Sukan Paralimpik Musim Panas 2024

Sukan Paralimpik XVII
Hos BandarParis, Perancis
Cogan kataGames Wide Open (Perancis: Ouvrons Grand les Jeuxcode: fr is deprecated )[1][2]
Negara169 (termasuk NPA dan Pasukan Pelarian)[3]
Atlet4,463
Acara549 dalam 22 sukan
Pembukaan28 Ogos[4]
Penutupan8 September[4]
Dibuka oleh
Presiden Emmanuel Macron
Kawah Obor
Alexis Hanquinquant
Nantenin Keïta
Charles-Antoine Kouakou
Fabien Lamirault
Élodie Lorandi
StadiumPlace de la Concorde
(Upacara pembukaan)
Stade de France
(Upacara penutupan)[5]
Musim Panas
Musim Sejuk
Sukan Olimpik Musim Panas 2024

Sukan Paralimpik Musim Panas 2024
  • Larian obor
  • Jadual Pingat (pemegang pingat )
  • Upacara pembukaan (Pembawa bendera)
  • Takwim
  • Rumusan kronologi
  • Upacara penutupan
  • IPC
  • l
  • b
  • s

Sukan Paralimpik Musim Panas 2024 (Perancis: Jeux paralympiques d'été de 2024code: fr is deprecated ), juga dikenali sebagai Sukan Paralimpik Paris 2024, dan dijenamakan sebagai Paris 2024, ialah Sukan Paralimpik Musim Panas ke-17, acara pelbagai sukan antarabangsa sukan para yang ditadbir oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, yang sedang diadakan di Paris, Perancis, dari 28 Ogos hingga 8 September 2024. Temasya ini menandakan kali pertama Paris menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Panas dalam sejarahnya dan kali kedua Perancis menganjurkan Sukan Paralimpik, dengan Tignes dan Albertville bersama-sama menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 1992.

Proses pembidaan

Sebagai persetujuan antara IOC dengan IPC, tuan rumah Sukan Olimpik 2024 juga perlu menganjurkan Sukan Paralimpik 2024.[6]

Lima bandaraya telah menyerahkan pencalonan mereka, tetapi Hamburg, Rom dan Budapest telah menarik diri, akhirnya tinggal hanya Paris dan Los Angeles yang membida. Oleh itu, IOC mengambil keputusan untuk melantik tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024 dan 2028 pada masa yang sama semasa Mesyuarat Khas IOC yang diadakan di Lausanne, Switzerland pada 11 Julai 2017. Perbincangan antara IOC dengan suruhanjaya pembidaan Paris dan Los Angeles telah diadakan selepas keputusan tersebut dibuat.[7]

Pada 31 Julai 2017, IOC mengumumkan Los Angeles sebagai calon tunggal untuk edisi 2028, maka Paris akan menjadi tuan rumah untuk edisi 2024. Kedua-dua keputusan ini telah diluluskan pada Sesi IOC ke-131.[8]

Keputusan Pembidaan Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024
Bandar Negara Undi
Paris Perancis Perancis Sebulat Suara

Pembangunan dan penyediaan

Organisasi

Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 (Inggeris: Paris 2024 Organising Committee for the Olympic and Paralympic Games; Perancis: Comité d'organisation des Jeux olympiques et paralympiques d'été de 2024; Singkatan: OCOG atau COJO) ditubuhkan pada Januari 2018 untuk merancang, membiayai dan menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024.[9] Jawatankuasa tersebut dipengerusi oleh Tony Estanguet, seorang pemenang emas Olimpik kanu slalom tiga kali dan ahli IOC[10], manakala Etienne Thobois dilantik sebagai CEO jawatankuasa tersebut. [11]

Lambis Konstantinidis telah dilantik sebagai Pengarah Rancangan dan Kordinasi, Hubungan CIO / IPC dan IKM bagi OCOG Paris 2024.[12] Bagi Suruhanjaya Atlet Paris 2024 pula, Marie Bochet (para alpine skiing), Perle Bouge (lumba perahu dayung paralimpik) dan Lucas Créange (ping pong paralimpik) telah dilantik sebagai ahlinya.

