wahau • Lebu' Kulit) • Kohin • Krio • Kutai (Kota Bangun • Tenggarong) • Lawangan • Lengilu • Lun Bawang • Ma'anyan • Mali • Mayau • Melayu Modang • Ngaju (Barangas • Katingan) • Okolod • Ot Danum (Limbai) • Paku • Pasir • Pesaguan • Punan (Aput • Bukat • Hovongan • Kereho • Merah • Merap • Tubu) • Putoh • Ribun • Sa'ban • Sambas • Sanjau Basap • Sanggau • Segai • Selungai Murut • Semandang • Sembakung Murut • Siang Murung • Tagal Murut • Taman • Tausug • Tawoyan • Tidung • Tunjung • Uma' Lasan • Uma' Lung • Wehea

Suku bangsa di Sulawesi

Andio • Aralle-Tabulahan • Bada • Bahonsuai • Bajau • Balaesang • Balantak • Bambam • Banggai • Bantik • Baras • Batui • Behoa • Bentong • Bintauna • Boano • Bobongko • Bolango • Bonerate • Budong-Budong • Bugis Bungku • Buol • Busoa • Buton • Campalagian • Cia-Cia • Dakka • Dampelas • Dondo • Duri • Enrekang • Gorontalo Kaidipang • Kaili (Kaili Da'a • Kaili Ledo • Kaili Unde) • Kaimbulawa • Kalao • Kalumpang • Kamaru • Kioko • Kodeoha • Konjo Pegunungan • Konjo Pesisir • Koroni • Kulisusu • Kumbewaha • Laiyolo • Lasalimu • Lauje • Lemolang • Liabuku • Lindu • Lolak • Luwu • Maiwa • Makassar Manado • Malimpung • Mamasa • Mamuju • Mandar Melayu Minahasa • Moma • Mongondow • Mori (Mori Atas • Mori Bawah) • Moronene • Muna • Napu • Onda'e • Padoe • Pamona • Panasuan • Pancana • Pannei • Pebato • Pendau • Polahi • Ponosakan • Rahambuu • Rampi • Ratahan • Saluan • Sangir • Sarudu • Sedoa • Seko Padang • Seko Tengah • Selayar • Suwawa • Taje • Tajio • Talaud Taloki • Talondo' • Toala' • Tolaki • Tomadino • Tombelala • Tombulu • Tomini • Tondano • Tonsawang • Tonsea • Tontemboan • Topoiyo • Toraja Totoli • Tukang Besi Selatan • Tukang Besi Utara • Ulumanda' • Uma • Wana • Waru • Wawonii • Wolio • Wotu

Suku bangsa di Kepulauan Maluku

Alfur • Alune • Amahai • Ambelau • Ambon • Aputai • Asilulu • Babar Tenggara • Babar Utara • Bacan • Banda • Barakai • Bati • Batuley • Benggoi • Boano • Bobot • Buli • Buru • Dai • Damar Barat • Damar Timur • Dawera-Daweloor • Dobel • Elpaputih • Emplawas • Fordata • Galela • Gamkonora • Gane • Gebe • Geser-Gorom • Gorap • Haruku • Hitu • Horuru • Hoti • Huaulu • Hukumina • Hulung • Ibu • Ili'uun • Imroing • Kadai • Kaibobo • Kamarian • Kao • Karey • Kayeli • Kei • Kisar • Koba • Kola • Kompane • Kur • Laba • Laha • Larike-Wakasihu • Latu • Leti • Liana-Seti • Lisabata-Nuniali • Lisela • Lola • Loloda • Lorang • Loun • Luang • Luhu • Maba • Makian Barat • Makian Timur • Mangole • Manipa • Manombai • Manusela • Mariri • Masela Barat • Masela Tengah • Masela Timur • Masiwang • Modole • Moksela • Naka'ela • Nila • Nuaulu (Naulu Selatan • Naulu Utara) • Nusa Laut • Oirata • Pagu • Palumata • Patani • Paulohi • Perai • Piru • Roma • Sahu • Salas • Saleman • Saparua • Sawai • Seit-Kaitetu • Selaru • Seluwasan • Sepa • Serili • Serua • Sula • Tabaru • Taliabu • Talur • Tarangan Barat • Tarangan Timur • Tela-Masbuar • Teluti • Teor • Ternate • Ternateño1 Te'un • Tidore • Tobelo • Tugun • Togutil • Tulehu • Ujir • Waioli • Watubela • Wemale (Selatan • Utara) • Yalahatan • Yamdena

