Silat Natar
Silat Natar adalah silat yang diambil dari gerakan Kerbau Badar Mandailing. Merupakan silat pertama yang diciptakan oleh dibaroar Nasakti ketika beliau harus menyembunyikan diri dari kejaran pasukan raja Pulungan dan tanpa sengaja melihat kerbau badar bertarung. Selanjutnya ketika melalui sebuah hutan dalam perantauannya Sibaroar melihat 2 ekor rusa yang sedang bertarung, maka terciptalah silat Sigantang yang menjadi adik dari Natar.
Asal Usul
Sejenis ilmu seni persilatan yang diasaskan oleh seorang pendakwah Islam dikatakan dari Parsi sebelum kedatangan penjajah di kepulauan Sumatera, Indonesia. Dipercayai Islam baru sahaja bertapak di sana pada waktu itu.
Pewaris
Berikut antara pewaris besar guru-guru utama ilmu persilatan ini selepas pengasasnya disusun mengikut generasi zaman terdahulu:
- Guru Qodim
- Katik Pasok
- Muhammad Soleh
- Malim Siroh
- Pendekar Rohim (Pendekar Lima)
- Atuk Haji Husin
Terdapat juga tahap-tahap lain yang lebih rumit serta terperinci kaedahnya. Ia menjadi keterangan dan kupasan kepada Silat Bongsu. Antara guru-guru utama tahap yang lain:
- Bapak Buyong
- Tuan Haji Deris
- Ustaz Ramli
- Che Mail Kedah
- Pak Haji Harun
- Haji Nong Bugis
- Tuan Haji Shahrom
Perkembangan
Terdapat 7 perkembangan besar dalam kaedah persilatan bagi rumpun silat yang mewujudkan 7 tahap dalam perguruan ini. Setiap gelanggang terdapat perbezaan kaedah dan falsafah yang agak ketara. Setiap peringkat perkembangan seni silat ini adalah unik dan tersendiri biar pun dari sumber yang sama. Kepelbagaian ini menyumbang kepada lahirnya berbagai nama perguruan yang berbeza. Kadangkala nama baru terpaksa diberikan kerana peringkat tersebut asalnya tidak bernama. Diantara nama-nama tersebut ialah:
- Silat Bongsu
- Seni Silat Natar
- Silek Natar Tuo
- Seni Silat Syeikh Ali
- Seni Silat Telapak Natar
- Gayong Mendahiling
- Silat Minang Syeikh Ali
- Silek Tuo Syeikh Ali
- Seni Silat Nuntoro
- Seni Silat Sobok
- Seni Silat Melayu Syeikh Ali
Seni Silat Bongsu nama khusus bagi versi terakhir seni silat ini dan diajar dahulu dalam perguruan ini mengikut tradisi ‘sulung mengalah bongsu berhelah’ agar pesilat memahami prinsip, ‘Bongsu menyisi, Sulung menyepi’. Tahap terakhir dinamakan Silat Bongsu yang bersifat ringkas dan padat menjadi kesimpulan dalam perguruan ini serta berfungsi sebagai kunci gerak yang juga dikenali sebagai Ibu Silat.
Pertubuhan Seni Silat Telapak Nusantara berusaha untuk menyatukan kembali kesemua kaedah dalam ilmu persilatan ini tanpa mencemari keasliannya.
Pautan Luar
Pertubuhan Seni Silat Telapak Nusantara Malaysia