Lembaga Penyampaian Sukan Olimpik (Inggeris: Olympic Games Delivery Authority; Perancis: Société de Livraison des Ouvrages Olympiques; Singkatan: SOLIDEO) merupakan sebuah organisasi sektor awam yang berperanan untuk membiayai, menyelia dan menyediakan prasarana Sukan Olimpik dan Paralimpik, terutamanya Kampung Paralimpik yang akan menjadi tempat penginapan bagi semua atlet. [13][9][14] Lembaga ini dipengerusi oleh Anne Hidalgo dan diarah oleh Nicolas Ferrand.[15]

Tempat pertandingan

Sebanyak 22 sukan yang akan dipertandingkan di 19 lokasi, antaranya termasuklah Menara Eiffel (bola sepak buta), Champs Elysees (para triatlon, maraton, lumba basikal lebuh raya), Istana Versailles (ekuestrian) dan sebagainya.[16] Tempat pertandingan bagi 18 acara sukan berada di dalam jarak radius 10 km daripada Kampung Paralimpik, tempat pertandingan bagi 90% atlet boleh dicapai dalam masa kurang daripada 30 minit daripada tempat penginapannya.[17] Semua lokasi yang menganjurkan pertandingan semasa Sukan Paralimpik 2024 dapat dicapai dengan pengangkutan awam.[16]

Ketersampaian

Setakat 2018, hanya 3% stesen metro adalah mesra pengguna kerusi roda.[18] Selepas memenangi hak menganjur, Paris sudah berjanji bahawa kesemua laluan metro yang baharu dan sedang dibina akan menjadi mesra OKU, termasuklah Grand Paris Metro yang akan disiap bina pada tahun 2024.[19][20] Kerajaan tempatan turut berhasrat untuk menjadikan 60% daripada kesemua jaringan pengangkutan di Paris mesra OKU pada tahun 2024.[21] Cerema, sebuah institusi perancangan bandar dan mobiliti, turut diupah untuk meningkatkan ketersampaian laluan jalan kaki di Paris.[22]

Projek "Paris+Inclusive" turut dilaksanakan untuk meningkatkan ketersampaian dalam bandar tersebut serta menggalakkan orang kurang upaya yang lain untuk terlibat dalam bersukan dan aktif dalam komuniti mereka.[23] Selain itu, pihak penganjur Paris 2024 turut berhasrat untuk menganjurkan acara pertama yang mendapat pengiktirafan ketersampaian sejagat daripada ISO.[17]

Program sukarelawan yang dijalan turut dibuka kepada golongan kurang upaya untuk menyertainya. Pihak penganjur Paris 2024 mesasar agar 3,000 orang sukarelawan (6% daripada jumlah keseluruhan) terdiri daripada orang kurang upaya.[24] Latihan sukarelawan juga boleh disertai oleh individu yang mempunyai kecacatan penglihatan dan pendengaran. Lokasi latihan bersemuka juga boleh dicapai oleh individu yang mempunyai masalah mobiliti.[25]

Pendapat awam

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Institut Pendapat Awam Perancis (IFOP) menyatakan bahawa 90% rakyat Perancis menyokong penganjuran Sukan Paralimpik Musim Panas yang pertama di negara tersebut.[26] Demi meningkatkan kesedaran awam terhadap sukan dalam Sukan Paralimpik, pihak penganjur Paris 2024 telah memohon kepada Unicode agar emoji bagi sukan Paralimpik diwujudkan.[27] Pada masa yang sama, Perancis juga ingin meneladani kejayaan London dalam menganjurkan Sukan Paralimpik 2012 dan cara yang mereka ambil untuk meningkatkan kesedaran awam.[28]

Pemasaran

Logo Paris 2024 telah diumumkan pada 21 Oktober 2019 di Grand Rex, panggung wayang yang terbesar di Eropah.[29][30] Buat kali yang pertama, logo yang sama digunakan untuk Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik, hal ini melambangkan kedua-dua temasya sukan ini adalah satu projek yang sama dan mempunyai cita-cita yang sama.[31] Perkataan "Paralympic Games" juga tidak wujud di bawah logo Paris 2024, dan digantikan dengan logo Paralimpik yang terletak di bawah logo tersebut.[32][33]

Logo tersebut berbentuk bulatan, seperti sebuah pingat emas, dan ilustrasi rambut serta bibir yang berwarna emas dalam logo tersebut menampilkan raut wajah Marianne, personifikasi kebangsaan Perancis. Api Olimpik dan Paralimpik juga boleh dinampak di ruang negatif rambut Marianne. Marianne turut merupakan ikon kebebasan semasa zaman Revolusi Perancis 1789 dan kini sudah menjadi simbol Perancis yang biasa didapati di mana-mana sahaja di seluruh negara tersebut.[34]

Penekanan kepada wajah manusia juga menyampaikan mesej bahawa "manusia" merupakan fokus utama edisi Sukan Olimpik dan Paralimpik ini.[29] Logo ini direka bentuk oleh syarikat Royalties Eco-Branding.[35]

