Temenggong Johor

Temenggong Johor atau Dato' Temenggong Seri Maharaja Johor ialah salah seorang anggota Majlis Orang Kaya yang ditubuhkan sendiri oleh Sultan Abdul Jalil Shah III. Temenggong Johor diberikan tugas untuk mengawal keselamatan Sultan dan menjaga keamanan Negeri serta berkuasa mengawasi segala teluk rantau jajahan Empayar Johor. Temenggong Johor telah diberikan wilayah pegangan oleh Sultan Johor iaitu tanah besar Johor dan Singapura sebagai wakil Sultan Johor-Riau, sama seperti Bendahara yang diberikan Pahang sebagai wilayah pegangan, Yang Dipertuan Muda memerintah Riau dan Raja Temenggong Muar di Muar. Keturunan Temenggong kemudiannya mengasaskan kesultanan Johor Moden di tanah besar Johor dengan Sultan Johor Moden pertama dari (Wangsa Temenggong Johor) ialah Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim.

(Temenggong, Maharaja, Sultan, Tunku Mahkota, Raja Muda) dari Wangsa Temenggong

  1. 1757–1802: Almarhum Temenggong Tun Abdul Jamal bin Almarhum Bendahara Tun Abbas ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV ibni Almarhum Bendahara Tun Habib Abdul Majid Al-Aydrus (Temenggong Johor ke-I), Tun Abdul Jamal dari Wangsa Bendahara berkahwin dengan Raja Daeng Maimunah binti Almarhum Opu Daeng Perani dari Wangsa Diraja Bugis Luwu dan keturunan mereka berdua dikenali sebagai Wangsa Temenggong sampai sekarang.
  2. 18021803: Almarhum Temenggong Tun Daeng Abdul Hamid bin Almarhum Temenggong Tun Abdul Jamal (Temenggong Johor ke-II), Tun Daeng Abdul Hamid menggunakan dua gelaran Tun dan Daeng kerana ayah beliau dari Wangsa Bendahara dan ibu dari Wangsa Diraja Bugis Luwu kerana zaman itu orang Bugis sangat berkuasa di tanah Melayu ketika itu.
  3. 18061825: Almarhum Temenggong Tun Daeng Abdul Rahman bin Almarhum Temenggong Tun Daeng Abdul Hamid (Temenggong Johor ke-III).
  4. 1855-1862: Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim Ibni Almarhum Temenggong Tun Daeng Abdul Rahman (Maharaja Johor ke-I De facto dan Temenggong Johor ke-IV), Tun Daeng Ibrahim bagi gelaran Ungku untuk keturunan beliau kerana beliau menjadi Maharaja Johor.
  5. 1862-1895: Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim (Sultan Johor ke-XX), Sultan Johor Moden ke-I, Maharaja Johor ke-II, Temenggong Johor ke-V dan terakhir), Sultan Sir Abu Bakar bagi gelaran Tunku untuk keturunan beliau kerana beliau menjadi Sultan Johor.
  6. 1895-1959: Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar (Sultan Johor ke- XXI, Sultan Johor Moden ke-II).
  7. 1959-1981: Almarhum Sultan Sir Ismail Ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim (Sultan Johor ke-XXII, Sultan Johor Moden ke-III).
  8. 1981-2010: Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ismail (Sultan Johor ke-XXIII, Sultan Johor Moden ke-IV).
  9. 2010-Kini: Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj (Sultan Johor ke-XXIV, Sultan Johor Moden ke-V).
  10. Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (Tunku Mahkota Johor, Pewaris takhta ke-I).
  11. Tunku Iskandar ibni Tunku Ismail (Raja Muda Johor, Pewaris takhta ke-II).

Lihat juga