Majlis Daerah Kapit (MDK), Majlis Daerah Song (MDS), Majlis Daerah Belaga (MDB)
Keluasan
• Jumlah
38,934 km2 (15,033 batu persegi)
Penduduk
(2010[1])
• Jumlah
99,833
• Kepadatan
2.6/km2 (6.6/batu persegi)
Residen
Nyurak Keti
Plat lesen prefix
QP
Bahagian Kapit yang terbentuk pada 2 April 1973, merupakan bahagian ketujuh daripada sebelas buah bahagian pentadbiran yang terdapat di Sarawak, Malaysia. Ia merupakan bahagian pentadbiran yang terbesar di Sarawak dengan keluasan 38,934 kilometer persegi.
Bancian yang telah dijalankan pada tahun 2010 mendapati bahagian ini mempunyai seramai 99,833 orang penduduk. Berdasarkan jumlah tersebut, pecahan populasi berdasarkan etnik penduduk adalah sebanyak 68.7% Iban, 19.1% Orang Ulu, 7% Cina, 3.4% Melayu, 1.3% Melanau, 0.3% Bidayuh, dan 0.1% etnik-etnik lain.
Bahagian Kapit terdiri daripada tiga buah daerah iaitu (Kapit, Song dan Belaga). Terdapat juga dua buah daerah kecil iaitu (Nanga Merit dan Sungai Asap).
86% daripada jumlah kawasan Kapit adalah merupakan hutan simpan. Ekonomi utama yang dijalankan di bahagian ini sebahagian besarnya adalah aktiviti-aktiviti yang berasaskan hutan, pertanian, penanaman sawit, padi, getah, pisang, dan lada hitam. Terdapat juga sumber asli seperti arang batu di sini. Empangan Bakun juga terletak di bahagian ini.
Galeri
[2]
Rujukan
^"Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. iv. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-08. Dicapai pada 24 January 2011.
Majlis Daerah Bau •Majlis Daerah Betong •Majlis Daerah Dalat dan Mukah •Majlis Daerah Kanowit •Majlis Daerah Kapit •Majlis Daerah Lawas •Majlis Daerah Limbang •Majlis Daerah Luar Bandar Sibu •Majlis Daerah Lubok Antu •Majlis Daerah Lundu •Majlis Daerah Maradong dan Julau •Majlis Daerah Marudi •Majlis Daerah Matu dan Daro •Majlis Daerah Saratok •Majlis Daerah Sarikei •Majlis Daerah Serian •Majlis Daerah Simunjan •Majlis Daerah Sri Aman •Majlis Daerah Subis •