Logo ini telah dikritik oleh orang ramai kerana reka bentuknya serupa dengan logo aplikasi memikat isteri atau salon rambut,[36][37] ada netizen pula mengibaratkannya dengan meme Karen yang merebak di media sosial atau gaya rambut seseorang selebriti.[38] Walaupun demikian, sebuah kajian mengatakan bahawa sebanyak 83% penduduk Paris yang menggemari reka bentuk logo ini.[39]

Tipografi dan warna

Tipografi Paris 2024 juga mendapat inspirasi daripada gaya fon Art Deco dan ketebalannya boleh diubah suai mengikut keperluan. Reka bentuknya juga bersifat mesra alam kerana aksara-aksaranya disusun secara rapat untuk menjimat kertas dan dakwat.[40] Selain itu, fail fon tersebut juga lebih menjimatkan penggunaan tenaga elektrik walaupun mempunyai pelbagai variasi.[40]

Dari segi penggunaan warna pula, warna hitam telah digunakan sebagai warna utama dan warna latar belakang dalam media digital untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, manakala warna putih dijadikan sebagai warna dominan dalam media cetak untuk menjimatkan penggunaan dakwat.[41]

  • Warna utama:             
  • Warna sekunder:                                 

Temasya

Sukan

Pada 22 November 2017, lapan sukan dan tiga disiplin sukan telah memohon untuk dimasukkan ke dalam program Sukan Paralimpik 2024.[42] Persekutuan bagi bola sepak 7 sebelah, bola sepak powerchair, golf, luncur air, gusti tangan, karate, para sukan tarian dan melayar telah memohon agar sukan mereka dijadikan sebagai acara Sukan Paralimpik. Selain itu, IPC juga menerima pemohonan agar bola keranjang 3x3, poomsae dan para trap shooting dipertandingkan dalam Paris 2024.[43] Pada 2018, IPC mengumumkan bahawa hanya bola sepak 7 sebelah layak ke peringkat akhir.[44] Pada 25 Januari 2019, IPC telah membuat keputusan yang terakhir dan mengumumkan bahawa program sukan bagi Paris 2024 akan kekal sama dengan program sukan Tokyo 2020.[45]

Pada 31 Januari 2020, IPC mengumumkan bahawa bola keranjang kerusi roda tidak akan dimasukkan ke program acara Paris 2024.[46] Hal ini adalah kerana Persekutan Bola Keranjang Kerusi Roda Antarabangsa tidak mengikuti Kod Klasifikasi Atlet yang ditetapkan oleh IPC. Namun, sukan tersebut boleh dimasukkan semula sekiranya persekutuan tersebut mengikut Kod Klasifikasi yang telah ditetapkan. Pada September 2021, kelulusan bersyarat telah diberikan oleh IPC kepada sukan tersebut agar dimasukkan semula ke Sukan Paralimpik 2024.[47]

Dengan ini, jumlah acara yang dipertandingkan dalam Paris 2024 akan menjadi 549 acara dalam 22 disiplin, yakni 10 lebih banyak acara berbanding dengan Tokyo 2020.[48][49] Terdapat 271 acara untuk atlet lelaki, 235 acara untuk atlet perempuan dan 43 acara terbuka atau campuran. Sekurang-kurangnya 1,859 atlet perempuan akan bertanding dalam temasya ini, bilangan ini adalah dua kali ganda bilangan atlet perempuan dalam Sydney 2000 (yang hanya mempunyai 990 atlet perempuan). Bilangan ini bakal meningkat kerana masih ada 359 slot untuk acara campuran.[50]

Program Sukan Olimpik Musim Panas 2024

Takwim

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa telah meluluskan jadual akhir, dan tarikh untuk temasya Sukan Paralimpik Musim Panas akan datang dikeluarkan pada 2 Februari 2023.[51]

