Orchidales

Orchidales
frames
Pengelasan saintifik


Orchidales ialah nama botani untuk sebuah susunan tumbuhan berbunga di bawah divisi Magnoliophyta.

Dalam sistem taksonomi, Orchidales merupakan nama yang agak baru, disebabkan sistem-sistem yang awal menggunakan nama botani deskriptif untuk susunan yang mengandungi orkid-orkid. Sistem Bentham & Hooker dan sistem Engler memasukkan orkid dalam susunan Microspermae sedangkan sistem Wettstein memasukkannya dalam susunan Gynandrae. Lingkungan susunan ini akan berbeza, bergantung kepada sistem taksonomi yang digunakan. Walaupun seringnya, susunan ini terdiri hanya daripada orkid-orkid sahaja (biasanya dalam satu famili sahaja, tetapi kekadang juga dibahagikan kepada lebih banyak famili, seperti dalam sistem Dahlgren (sila lihat di bawah)), famili-famili yang lain kekadang juga dimasukkan:


Lingkungan sistem taksonomi tumbuhan

Sistem Takhtajan

  • famili Orchidaceae

Sistem Cronquist

  • famili Geosiridaceae
  • famili Burmanniaceae
  • famili Corsiaceae
  • famili Orchidaceae

Sistem Dahlgren

  • famili Neuwiediaceae
  • famili Apostasiaceae
  • famili Cypripediaceae
  • famili Orchidaceae

Sistem Thorne (1992)

  • famili Orchidaceae

Sistem APG

Susunan ini tidak diiktirafkan oleh Sistem APG II yang memasukkan orkid-orkid dalam susunan Asparagales.

Lihat juga

  • Taksonomi famili orkid

Pautan luar

Susunan Liliopsida
Orchidales • Poales • Zingiberales