Salju Rindu di Bumi Auckland

Salju Rindu di Bumi Auckland ialah sebuah drama web televisyen Malaysia 2024 arahan Riza Baharudin terbitan Global Station Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Riena Diana, Keith Foo, Nabil Aqil, Emelda Rosemila dan Husna Mustaffa. Drama ini memulakan tayangan perdana di Tonton pada 16 September 2024.

Salju Rindu di Bumi Auckland
Berdasarkan daripada
Salju Rindu Di Kota Edinburgh
karya Haitun Kamarazaman
Ditulis olehFara Alya Ashaari
PengarahRiza Baharudin
Dibintangi oleh
  • Riena Diana
  • Keith Foo
  • Nabil Aqil
  • Emelda Rosemila
  • Husna Mustaffa
Lagu pembukaan"Terlerai" - Suki Low
Lagu penutup"Terlerai" - Suki Low
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Penerbit eksekutifDato Zaiton Muhd Jiwa
Penerbit
  • Zetty Alia Ramly
  • Zetty Adila Ramly
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTonton
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal16 September 2024 (2024-09-16)

Sinopsis

Sengketa dengan ayahnya Haji Talib (Shamsul Ghau Ghau), membawa rajuk yang panjang di hati Juraini (Riena Diana). Dia ke Bukit Fraser bagi mengubati luka.

Tanpa diduga malang menghimpit diri, dikhianati insan yang paling dipercayai. Juraini buntu untuk meneruskan langkah.

Kekasih hati pula ingin kembali ke tanah air. Hidup Juraini mengalami perubahan 360 darjah apabila dia nekad mengikut Nathan (Keith Foo) pulang ke Auckland,New Zealand.

Juraini sudah mati. Kini yang hidup adalah Joanna. Kebahagiaan Joanna terlalu sempurna di samping Nathan. Agama hanya menjadi kudis buatnya.

Selepas 30 tahun Iman hadir. Namun kehadiran Iman (Nabil Aqil), mulai menggugat hati Joanna. Iman gemar mengusik kenangan lama Joanna, yang akhirnya membawa kesedihan.

Siapakah Iman dan mengapa lelaki itu sering mengintip Joanna dan mendekati dengan cara yang penuh rahsia?

Apa kaitannya dengan Juraini, manusia yang bagaikan sudah tidak wujud lagi.

Pelakon

Pelakon utama

  • Riena Diana sebagai Juraini (muda) / Samantha (dual character), perempuan yang makan hati dengan sikap keluarga terutamanya Talib.Dan mengikuti Nathan pergi ke Auckland, beberapa tahun kemudian Samantha mempunyai iras wajah Juraini
  • Keith Foo sebagai Nathan,lelaki berketurunan Cina kelahiran Malaysia tetapi dibesarkan di New Zealand dan suami kepada Juraini & bapa Samantha.
  • Nabil Aqil sebagai Iman,anak kepada Aziz & anak saudara Juraini yang ditugaskan ke New Zealand bagi memujuk Juraini kembali ke pangkuan keluarga selepas beberapa tahun membawa diri
  • Emelda Rosemila sebagai Juraini / Joanna (masa kini),ibu kepada Samantha
  • Husna Mustaffa sebagai Suri,Adik Juraini dan anak Talib

Pelakon pembantu