Suku bangsa di Papua *

Abinomn 3 Abun 3 Aghu • Airoran • Ambai • Amungme • Anasi • Ansus • Arandai • Arfak • Arguni • As • Asmat (Asmat Pantai Kasuari • Asmat Tengah • Asmat Utara • Asmat Yaosakor) • Atohwaim • Auye • Awbono • Awera • Awyi • Awyu Asue • Awyu Tengah • Awyu Edera • Awyu Jair • Awyu Utara • Awyu Selatan • Bagusa • Baham • Barapasi • Bauzi • Bayono • Bedoanas • Beneraf • Berik • Betaf • Biak • Biga • Biritai • Bonggo • Burate • Burmeso • Burumakok • Buruwai • Busami • Citak • Citak Tamnim • Dabe • Damal • Dani (Dani Lembah Bawah • Dani Lembah Tengah • Dani Lembah Atas • Dani Barat) • Dao • Dem • Demisa • Dera • Diebroud • Dineor • Diuwe • Doutai • Duriankere • Dusner • Duvle • Edopi • Eipomek • Ekari • Elseng 3 Emem • Empur • Eritai • Erokwanas • Fayu • Fedan • Foau • Gresi • Hatam 3 Hupla • Iau • Iha • Iha Pijin 4 Irarutu • Iresim • Isirawa • Itik • Iwur • Jofotek-Bromnya • Kaburi • Kais • Kaiy • Kalabra • Kamberau • Kamoro • Kanum Bädi • Kanum Ngkâlmpw • Kanum Smärky • Kanum Sota • Kapauri • Kaptiau • Karas • Karon Dori • Kaure • Kauwera • Kawe • Kayagar • Kayupulau • Kehu 5 Keijar • Kemberano • Kembra 5 Kemtuik • Ketengban • Ketum • Kimaghima • Kimki • Kimyal • Kirikiri • Kofei • Kokoda • Kombai • Komyandaret • Konda • Koneraw • Kopkaka • Korowai • Korupun-Sela • Kosare • Kowiai • Kuri • Kurudu • Kwer • Kwerba • Kwerba Mamberamo • Kwerisa • Kwesten • Kwinsu • Legenyem • Lepki 5 Liki • Maden • Mai Brat • Mairasi • Maklew • Mander • Mandobo Atas • Mandobo Bawah • Manem • Manikion • Mapia • Marau • Marind • Marind Bian • Masimasi • Massep 3 Matbat • Mawes • Ma'ya • Mekwei • Meoswar • Mer • Meyah • Mlap • Mo • Moi • Molof 5 Mombum • Momina • Momuna • Moni • Mor • Mor • Morai • Morori • Moskona • Mpur 3 Munggui • Murkim 5 Muyu Utara • Muyu Selatan • Nafri • Nakai • Nacla • Namla 5 Narau • Ndom • Nduga • Ngalum • Nggem • Nimboran • Ninggerum • Nipsan • Nisa • Obokuitai • Onin • Onin Pijin 4 Ormu • Orya • Papasena • Papuma • Pom • Puragi • Rasawa • Riantana • Roon • Samarokena • Saponi • Sauri • Sause • Saweru • Sawi • Seget • Sekar • Semimi • Sempan • Sentani • Serui-Laut • Sikaritai • Silimo • Skou • Sobei • Sowanda • Sowari • Suabo • Sunum • Tabla • Taikat • Tamagario • Tanahmerah • Tandia • Tangko • Tarpia • Tause • Tebi • Tefaro • Tehit • Tobati • Tofanma 5 Towei • Trimuris • Tsaukambo • Tunggare • Una • Uruangnirin • Usku 5 Viid • Vitou • Wabo • Waigeo • Walak • Wambon • Wandamen • Wanggom • Wano • Warembori • Wares • Waris • Waritai • Warkay-Bipim • Waropen • Wauyai • Woi • Wolai • Woria • Yahadian • Yale Kosarek • Yali Angguruk • Yali Ninia • Yali Lembah • Yaqay • Yarsun • Yaur • Yawa • Yei • Yelmek • Yeretuar • Yetfa • Yoke • Zorop

Suku bangsa lain

Belanda Hitam • Arab-Indonesia India-Indonesia • Jepang Indonesia • Korea-Indonesia • Filipina-Indonesia • Yahudi-Indonesia • Pakistan-Indonesia • Eropa-Indonesia (Orang Indo • Jerman-Indonesia • Portugis-Indonesia • Armenia-Indonesia • Australia-Indonesia • Bule Depok) • Timor Leste-Indonesia • Mardijkers • Orang Koja • Tionghoa-Indonesia (Orang Peranakan • Cina Benteng) • Orang Lamno • Larantuqueiros

Lihat pula: Pribumi-Nusantara
*Catatan: Kalimantan dan Papua di sini hanya yang termasuk dalam teritori Indonesia.