Titisan salji

Titisan salji
Status pemuliharaan

Hampir terancam  (IUCN 3.1)[1]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Asparagales
Keluarga: Amaryllidaceae
Subkeluarga: Amaryllidoideae
Genus: Galanthus
Spesies:
G. nivalis
Nama binomial
Galanthus nivalis
L.
Julat G. nivalis     wujud, tetap
Sinonim[2]
  • Chianthemum nivale (L.) Kuntze
  • Galanthus alexandri Porcius
  • Galanthus imperati Bertol.
  • Galanthus melvillei Voss
  • Galanthus montanus Schur
  • Galanthus scharlokii (Casp.) Baker
  • Galanthus umbricus Dammann

Titisan salji (Galanthus nivalis) ialah spesies tumbuhan berbunga paling terkenal dan tersebar luas dalam genus Galanthus yang terdiri daripada 20 spesies. Titisan salju ini antara bebawang terawal yang kembang pada musim bunga dan akan membentuk hamparan putih yang indah di kawasan di mana ia berasal atau disebarkan. Ia tidak seharusnya dikelirukan dengan "bunga emping salji" dalam genus Leucojum dan Acis.

Penamaan

Nama "titisan salji" sepertinya adalah terjemahan langsung bagi nama Inggerisnya snowdrop. Di Indonesia, ia disebut sebagai tetesan salju[3] atau tetes salju. Ia selari dengan nama setempat Rusia подсне́жник: rodsnyezhnik[4] yang diberikan kerana pertumbuhannya di bawah timbunan salji (под снег rod sneg) yang mencair sejurus musim bunga.[5]

Nama generiknya Galanthus, daripada bahasa Yunani gala (susu) dan anthos (bunga), diberikan oleh Carl Linnaeus kepada genus itu pada 1735. Beliau memerikan Galanthus nivalis dalam Species Plantarumcode: la is deprecated karya beliau yang diterbitkan pada 1753. Julukan nivalis pula bermaksud "daripada salji", merujuk sama ada kepada bunganya yang bak salji ataupun perbungaan awal tumbuhan ini.[6]

Nama Inggerisnya "snowdrop" pula julung kali muncul dalam Great Herbal oleh John Gerard keluaran 1633 (dalam keluaran sulung (1597), beliau memerikannya sebagai "Timely flowring Bulbus violet"). Asal-usul namanya tidak jelas, sungguhpun ia boleh datang daripada kata Jerman Schneetropfen, iaitu sejenis anting-anting yang terkenal sekitar waktu itu.[7] Nama tradisional Britishnya termasuk February fairmaid, dingle-dangle, Candlemas bell, Mary's taper[8] dan, di sebahagian Yorkshire, snow piercer (semacam nama Perancisnya, perce-neigecode: fr is deprecated ).[9]

Taburan dan habitat

Galanthus nivalis ini banyak ditanam di kebun-kebun, lagi-lagi di utara Eropah, dan disebarkan dengan meluas di hutan jarang di kawasan di mana ia tumbuh. Walau bagaimanapun, ia tempatan di kawasan besar di Eropah, dari Sepanyol di barat, lalu ke arah timur ke Ukraine. Ia tempatan di Albania, Armenia, Austria, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Republik Czech, Georgia, Jerman, Hungary, Itali, Poland, Makedonia, Moldova, Montenegro, Perancis, Romania, Serbia, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Switzerland, Turki, Ukraine dan Yunani. Ia dikatakan telah disebarkan di Great Britain, Belgium, Belanda, Norway, Sweden, dan sebahagian Amerika Utara (Newfoundland, New Brunswick, Ontario, Massachusetts, Alabama, Pulau Rhode, Connecticut, Delaware, Indiana, Washington, New York, Michigan, Utah, New Jersey, Ohio, Pennsylvania, Maryland, Virginia dan Carolina Utara).[10][11]

Bunga titisan salji yang disebarkan di Taman Lembah Wissahickon pada awal Mac.

Sungguhpun sering disebut sebagai bunga liar tempatan British, atau telah dibawa ke kepulauan British oleh orang Rom, kini dikatakan yang ia mungkin telah diperkenalkan lebih lewat, agaknya sekitar awal abad keenam belas.[12]

Bunga titisan salji biasa

Rujukan

  1. ^ Crook, V.; Davis, A.P. (2011). "Galanthus nivalis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2011: e.T162168A5551773. doi:10.2305/IUCN.UK.2011-1.RLTS.T162168A5551773.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ The Plant List
  3. ^ Allen Kuslovic (2020). Mikrobiota dalam kesehatan manusia (dalam bahasa Indonesia). Diterjemahkan oleh Budi Hidayat. Cambridge Stanford Books.
  4. ^ Andrey Taranov (2022). Малайский разговорник и тематический словарь 3000 слов [Kamus tematik dan buku ungkapan Melayu 3000 kata] (dalam bahasa Rusia). Letters. m/s. 180. ISBN 5041847177.
  5. ^ Rostovtsev, S. I. (Ростовцев С. И.) (1898) "Подснежник, растение". Энциклопедический словарь Брокгауза и Ефрона [Kamus Ensiklopedia Borckhaus dan Efron]. (dalam bahasa Rusia) XXIV. "Подснежник — название весьма разнообразных растений, вообще тех, которые цветут раннею весной, тотчас после стаивания снега."
  6. ^ Bishop, Davis & Grimshaw (2002), m/s. 10, 18 (Introduction)
  7. ^ Bishop, Davis & Grimshaw (2002), m/s. ix (Introduction)
  8. ^ Mabey (1996), m/s. 421
  9. ^ Mabey (1996), m/s. 425
  10. ^ Kew World Checklist of Selected Plant Families, Galanthus nivalis
  11. ^ Biota of North America Program
  12. ^ Bishop, Davis & Grimshaw (2002), m/s. 17

Bibliografi

  • Bishop, Matt; Davis, Aaron P.; Grimshaw, John (2002). Snowdrops: A Monograph of Cultivated Galanthus. Griffin Press. ISBN 0-9541916-0-9.
  • Mabey, Richard (1996). Flora Britannica. London: Sinclair-Stevenson. ISBN 1-85619-377-2.
  • Stern, F. C. (1956). Snowdrops and Snowflakes – a Study of the Genera Galanthus and Leucojum. Royal Horticultural Society.

Bacaan lanjut

  • Davis, Aaron P.; Royal Botanic Gardens, Kew (1999). The genus Galanthus. A Botanical magazine monograph. Timber Press. ISBN 978-0-88192-431-2.
  • Gvaladze, G. E. (1983). "Ultrastructural study of Embryo Sac of Galanthus nivalis L.". In Erdelská, O.. VII. International Cytoembryological Symposium, High Tatra (Račkova dolina), June 14–17, 1982. Bratislava: Centre of Biological and Ecological Sciences, Institute of Experimental Biology and Ecology, Slovak Academy of Sciences. OCLC 15866997.
  • Gvaladze, G. E., Akhalkatsi MSh, Ultrastructure of autumn and spring Embryo Sac of Galanthus nivalis L. in Annales Scientifiques de l'Universite de Reims Champagne-Ardenne et de l'A.R.E.R.S., 1988, Numero 23
  • Plaitakis, A.; Duvoisin, R. C. (March 1983). "Homer's moly identified as Galanthus nivalis L.: physiologic antidote to stramonium poisoning". Clinical Neuropharmacology. 6 (1): 1–5. doi:10.1097/00002826-198303000-00001. PMID 6342763. S2CID 19839512.

Pautan luar

  • Kew plant profile: Galanthus nivalis (common snowdrop)