Dari Mata Turun Ke Hati

Dari Mata Turun Ke Hati ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 arahan Micheal Ang dibintangi oleh Mierul Aiman dan Arabella Ellen. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 12 Ogos menggantikan Dedaun Hijau Di Angin Lalu.[1]

Dari Mata Turun Ke Hati
GenreKomedi romantik
Berdasarkan daripada
Adaptasi daripada drama Jepun (Love's In Sight)
Ditulis olehNadia Khan
Michelle Yoon
Mamü Vies
Qawiem Hamizan
PengarahMichael Ang
Dibintangi oleh
  • Mierul Aiman
  • Arabella Ellen
Lagu pembukaanAku Kau & Bintang - Dinda Dania
Lagu penutupAku Kau & Bintang - Dinda Dania
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod16
Penerbitan
Penerbit eksekutifFrancis Foo
Leng Lai
Michael Ang
PenerbitMichael Ang
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Juita Viden
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal12 Ogos 2024 – 5 September 2024
Kronologi
MengikutiDedaun Hijau Di Angin Lalu
Diikuti olehUncle Bos Mama

Sinopsis

Kisah cinta antara seorang gadis bernama Iris Sofea (Arabella Ellen), yang tidak mempunyai penglihatan yang sempurna, dan seorang lelaki gangster jalanan bernama Jai Jerung (Mierul Aiman) yang suka melanggar undang-undang.

Jai Jerung, seorang pemuda nakal yang hidupnya tiba-tiba berubah selepas bertemu dengan Iris Sofea . Iris ni merupakan seorang gadis yang menghidap Deprivation Amblyopia dimana penglihatannya sangat terhad dan terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak.

Kisahnya bemula apabila berlaku satu insiden dimana Iris tanpa sengaja telah menyerang Jai. Tanpa disangka-sangka pertemuan yang tidak dijangka ini menjadi permulaan hubungan baik antara mereka berdua. Mereka mula mengenali satu sama lain dengan lebih dalam dan pada akhirnya saling jatuh cinta.

Namun begitu, Aira (Qistina Khaled), kakak kepada Iris merupakan seorang yang sangat strict dan sering menghalang Iris dari melakukan banyak perkara.

Pelakon

Pelakon utama

  • Mierul Aiman sebagai Jai Jerung
  • Arabella Ellen sebagai Iris Sofea

Pelakon pembantu

Rujukan

  1. ^ Dari Mata Turun Ke Hati myinfotaip.