Semua masa dan tarikh gunakan Waktu Musim Panas Eropah Tengah (UTC+2)
OC Upacara pembukaan Acara pertandingan 1 Acara pingat emas CC Upacara penutupan
Ogos/September 2024 Ogos September Acara
28
Rab
29
Kha
30
Jum
31
Sab
1
Aha
2
Isn
3
Sel
4
Rab
5
Kha
6
Jum
7
Sab
8
Aha
Upacara OC CC
Boccia 2 6 3 11
Bola Sepak 5 sebelah 1 1
Goalball 2 2
Memanah 2 2 2 1 1 1 9
Olahraga 14 18 19 13 24 15 19 16 22 4 164
Badminton 2 14 16
Para kanu 5 5 10
Lumba basikal Lebuh raya 19 6 4 5 34
Trek 4 5 4 4 17
Ekuestrian 3 2 1 5 11
Judo 5 5 6 16
Powerlifting 4 4 4 4 4 20
Lumba dayung 5 5
Renang 15 14 15 14 13 15 12 13 15 15 141
Ping pong 2 5 3 1 3 5 5 7 31
Taekwondo 3 4 3 10
Para triatlon 7 4 11
Menembak 3 2 2 1 2 2 1 13
Bola tampar duduk 1 1 2
Bola keranjang kerusi roda 1 1 2
Lawan pedang kerusi roda 4 4 2 4 2 16
Ragbi kerusi roda 1 1
Tenis kerusi roda 1 2 2 1 6
Acara pingat harian 0 22 42 49 60 54 50 63 63 57 75 14 549
Jumlah kumulatif 0 22 64 113 173 227 277 340 403 460 535 549
Ogos/September 2024 Ogos September Acara
28
Rab
29
Kha
30
Jum
31
Sab
1
Aha
2
Isn
3
Sel
4
Rab
5
Kha
6
Jum
7
Sab
8
Aha


Jadual pingat

  *   Tuan rumah (Perancis)

Jadual pingat Sukan Paralimpik Musim Panas 2024[A]
KedudukanNPCEmasPerakGangsaJumlah
1 China (CHN)129425
2 Great Britain (GBR)66315
3 Brazil (BRA)51713
4 Belanda (NED)4116
 Atlet Paralimpik Neutral (NPA)33511
5 Itali (ITA)32813
6 Australia (AUS)3227
7 Perancis (FRA)*2529
8 Uzbekistan (UZB)2226
9 Tunisia (TUN)2204
10 Colombia (COL)2114
11 Poland (POL)2013
12 Israel (ISR)2002
13 Amerika Syarikat (USA)1607
14 Ukraine (UKR)1528
15 Jepun (JPN)1326
 Turki (TUR)1326
17 Korea Selatan (KOR)1214
18 India (IND)1124
19 Belgium (BEL)1102
 Mongolia (MGL)1102
21 Sepanyol (ESP)1067
22 Azerbaijan (AZE)1012
 Denmark (DEN)1012
24 Bulgaria (BUL)1001
 Hungary (HUN)1001
 Peru (PER)1001
 Republik Czech (CZE)1001
 Singapura (SGP)1001
 Slovenia (SLO)1001
30 Iran (IRI)0213
31 Mexico (MEX)0134
32 Jerman (GER)0112
33 Hong Kong (HKG)0101
 Indonesia (INA)0101
 Ireland (IRL)0101
 New Zealand (NZL)0101
 Serbia (SRB)0101
38 Kanada (CAN)0044
39 Argentina (ARG)0022
 Maghribi (MAR)0022
 Thailand (THA)0022
42 Chile (CHI)0011
 Georgia (GEO)0011
 Nepal (NEP)0011
 Norway (NOR)0011
 Pasukan Paralimpik Pelarian (RPT)0011
 Slovakia (SVK)0011
 Switzerland (SUI)0011
 Taipei Cina (TPE)0011
 Yunani (GRE)0011
Jumlah (50 NPC)656577207

Penyertaan

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang atlet yang telah layak ke Paralimpik 2024. Eritrea, Kiribati dan Kosovo dijangka membuat penampilan sulung Sukan Paralimpik mereka pada perlawanan ini.[53]

NPC yang kembali ke Sukan Paralimpik selepas ketiadaan termasuk Bangladesh (2008). Kepulauan Solomon, Vanuatu (2012). Timor-Leste, Macau, Myanmar dan Tonga, Trinidad dan Tobago, Turkmenistan (2016).[54]

Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan yang menyertai
  •  Afghanistan (1)
  •  Algeria (26)
  •  Angola (2)
  •  Argentina (68)
  •  Armenia (3)
  •  Aruba (1)
  •  Australia (159)
  •  Austria (24)
  •  Azerbaijan (18)
  •  Bahrain (2)
  •  Bangladesh (2)
  •  Barbados (1)
  •  Belgium (29)
  •  Benin (2)
  •  Bermuda (2)
  •  Bhutan (1)
  •  Bosnia dan Herzegovina (14)
  •  Botswana (2)
  •  Brazil (256)
  •  Bulgaria (3)
  •  Burkina Faso (1)
  •  Burundi (2)
  •  Kemboja (1)
  •  Cameroon (5)
  •  Kanada (125)
  •  Tanjung Verde (3)
  •  Republik Afrika Tengah (2)
  •  Chile (28)
  •  China (284)
  •  Colombia (74)
  •  Costa Rica (8)
  •  Croatia (22)
  •  Cuba (21)
  •  Cyprus (3)
  •  Republik Czech (32)
  •  Republik Demokratik Congo (2)
  •  Denmark (32)
  •  Republik Dominika (11)
  •  Timor-Leste (1)
  •  Ecuador (14)
  •  Mesir (54)
  •  El Salvador (3)
  •  Eritrea (1)
  •  Estonia (5)
  •  Habsyah (4)
  •  Fiji (3)
  •  Finland (16)
  •  Perancis (239) (tuan rumah)
  •  Gabon (2)
  •  Gambia (2)
  •  Georgia (14)
  •  Jerman (143)
  •  Ghana (4)
  •  Great Britain (201)[55]
  •  Yunani (37)
  •  Grenada (2)
  •  Guatemala (2)
  •  Guinea (2)
  •  Guinea-Bissau (2)
  •  Haiti (1)
  •  Honduras (1)
  •  Hong Kong (23)
  •  Hungary (39)
  •  Iceland (5)
  •  India (84)
  •  Indonesia (35)
  •  Iran (65)
  •  Iraq (20)
  •  Ireland (29)
  •  Israel (28)
  •  Itali (135)
  •  Ivory Coast (3)
  •  Jamaica (1)
  •  Jepun (177)
  •  Jordan (8)
  •  Kazakhstan (44)
  •  Kenya (13)
  •  Kiribati (1)
  •  Kosovo (1)
  •  Kuwait (3)
  •  Kyrgyzstan (4)
  •  Laos (1)
  •  Latvia (8)
  •  Lubnan (1)
  •  Lesotho (2)
  •  Liberia (2)
  •  Libya (3)
  •  Lithuania (9)
  •  Luxembourg (2)
  •  Makau (1)
  •  Malawi (2)
  •  Malaysia (28)
  •  Maldives (2)
  •  Mali (2)
  •  Malta (2)
  •  Mauritius (6)
  •  Mexico (67)
  •  Moldova (5)
  •  Mongolia (12)
  •  Montenegro (4)
  •  Maghribi (38)
  •  Mozambique (1)
  •  Myanmar (1)
  •  Namibia (5)
  •  Nepal (3)
  •  Belanda (84)
  •  Atlet Paralimpik Neutral (98)
  •  New Zealand (25)
  •  Nicaragua (1)
  •  Niger (1)
  •  Nigeria (23)
  •  Macedonia Utara (1)
  •  Norway (18)
  •  Oman (2)
  •  Pakistan (1)
  •  Palestin (1)
  •  Panama (3)
  •  Papua New Guinea (2)
  •  Paraguay (1)
  •  Peru (13)
  •  Filipina (6)
  •  Poland (84)
  •  Portugal (27)
  •  Puerto Rico (2)
  •  Qatar (2)
  •  Pasukan Paralimpik Pelarian (8)[56]
  •  Republik Congo (2)
  •  Romania (6)
  •  Rwanda (13)
  •  Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine (1)
  •  São Tomé dan Príncipe (1)
  •  Arab Saudi (9)
  •  Senegal (4)
  •  Serbia (23)
  •  Sierra Leone (1)
  •  Singapura (10)
  •  Slovakia (26)
  •  Slovenia (14)
  •  Kepulauan Solomon (4)
  •  Somalia (1)
  •  Afrika Selatan (32)
  •  Korea Selatan (83)
  •  Sepanyol (139)
  •  Sri Lanka (8)
  •  Sweden (20)
  •  Switzerland (27)
  •  Syria (1)
  •  Taipei Cina (13)
  •  Tanzania (1)
  •  Thailand (78)
  •  Togo (1)
  •  Tonga (1)
  •  Trinidad dan Tobago (1)
  •  Tunisia (30)
  •  Turki (93)
  •  Turkmenistan (1)
  •  Uganda (4)
  •  Ukraine (140)
  •  Emiriah Arab Bersatu (13)
  •  Amerika Syarikat (220)
  •  Uruguay (2)
  •  Uzbekistan (65)
  •  Vanuatu (2)
  •  Venezuela (25)
  •  Vietnam (7)
  •  Kepulauan Virgin (1)
  •  Yaman (1)
  •  Zambia (2)
  •  Zimbabwe (2)

Penyiaran

Lihat juga

Nota

  1. ^ Walaupun IPC tidak memasukkan Atlet Paralimpik neutral dalam jadual pingat rasmi,[52] mereka disenaraikan di sini untuk tujuan perbandingan sahaja.

