Sinbiotik

Sinbiotik merujuk kepada ramuan makanan atau makanan tambahan yang menggabungkan probiotik dan prebiotik secara sinergi; disebabkan itu ia digelar sinbiotik. [1] Konsep sinbiotik pertama kali diperkenalkan sebagai "campuran probiotik dan prebiotik yang memberi kesan yang baik kepada badan pemakan dengan meningkatkan kemandirian dan implantasi makanan tambahan mikrob hidup dalam saluran gastrousus, dengan merangsang pertumbuhan secara selektif dan/atau dengan mengaktifkan metabolisme satu atau satu bilangan bakteria yang menggalakkan kesihatan terhad, sekali gus meningkatkan kebajikan tubuh badan pemakan". [2] Sehingga tahun 2018, penyelidikan tentang konsep ini masih di peringkat awal; masih tiada bukti berkualiti tinggi daripada penyelidikan klinikal bahawa manfaat tersebut wujud.

Sinbiotik mungkin merupakan sinbiotik pelengkap, di mana setiap komponen dipilih secara bebas untuk kesan potensinya terhadap kesihatan perumah, atau sinbiotik sinergistik, di mana komponen prebiotik dipilih untuk menyokong aktiviti probiotik yang telah dipilih.[3] Penyelidikan sedang menilai sama ada sinbiotik boleh dioptimumkan, (dikenali sebagai 'optibiotik')[3] yang dikatakan dapat meningkatkan pertumbuhan dan manfaat kesihatan produk probiotik yang sedia ada.[4]

Probiotik ialah bakteria hidup yang bertujuan untuk menjajah usus besar, walaupun pada tahun 2018, masih tiada bukti bahawa penambahan bakteria diet kepada orang yang sihat mempunyai sebarang kesan tambahan. [5] Prebiotik ialah produk makanan atau makanan tambahan yang boleh mendorong pertumbuhan atau aktiviti mikroorganisma yang bermanfaat di dalam badan. Prebiotik mungkin selalnunya dalam bentuk makanan serat, tetapi tidak semua serat ialah prebiotik. [3] [6]

Menggunakan gabungan prebiotik dan probiotik boleh disifatkan sebagai sinbiotik, tetapi Pertubuhan Makanan & Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengesyorkan bahawa istilah "sinbiotik" boleh digunakan hanya jika manfaat kesihatan secara keseluruhan adalah dalam bentuk sinergi. [7] Contonh sinergi adalah sebuah kajian penyelidikan klinikala peringkat awal mengenai formulasi sinbiotik dalam kombinasi dengan susu ibu yang dipasteurkan untuk mengkaji potensi sinergi dalam kesan memperbaiki enterocolitis nekrosis pada bayi, walaupun terdapat bukti yang tidak mencukupi untuk menjamin mengesyorkan sinbiotik untuk kegunaan ini pada 2016.[8]

Contoh

  • Bifidobakteria dan Fructooligosaccharides (FOS)
  • Bifidobakteria atau lactobacilli dengan FOS atau inulin atau galactooligosaccharides (GOS)
  • Lactobacillus rhamnosus GG dan inulin
  • Polifenol [9]

Rujukan

  1. ^ "Probiotics, prebiotics and synbiotics – a review". J Food Sci Technol. 52 (12): 7577–87. 2015. doi:10.1007/s13197-015-1921-1. PMC 4648921. PMID 26604335.
  2. ^ "Dietary modulation of the human colonic microbiota: introducing the concept of prebiotics". J. Nutr. 125 (6): 1401–12. 1995. doi:10.1093/jn/125.6.1401. PMID 7782892.
  3. ^ a b c Rastall, RA. "Targeted Synbiotics to Manipulate the Microbiome for Health" (PDF). m/s. 10. Dicapai pada 2 October 2017. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ Kolida, S; Gibson, GR; Rastall, RA (20 June 2017). "Development of a Targeted Synergistic Synbiotic for Lactobacillus plantarum LPLDL" (PDF). Dicapai pada 2 October 2017.
  5. ^ "Health benefits and health claims of probiotics: Bridging science and marketing". British Journal of Nutrition. 106 (9): 1291–96. 2011. doi:10.1017/S000711451100287X. PMID 21861940.
  6. ^ Ridgley, Mavis B. "What is the Difference Between Prebiotics and Probiotics?". Dicapai pada 19 April 2016.
  7. ^ "FAO Technical meeting on prebiotics". J Clin Gastroenterol. 42 Suppl 3 Pt 2: S156–59. 2008. doi:10.1097/MCG.0b013e31817f184e. PMID 18685504.
  8. ^ Johnson-Henry, K. C; Abrahamsson, T. R; Wu, R. Y; Sherman, P. M (2016). "Probiotics, Prebiotics, and Synbiotics for the Prevention of Necrotizing Enterocolitis". Advances in Nutrition. 7 (5): 928–37. doi:10.3945/an.116.012237. PMC 5015037. PMID 27633108.
  9. ^ Thilakarathna, WPD Wass; Langille, Morgan GI; Rupasinghe, HP Vasantha (April 1, 2018). "Polyphenol-based prebiotics and synbiotics: potential for cancer chemoprevention". Current Opinion in Food Science. 20: 51–57. doi:10.1016/j.cofs.2018.02.011 – melalui ScienceDirect.
  • "Gut microbiota of healthy elderly NSAID users is selectively modified with the administration of Lactobacillus acidophilus NCFM and lactitol". Age (Dordr). 34 (4): 987–99. 2012. doi:10.1007/s11357-011-9294-5. PMC 3682059. PMID 21853265.
  • de Vrese M, Schrezenmeir J (2008). "Probiotics, prebiotics, and synbiotics". Food Biotechnology. Adv Biochem Eng Biotechnol. Advances in Biochemical Engineering/Biotechnology. 111. m/s. 1–66. doi:10.1007/10_2008_097. ISBN 978-3-540-70535-2. PMID 18461293.
  • Kentaro Shimizu; Hiroshi Ogura; Takashi Asahara; Koji Nomoto; Masami Morotomi; Osamu Tasaki; Asako Matsushima; Yasuyuki Kuwagata; Takeshi Simazu (2013). "Probiotic/Synbiotic Therapy for Treating Critically Ill Patients from a Gut Microbiota Perspective". Digestive Diseases and Sciences. 58 (1): 23–32. doi:10.1007/s10620-012-2334-x. PMC 3557374. PMID 22903218.
  • "FAO Technical Meeting on Prebiotics. Food and Agricultural Organization of the United Nations. 2007". J Clin Gastroenterol. 42 Suppl 3 Pt 2: S156–9. 2008. doi:10.1097/MCG.0b013e31817f184e. PMID 18685504.
  • "Tolerance, safety, and effect on the faecal microbiota of an enteral formula supplemented with pre- and probiotics in critically ill children". J Pediatr Gastroenterol Nutr. 53 (2): 174–81. 2011. doi:10.1097/MPG.0b013e318216f1ec. PMID 21788759.
  • "Randomised clinical trial: the synbiotic food supplement Probiotical vs. placebo for acute gastroenteritis in children". Aliment Pharmacol Ther. 34 (8): 862–7. 2011. doi:10.1111/j.1365-2036.2011.04835.x. PMID 21899583.