Uncle Usin

Uncle Usin
PengarahHusri HJ Husain
Dibintangi
  • Zizan Razak
  • Johan Raja Lawak
  • Nabil Ahmad
  • Shiqin Kamal
Diedarkan olehExcellent Pictures
Tarikh tayangan
  • 19 April 2012 (2012-04-19)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 1.00 juta

Uncle Usin merupakan sebuah filem genre komedi yang ditayangkan pada 19 April 2012 di Malaysia.

Sinopsis

Kumpulan Spy 13 yang dibangunkan 3 detektif persendirian sangat terkenal kerana berjaya menyelesaikan banyak kes-kes yang ditugaskan. Salah seorang ahlinya juga mempunyai pelbagai keupayaan seperti menerbangkan bola kecil kepada musuh. Dipendekkan cerita, spy 13 diupah untuk membongkar rahsia salah seorang bapa ahli kumpulan sendiri dan mereka mendapati 1 konspirasi besar sedang berlaku, menyebabkan mereka perlu mengembara ke seluruh negara untuk menamatkan konspirasi tersebut.

Pelakon

  • Zizan Razak sebagai Spy 13
  • Johan Raja Lawak sebagai 11
  • Nabil Ahmad sebagai Uncle Usin
  • Shiqin Kamal sebagai Julia
  • Ebby Yus sebagai Manan
  • Mat Over sebagai Dato' Harris
  • Tauke Jambu sebagai Samad
  • Angah Raja Lawak sebagai Security
  • Rosdeen Suboh sebagai Tok Sembilan

Lihat juga

  • Filem Malaysia tahun 2012

Pautan luar

  • Filem 2012 di FINAS