Rujukan

  1. ^ "New Paris 2024 slogan "Games wide open" welcomed by IOC President" (dalam bahasa Inggeris). Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 25 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Julai 2022. Dicapai pada 25 Julai 2022.
  2. ^ "Le nouveau slogan de Paris 2024 "Ouvrons grand les Jeux" accueilli favorablement par le président du CIO" [Paris 2024's new slogan "Let's open up the Games" welcomed by the IOC President] (dalam bahasa Perancis). International Paralympic Committee. 25 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Julai 2022. Dicapai pada 25 Julai 2022.
  3. ^ "Paris 2024: Record number of delegations and females to compete". International Paralympic Committee (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-23.
  4. ^ a b "Paris 2024 Paralympic Games". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. Dicapai pada 2021-12-31.
  5. ^ "Stade de France".
  6. ^ "Paralympics 2012: London to host 'first truly global Games'". BBC Sport. Dicapai pada 1 August 2012.
  7. ^ "Bach Says Paris and LA Mayors Are 'Optimistic' About Agreement After Initial Discussions - GamesBids.com". gamesbids.com.
  8. ^ "Paris set to host 2024 Olympics, Los Angeles to be awarded 2028 Games by IOC". ABC. Dicapai pada 1 Ogos 2017.
  9. ^ a b Our duties. www.paris2024.org. Dicapai pada 28 Julai 2021
  10. ^ Mr Tony ESTANGUET Diarkibkan 2021-07-23 di Wayback Machine. www.olympics.com. Dicapai pada 28 Julai 2021
  11. ^ Paris 2024 confirm Etienne Thobois as CEO IPC (21 Disember 2017). Dicapai pada 28 Julai 2021.
  12. ^ "Lambis Konstantinidis, Director of Planning and Coordination, relation CIO/IPC, on Paralympic Games" press.paris2024.org. 9 Julai 2021. Dicapai pada 7 Ogos 2021.
  13. ^ Société de Livraison des Ouvrages Olympiques (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 28 Julai 2021.
  14. ^ 2024 - Paris - SOLIDEO English_February 2019.pdf (PDF) Perpustakaan Olimpik. Dicapai pada 28 Julai 2021.
  15. ^ "SOLIDEO response to the open letter regarding the exclusion of tropical timber" ATIBT. 30 July 2021. Dicapai pada 2 Ogos 2021.
  16. ^ a b "PARIS 2024 CONCEPT : SOUND STEWARDSHIP SUPPORTING SPECTACULAR GAMES" www.paris2024.org. Dicapai pada 31 Julai 2021.
  17. ^ a b "Paris 2024 Paralympic Games Press Kit". paris2024.org. 25 Ogos 2021. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  18. ^ Goujard, Clothilde (26 Oktober 2018). "Will Paris's Metro Adapt to Disabled Riders Before the 2024 Olympics?". Bloomberg CityLab. Bloomberg. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  19. ^ "Paris 2024: Committed to change". paralympics.org. 13 September 2017. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  20. ^ "Laporan Suruhanjaya Penilaian 2024 IOC" (PDF). IOC. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  21. ^ Bréson, Martine (3 September 2018). "Valérie Pécresse: the emergency lanes of the A12 and A3 reserved for buses, taxis and VTC then for carpooling". francebleu.fr (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  22. ^ "For the inclusive 2024 Olympic and Paralympic Games: Cerema working on accessibility of routes between railway stations and amenities". cerema.fr. 15 Februari 2021. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  23. ^ "Host city of 2024 Paralympics creates 'Paris + Inclusive' project". paralympic.org. 20 Disember 2020. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  24. ^ Sugiura, Eri (30 Ogos 2021). "France aims for 3,000 disabled volunteers at Paris 2024". asia.nikkei.com. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  25. ^ "FAQ Paris 2024 - Is the training accessible to everyone?". paris2024.org. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  26. ^ Press Release - 90% of people in France support the plan to organise the country’s first Summer Paralympic Games (siaran akhbar). 14 September 2021. paris2024.org. Dicapai pada 15 Oktober 2021.
  27. ^ "PARIS 2024 PUTS FORWARD THE FIRST PARALYMPIC EMOJIS". paris2024.org. Dicapai pada 15 Oktober 2021.
  28. ^ "France eyes 'British model' ahead of Paris 2024 Paralympics". Channel News Asia. 4 Oktober 2021. Dicapai pada 15 Oktober 2021.
  29. ^ a b Rowbottom, Mike. "Paris 2024 unveil new shared Olympic and Paralympic Games emblem". www.insidethegames.biz (21 Oktober 2019). Dicapai pada 29 Julai 2021.
