Pelandu Aru

Pelandu Aru[1]
Pelandu Aru di Taman Safari Bogor
Status pemuliharaan

Terjejas  (IUCN 3.1)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Infrakelas: Marsupialia
Order: Diprotodontia
Keluarga: Macropodidae
Genus: Thylogale
Spesies:
T. brunii
Nama binomial
Thylogale brunii
(Schreber, 1778)
Julat pelandu Aru
(perang — wujud, jingga — mungkin pupus)

Pelandu Aru (Thylogale brunii) ialah spesies marsupial dalam keluarga Macropodidae. Ia dijumpai di Kepulauan Aru dan Kai, dan ekodaerah savana dan padang rumput Rentas Fly di New Guinea. Habitatnya adalah hutan kering subtropika atau tropika, savana kering, tanah semak kering subtropika atau tropika, dan padang rumput tanah pamah subtropika atau tropika. Ia terancam oleh kehilangan habitat.[2]

Penamaan

Nama saintifik pelandu ini menghormati Cornelis de Bruijn, seorang pelukis Belanda yang julung kali menggambarkannya dalam jilid kedua Travels karya beliau, yang asalnya diterbitkan pada 1711. Di situ, de Bruijn melabelkan gambaran beliau dengan nama umum ketika itu iaitu philander ("kawan manusia"). Nama Inggeris terkemudiannya adalah Aru Island wallaby.[3][4]

Ia dikenali sebagai kutwal atau kotwal dalam bahasa Kalam di Papua New Guinea.[5] François Valentyn mencatatkan bahawa penduduk pulau Aru memanggilnya aijir dan pelandoe; orang Melayu memanggilnya pelandok-aru (pelanduk Aru) sedangkan orang Ambon memanggilnya koeskoes-aroe (kuskus Aru) kerana ia mempunyai kantung seperti binatang tersebut.[6]

Rujukan

  1. ^ Groves, Colin (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed.) (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 69. ISBN 0-801-88221-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
  2. ^ a b Leary, T.; Seri, L.; Flannery, T.; Wright, D.; Hamilton, S.; Helgen, K.; Singadan, R.; Menzies, J.; Allison, A.; James, R. (2016). "Thylogale brunii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T21870A21958826. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-2.RLTS.T21870A21958826.en. Dicapai pada 12 November 2021.
  3. ^ Livius.org on Cornelis de Bruijn Diarkibkan 2014-07-13 di Wayback Machine, by Jona Lendering.
  4. ^ Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Filander" . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press.
  5. ^ Pawley, Andrew and Ralph Bulmer. 2015. A Dictionary of Kalam with Ethnographic Notes. Canberra. Pacific Linguistics.
  6. ^ van der Lith, P. A.; dll., penyunting (1899). "Buideldieren". Encyclopædie van Nederlandsch-Indië. The Hague-Leiden: Martinus Nijhoff-E.J. Brill. m/s. 296.

Pautan luar

Pengenalpastian takson