Tetap Di Sini
"Tetap Di Sini" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Siti Nurhaliza | ||||
daripada album OST Paloh | ||||
Dilancarkan pada | 2003 | |||
Genre | Balada | |||
Panjang | 4:35 | |||
Penulis | Aiman, Hani MJ | |||
Kronologi single Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Tetap Di Sini" ialah sebuah lagu nyanyian Siti Nurhaliza. Lagu ini digubah oleh Aiman (Zulkifli Majid) dan ditulis liriknya oleh Hani MJ (Norhani Md Jamil). Lagu ini menjadi lagu tema bagi filem berunsur patriotik Paloh yang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 10 Julai 2003. Sebuah video muzik iringan turut dirakamkan untuk lagu Tetap Di Sini. Video muzik ini diarahkan oleh Sandosh Kesavan dan dimuatkan di akhir filem Paloh dalam bentuk VCD. Video karaoke untuk lagu Tetap Di Sini juga boleh didapati dalam album VCD MTV Karaoke Siti Nurhaliza CT Best 6.
Rencana berkenaan lagu ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s