  30. ^ Grogan, Jean. "THE STORY BEHIND THE PARIS 2024 OLYMPICS LOGO" Creative Review. 4 November 2019. Dicapai pada 29 Julai 2021
  31. ^ Design. www.paris2024.org. Dicapai pada 29 Julai 2021
  32. ^ Houston, Michael. "Beijing 2022 update Winter Paralympics emblem" Inside the Games. 9 September 2020. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  33. ^ Thibaud Genevois Franchi. THE PARIS 2024 OLYMPICS LOGO DIVIDES OPINION pixartprinting.co.uk. 16 September 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
  34. ^ A SINGLE EMBLEM FOR PARIS 2024 paris2024.org. Dicapai pada 22 Ogos 2021.
  35. ^ Williams, Eliza. "Trends of 2019: Branding and logos". Creative Review. 3 Disember 2019. Dicapai pada 30 Julai 2021.
  36. ^ Chik, Razak. "Citius Altius Fortius - Logo Olimpik Paris 2024 tak ubah aplikasi memikat isteri". Astro Awani. 24 Oktober 2019. Dicapai pada 30 Julai 2021.
  37. ^ "Olympic flame or dating ad? Paris 2024 logo divides opinion". BBC. 22 Oktober 2019. Dicapai pada 26 Mac 2020.
  38. ^ Ibrahim, Samantha. "Paris 2024 Olympics logo roasted for looking like a ‘Karen’" New York Post. 29 Julai 2021. Dicapai pada 30 Julai 2021.
  39. ^ O’Kane, Patrick."French public approve Paris 2024 emblem despite social media mockery" Inside the Games. 24 Oktober 2019. Dicapai pada 30 Julai 2021.
  40. ^ a b "Paris 2024 - Ecobranding" Ecobranding. Dicapai pada 30 Julai 2021
  41. ^ Design. www.paris2024.org. Dicapai pada 29 Julai 2021
  42. ^ "Eleven new sports and disciplines apply for Paris 2024". IPC. 22 November 2017. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  43. ^ Giles, Thomas (23 November 2017). "Eleven new sports and disciplines among bids for Paralympic inclusion at Paris 2024". Inside the Games. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  44. ^ Morgan, Liam (13 September 2018). "Sailing fails with bid for Paralympic Games reinstatement at Paris 2024 as Para bobsleigh misses out on Beijing 2022". Inside the Games. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  45. ^ "Paris 2024: IPC announces sports programme". IPC. 25 Januari 2019. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  46. ^ "Wheelchair Basketball could lose Tokyo 2020 spot". paralympics.com. 31 Januari 2020. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  47. ^ Dowdeswell, Andrew (22 September 2021). "Wheelchair basketball conditionally reinstated on to Paris 2024 Paralympics programme". Inside the Games. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  48. ^ "Paris 2024 Paralympic Medal Events Programme and Athletes Quotas announced".
  49. ^ "PARIS 2024 MEDAL EVENTS PROGRAMME – REVISED – 549 EVENTS" (PDF). Paralympic.org. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  50. ^ "Paris 2024 reveals session-by-session competition schedule". Paralympic.org. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  51. ^ "Paris 2024 Schedule released". Paralympic.org. Dicapai pada 2023-04-27.
  52. ^ "IPC publish Neutral Paralympic Athletes regulations for the Paris 2024 Paralympics". 6 Mac 2024. Dicapai pada 29 Ogos 2024.
  53. ^ "Paris 2024: Record number of delegations and females to compete". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-24.
  54. ^ "Paris 2024 Paralympics Entries". olympics.com. Ogos 2024. Dicapai pada 26 Ogos 2024.
  55. ^ "Paralympics GB team for Paris 2024 confirmed with highest proportion of female athletes ever". ParalympicsGB. 20 Ogos 2024.
  56. ^ "IPC to support Refugee Paralympic Team at the Paris 2024 Paralympic Games". IPC. 13 Disember 2023.
    "The Refugee Paralympic Team at the Paris 2024 Paralympic Games". IPC. 9 Julai 2024.
    "IPC unveils largest Refugee Paralympic Team ever for Paris 2024". UNHCR. 9 Julai 2024.
  57. ^ Berkeley, Geoff (28 Ogos 2020). "Channel 4 secures UK broadcasting rights for 2024 Paralympic Games". Inside the Games. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  58. ^ "NHK secures Paralympic Games broadcasting and exhibition rights through to 2024". paralympic.org. 25 Jun 2015. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  59. ^ "IPC and Infront sign ground-breaking media rights partnership". IPC. 7 Januari 2021. Dicapai pada 24 Oktober 2021.

