Tengku Baharuddin
Tengku Baharuddin | |
---|---|
Tengku Sri Temenggung Raja | |
Fail:- - | |
Tengku Sri Temenggung Raja Terengganu ke XX | |
Pemerintahan | 1999 - kini |
Kemahkotaan | 1999 |
Didahului oleh | Tengku Abdullah Khahhaif Shah Ibni Sultan Muhammad Muazzam Shah II |
Diikuti oleh | - |
Keputeraan | Tengku Badrul Hisham @ Baharuddin bin Tengku Mahmud (1976-12-20) 20 Disember 1976 (umur 47) Terengganu |
Pasangan | Noor Intan Zurina binti Noor Mohamed (k. ; c. ) To' Puan Seri Nabilah Khan binti Mahmud Khan (k. 2016) |
Anakanda | Tengku Muhammad Ashman Tengku Muhammad Ariesh Tengku Muhammad Ozaer Tengku Muhammad Adreez Tengku Muhammad Mahmud Akbar Nasreddine Haqqani |
Kerabat | Bendahara |
Wangsa | Tun Abdul Majid |
Ayahanda | Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah |
Bonda | Cik Khadijah |
Agama | Sunni Islam |
Kerabat Diraja Terengganu |
---|
KDYMM Sultan
|
YTM Tengku Sri Bendahara Raja
|
YTM Tengku Sri Panglima Raja
|
YAM Tengku Sri Temenggung Raja
|
YAM Tengku Nur Rohana Fathia Putri YBhg. Encik Essam Omar Fakieh |
YAM Tengku Dato' Rahimah Putri Kerabat luas diraja YAM Tengku Seri Paduka Raja |
|
Yang Amat Mulia Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (diputerakan 20 Disember 1976) ialah Tengku Sri Temenggung Raja. Beliau merupakan adinda kepada KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Kehidupan awal dan pendidikan
Tengku Baharuddin diputerakan pada 20 Disember 1976 di Terengganu. Beliau adalah anakanda kepada Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu bersama Cik Khadijah.
Tengku Baharuddin memiliki sijil dalam Pengurusan Hotel dari Singapore Hotel and Tourism Education Centre (SHATEC) pada tahun 1994 sebelum melanjutkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan dan Perniagaan Pelancongan (Pemasaran) di University of De Montfort, United Kingdom pada tahun 1996.[1]
Kerjaya
Tengku Baharuddin adalah Pengarah beberapa Anak Syarikat Kumpulan dan juga menganggotai Lembaga Pengarah Syarikat Swasta. Beliau adalah bekas pengarah Haison Resource Bhd dari 2008 hingga 2016.[2]
Darjah kebesaran
Tengku Baharuddin telah dikurniakan:
- Terengganu :
- Ahli Darjah Kedua Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (DK II)
- Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) membawa gelaran Dato' Seri[3]