Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah

Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah
عبد الغفور محى الدين شاه
Sultan Pahang
Pemerintahan1592–1614
Didahului olehSultan Ahmad Shah II
Diikuti olehSultan Alauddin Riayat Shah
Keputeraan1567
Raja Abdul Ghafur
Kemangkatan1614
PasanganRatu Ungu Pattani
Raja Putri Zaharah
AnakandaRaja Abdullah (Raja Muda)
Raja Alauddin
Raja Kuning
Nama diraja
Paduka Sri Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah
Nama selepas mangkat
Marhum Pahang
KerabatKesultanan Melaka
AyahandaAbdul Kadir Alauddin Shah
AgamaIslam

Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah (1592-1614) merupakan pemerintah negeri Pahang ke-12.

Bersekutu dengan Pattani

Untuk menguatkan empayar dan melindungi pedagang, Empayar Johor-Pahang-Riau-Lingga telah bersekutu Negara langkasuka apabila Sultan Pahang, Sultan Abdul Ghafur Muhiudin telah berkahwin Raja Ungu yang memakai gelaran Paduka Sultanah Syah Alam, dan dengan dan hasil perkahwinan ini, lahirlah seorang puteri bernama Puteri Kuning yang menaiki takhta Langkasuka setelah kemangkatan Ratu Hijau pada tahun 1635. Empayar Johor-Pahang telah beberapa kali menghantar bantuan ketenteraan untuk mematahkan serangan-serangan Siam, hasilnya Langkasuka kekal sebagai kerajaan berdaulat hingga ke akhir abad ke 18.

Perebutan kuasa dan mangkat

Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan berakhir dengan satu pembunuhan di mana Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah terbunuh dan dimakamkan di Makam marhum. =

Sultan Abdul Ghafur digambarkan sebagai seorang putera dalam filem Thailand, Queens of Langkasuka pada 2008. Baginda bersama tunangan baginda, Ratu Ungu datang membantu kekanda iparnya Ratu Hijau yang hampir tewas dalam mempertahankan Negeri Langkasuka dari serangan lanun yang diketuai Ekadam. Watak baginda dilakonkan oleh Jesdaporn Pholdee.

Baca juga

  • Kerajaan Pattani

Nota kaki

Pautan luar

  • Ensiklopedia Malaysia: Kesultanan Pahang Diarkibkan 2010-06-29 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Pahang Salasilah Kesultanan Pahang Pahang
Sultan
(Keturunan Sultan Melaka-Johor)
Raja Bendahara Pahang
Sultan Pahang Era Moden