Pautan luar

  • Halaman Utama Rasmi Paris 2024
Didahului oleh
Tokyo
Sukan Paralimpik Musim Panas
Paris

Sukan Paralimpik Musim Panas XVII (2024)
Diikuti oleh:
Los Angeles
  • l
  • b
  • s
Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan di Sukan Paralimpik Musim Panas 2024 di Paris, Perancis
Afrika
  • Algeria
  • Angola
  • Benin
  • Botswana
  • Burkina Faso
  • Burundi
  • Cameroon
  • Tanjung Verde
  • Republik Afrika Tengah
  • Chad
  • Congo
  • Republik Demokratik Congo
  • Mesir
  • Equatorial Guinea
  • Eritrea
  • Eswatini
  • Ethiopia
  • Gabon
  • Gambia
  • Ghana
  • Guinea
  • Guinea-Bissau
  • Ivory Coast
  • Kenya
  • Lesotho
  • Liberia
  • Libya
  • Madagascar
  • Malawi
  • Mali
  • Mauritius
  • Maghribi
  • Mozambique
  • Namibia
  • Niger
  • Nigeria
  • Rwanda
  • São Tomé dan Príncipe
  • Senegal
  • Sierra Leone
  • Afrika Selatan
  • Sudan Selatan
  • Tanzania
  • Togo
  • Tunisia
  • Uganda
  • Zambia
  • Zimbabwe
Amerika
  • Antigua dan Barbuda
  • Argentina
  • Aruba
  • Barbados
  • Belize
  • Bermuda
  • Bolivia
  • Brazil
  • Kanada
  • Chile
  • Colombia
  • Costa Rica
  • Cuba
  • Dominika
  • Republik Dominika
  • Ecuador
  • El Salvador
  • Grenada
  • Guatemala
  • Guyana
  • Haiti
  • Honduras
  • Jamaica
  • Mexico
  • Nicaragua
  • Panama
  • Paraguay
  • Peru
  • Puerto Rico
  • Saint Vincent dan Grenadines
  • Suriname
  • Trinidad dan Tobago
  • Amerika Syarikat
  • Uruguay
  • Venezuela
  • Kepulauan Virgin
Asia
  • Afghanistan
  • Bahrain
  • Bangladesh
  • Bhutan
  • Kemboja
  • China
  • Timor Leste
  • Hong Kong
  • India
  • Indonesia
  • Iran
  • Iraq
  • Jepun
  • Jordan
  • Kazakhstan
  • Kuwait
  • Kyrgyzstan
  • Laos
  • Lubnan
  • Macau
  • Malaysia
  • Maldives
  • Mongolia
  • Nepal
  • Korea Utara
  • Oman
  • Pakistan
  • Palestin
  • Filipina
  • Qatar
  • Arab Saudi
  • Singapura
  • Korea Selatan
  • Sri Lanka
  • Syria
  • Taipei Cina
  • Tajikistan
  • Thailand
  • Emiriah Arab Bersatu
  • Uzbekistan
  • Vietnam
Eropah
  • Albania
  • Armenia
  • Austria
  • Azerbaijan
  • Belgium
  • Bosnia dan Herzegovina
  • Bulgaria
  • Croatia
  • Cyprus
  • Republik Czech
  • Denmark
  • Estonia
  • Finland
  • Perancis
  • Georgia
  • Jerman
  • Great Britain
  • Yunani
  • Hungary
  • Iceland
  • Ireland
  • Israel
  • Itali
  • Kosovo
  • Latvia
  • Liechtenstein
  • Lithuania
  • Luxembourg
  • Malta
  • Moldova
  • Montenegro
  • Belanda
  • Makedonia Utara
  • Norway
  • Poland
  • Portugal
  • Romania
  • San Marino
  • Serbia
  • Slovakia
  • Slovenia
  • Sepanyol
  • Sweden
  • Switzerland
  • Turki
  • Ukraine
Oceania
  • Samoa Amerika
  • Australia
  • Fiji
  • Guam
  • Kiribati
  • New Zealand
  • Palau
  • Papua New Guinea
  • Kepulauan Solomon
  • Tonga
  • Tuvalu
Lain-lain
  • l
  • b
  • s
Acara di Sukan Paralimpik Musim Panas 2024 (Paris, Perancis)


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan