Uncle Bos Mama

Uncle Bos Mama ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 arahan Hadith Omar dibintangi oleh Meerqeen, Ezzanie Jasny dan Yusuf Bahrin. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 9 September 2024 menggantikan Dari Mata Turun Ke Hati.[1]

Uncle Bos Mama
GenreKeluarga
Komedi romantik
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Uncle Bos Mama karya Nurul Syahida
Ditulis olehHafiz Bakar
Bainun Waheeda
Arshad Adam
Aina Atiqah
Syakirin Supardi
Hadith Omar
PengarahHadith Omar
Dibintangi oleh
  • Meerqeen
  • Ezzanie Jasny
  • Yusuf Bahrin
Lagu pembukaanJelita - Scha Nuril feat Muaz J.
Lagu penutupJelita - Scha Nuril feat Muaz J.
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod24
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzam Senin
PenerbitShouq Mohamad
Jeeps Mohamed
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
iFabulous Art Media & Event
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal9 September 2024 – Kini
Kronologi
MengikutiDari Mata Turun Ke Hati

Sinopsis

Lelaki yang sudah berteman wanita itu bernama Joshua. Dia punya perniagaan yang dibanggakan dan kehidupan sosial yang boleh tahan. Tapi dia sukakan ketenangan dan disebabkan sejarah masa lalunya, dia tak fikir dia mampu jadi seorang suami dan memiliki keluarga sendiri. Dia sudah menerima hakikat bahawa dia seorang loner yang akan bersendiri seumur hidupnya, tanpa sebarang ikatan.

Wanita bujang itu bernama Fish. Hidupnya kacau-bilau. Dia punya anak tanggungan yang ramai, lelaki yang disukainya dalam diam sepertinya tidak akan membalas cintanya, dia tidak pasti dia mampu membayar bil bulan ini, dan dia bekerja dengan majikan yang datang dari neraka.

Adik-beradik itu ada tiga orang. Shaina yang perasan dirinya lawa suka bermain cinta dan bergaduh dengan adik perempuannya. Shairil yang berkerusi roda suka memerhati macam perisik misteri. Shaila pula seorang yang lasak seolah-olah kelahiran semula seorang ninja. Ditambah pula dengan adik angkat mereka si Faiq yang kuat cembeng tapi cukup menarik hati, mereka mewarnai hidup Fish dari sehari ke sehari.

Apa yang berlaku apabila ada pertembungan di antara dua dunia ini? Apabila seorang lelaki jatuh cinta pada bukan hanya seorang wanita, tapi seluruh keluarganya?

Pelakon

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu

Rujukan

  1. ^ Uncle Bos Mama myinfotaip.