Sindrom Ramsay Hunt

Terdapat tiga sindrom neurologi yang berbeza membawa nama sindrom Ramsay Hunt. Perkaitan ketiga-tiganya ialah ia pertama kali diterangkan oleh pakar neurologi terkenal, James Ramsay Hunt (1872–1937).

  • Sindrom Ramsay Hunt jenis 1, juga dipanggil sindrom serebelum Ramsay Hunt, ialah satu bentuk degenerasi (kemerosotan) serebelum yang jarang berlaku melibatkan epilepsi mioklonik, ataksia progresif, geletar, dan proses demensia.[1]
  • Sindrom Ramsay Hunt jenis 2 ialah pengaktifan semula herpes zoster dalam ganglion genikulata. Ia kadangkala dipanggil herpes zoster otikus, dan mempunyai ciri berubah-ubah yang mungkin termasuk lesi neuron motor bawah saraf muka, pekak, vertigo dan sakit.[2][3] Triad lumpuh muka ipsilateral, sakit telinga, dan vesikel pada muka, pada telinga, atau dalam telinga adalah ciri biasa.[4]
  • Sindrom Ramsay Hunt jenis 3 ialah keadaan yang kurang kerap dirujuk, sejenis neuropati yang disebabkan oleh pekerjaan pada cabangan palma dalam saraf ulna. Ia juga dipanggil penyakit Hunt atau palsi artisan.[5]

Pada Jun 2022, bintang muzik popular Justin Bieber mengumumkan bahawa dia menghidap sindrom Ramsay Hunt jenis 2, yang menyebabkan mukanya lumpuh, memaksanya membatalkan lawatannya dan menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk makan.[6][7][8]

Rujukan

  1. ^ "NINDS Dyssynergia Cerebellaris Myoclonica Information Page". National Institute of Neurological Disorders and Stroke. 14 February 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 February 2015. Dicapai pada 6 January 2015.
  2. ^ Ramsay Hunt, J. (1907). "On herpetic inflammations of the geniculate ganglion: a new syndrome and its complications". Journal of Nervous and Mental Disease. 34 (2): 73–96. doi:10.1097/00005053-190702000-00001.
  3. ^ Sweeney, C.J.; Gilden, D.H. (August 2001). "Ramsay Hunt Syndrome". Journal of Neurology, Neurosurgery, and Psychiatry. 71 (2): 149–54. doi:10.1136/jnnp.71.2.149. PMC 1737523. PMID 11459884.
  4. ^ Pitton Rissardo, Jamir; Fornari Caprara, Ana Letícia (2019-11-02). "Herpes Zoster Oticus, Ophthalmicus, and Cutaneous Disseminated: Case Report and Literature Review". Neuro-Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). 43 (6): 407–410. doi:10.1080/01658107.2018.1523932. ISSN 0165-8107. PMC 7053943. PMID 32165902.
  5. ^ Pearce, J.M.S. (2007). "Some Syndromes of James Ramsay Hunt". Practical Neurology. 7 (3): 182–185. PMID 17515597. Dicapai pada 8 July 2016.
  6. ^ https://www.nytimes.com/2022/06/10/well/live/ramsay-hunt-syndrome-facial-paralysis.html
  7. ^ https://people.com/health/justin-bieber-asks-fans-to-pray-for-him-as-its-getting-harder-to-eat-due-to-ramsay-hunt-syndrome/ Templat:Bare URL inline
  8. ^ https://www.wsj.com/articles/justin-bieber-ramsay-hunt-syndrome-11654912590 Templat:Bare URL inline