Sosej dan kentang lecek

Sosej dan kentang lecek
Sosej dan kentang lecek, disajikan dengan pis dan kuah
Nama alternatifbangers and mash
JenisHidangan kentang Sunting ini di Wikidata
Tempat asalUnited Kingdom
Bahan utamaKentang lecek, sosej
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sosej dan kentang lecek ialah hidangan tradisi British yang terdiri daripada sosej dan kentang lecek. Ia boleh terdiri daripada sejenis sosej berperisa yang terbuat daripada daging babi, bebiri, lembu atau lain-lain. Hidangan ini sering disajikan dengan kuah bawang, tapi boleh juga dimasukkan bawang goreng dan pis.[1][2][3]

Sepinggan sosej, kentang lecek, bawang dan pis disajikan di sebuah pub di Epping, Essex, England

Sungguhpun dimasak di rumah, hidangan ini dianggap sebagai salah satu contoh pub grub, bermaksud ia agak mudah dan cepat dibuat dalam jumlah yang banyak.[4]

Pada 2009, hidangan ini tersenarai sebagai makanan selesa Britain paling terkenal dalam tinjauan yang dibuat oleh saluran TV Good Food.[5]

Etimologi

Ia dikenali sebagai banger and mash dalam bahasa Inggeris. Sungguhpun istilah banger terkadang dianggap berasal dari Perang Dunia II, penggunaannya dicatatkan sekurang-kurangnya sejak 1919 dahulu.[6] Istilah ini dikatakan berasal daripada fakta bahawa sosej yang dikeluarkan ketika pencatuan daging Perang Dunia I dibuat dengan kandungan air yang banyak sehingga mudah meletup ketika dimasak.[4]

Lihat juga

  • Senarai hidangan sosej

Rujukan

  1. ^ "Bangers and mash with onion gravy and peas". BBC Food (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-28.
  2. ^ "Bangers with herby mash and onion gravy". BBC Food (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-28.
  3. ^ Lindsey, Bareham (14 Julai 2016). Dinner tonight : 200 dishes you can cook in minutes. London: Mitchell Beazley. ISBN 9781784721213. OCLC 957647044.
  4. ^ a b "Bangers and Mash". Encyclopædia Britannica Online. 2015. Dicapai pada 6 Disember 2015.
  5. ^ "Bangers and mash most popular comfort food as Britons eat more during credit crunch". The Daily Telegraph. 22 Jun 2009. Dicapai pada 19 October 2018.
  6. ^ "banger, n.4". The Oxford English Dictionary. 2nd ed. 1989. OED Online. Oxford University Press. 6 April 2007. (langganan diperlukan)