Daerah Pantu
Pantu | |
---|---|
Daerah Kecil Sarawak | |
Bendera Mohor | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Bahagian Sri Aman |
Daerah | Sri Aman |
Daerah Kecil | Pantu |
Pentadbiran | |
• Pentadbiran | Majlis Daerah Sri Aman Pejabat Daerah Kecil Pantu |
• DUN | N.30 Balai Ringin |
• Wakil Rakyat | YB. Encik Snowdan Ladan |
Keluasan | |
• Jumlah | 492.1 km2 (190.0 batu persegi) |
Penduduk (2010[1]) | |
• Jumlah | 10,446 |
• Kepadatan | 21/km2 (55/batu persegi) |
Poskod | 95000 |
Awalan Kod Panggilan Antarabangsa | +6083 (Talian tetap) |
Laman sesawang | Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sri Aman [1] |
Pantu merupakan sebuah daerah kecil yang terletak di bahagian Sri Aman, Sarawak. Ia terletak 65 km dari bandar Sri Aman, 139 km dari Bandaraya Kuching dan 80 km dari Serian. Daerah kecil ini terkenal dengan ikan tapah, buah durian dan udang galah.
Kawasan Pantu meliputi tiga buah pekan kecil iaitu Pantu, Sungai Tenggang dan Krangas, dan kawasan Jaong, Lachau dan Ran. Terdapat sekitar 107 buah rumah panjang dan beberapa buah kampung di sini.
Etimologi
Nama Pantu dikatakan berasal daripada sejenis rumbia atau nipah tempatan bernama "pantu", yang tumbuh dengan banyaknya di daerah kecil ini.[2][3] Pokok pantu mempunyai duri dan umbut yang boleh dimakan.
Nama saintifik pokok pantu ialah Eugeissona insignis.[4][5]
Sejarah
Daerah kecil ini merupakan kawasan perlombongan. Aktiviti tersebut masih diteruskan ketika era penjajahan Jepun.[2]
Demografi
Sebahagian besar penduduk di sini merupakan kaum Iban. Kaum Iban Balau tinggal di daerah kecil ini. Jadual ini menunjukkan jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik di Daerah Kecil Engkilili, Malaysia, 2010.[1]
Bil. | Etnik | Jumlah | Peratusan (%) |
---|---|---|---|
1 | Iban | 8,958 | 85.76 |
2 | Cina | 812 | 7.77 |
3 | Bukan Warganegara | 283 | 2.71 |
4 | Melayu | 199 | 1.91 |
5 | Bumiputera Lain | 74 | 0.71 |
6 | Bidayuh | 57 | 0.55 |
7 | Lain-Lain | 36 | 0.34 |
8 | Melanau | 18 | 0.17 |
9 | India | 9 | 0.09 |
JUMLAH | 10,446 | 100 |
Pentadbiran
Daerah kecil ini ditadbir oleh Pejabat Daerah Kecil Pantu di bawah seliaan Majlis Daerah Sri Aman (MDSA).
Sebelum diserahkan kepada Pejabat Daerah Kecil Pantu pada 1974, pentadbiran daerah ini dikendalikan oleh Pejabat Daerah Kecil Lingga.[2] Pejabat Daerah Kecil Pantu berpindah ke bangunan baru pada tahun 2002. Pada masa kini, Pejabat Daerah Kecil Pantu diterajui oleh Pegawai Tadbir Sarawak Pantu, En Mohammad Firdaus bin Jamil.
Ekonomi
Pertanian
Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama daerah kecil ini. Antara tanaman yang diusahakan ialah lada, kelapa sawit, padi, dan buah-buahan seperti rambutan dan nangka madu. Contoh projek pertanian yang dijalankan adalah seperti Projek Tanaman Buah-Buahan di Rapak dan Projek Pembangunan Tanah (Kelapa Sawit) SALCRA dan Syarikat Swasta di Jaong.[6]
Penternakan
Antara haiwan yang diternak di sini ialah ayam dan ikan. Terdapat juga projek penternakan yang dijalankan di sini seperti Projek Ternakan Ayam Telur Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Pantu 2001 dan Projek Ternakan Ikan Rh. Randi di Lachau.[6]
Perlombongan
Industri perlombongan turut dijalankan di sini contohnya lombong arang batu di Selantik.[6]
Kemudahan Awam Lain
Mahkamah Undang-Undang dan Penguatkuasaan Undang-Undang
- Balai Polis Pantu
- Pondok Polis Krangas Gayau
- Pondok Polis Sg. Tenggang
Penjagaan Kesihatan
- Klinik Kesihatan Pantu
Pendidikan
Tiada kampus Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau swasta (IPTS) di Pantu setakat ini. Namun begitu, terdapat tujuh buah sekolah rendah dan sebuah tadika di sini.[6] Antaranya ialah:
- Sekolah Kebangsaan Pantu
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, Pantu
Tarikan
Pantu terkenal dengan Pesta Pantu atau Pesta Ikan Tapah yang diadakan setiap tahun.
Rujukan
- ^ a b Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010
- ^ a b c Sarawakiana (29 April 2014). "Mengenali Daerah Kecil Pantu". Dicapai pada 29 September 2016.[pautan mati kekal]
- ^ Borneopost (19 Mei 2015). "Bazaar comes alive with Pantu Festival 2015". Dicapai pada 29 September 2016.
- ^ Melania Tesio (16 Mac 2014). "Palm Hearts: Overlooked Healthy Vegetables". Dicapai pada 30 September 2016.
- ^ Palmpedia. "Eugeissona insignis". Dicapai pada 30 September 2016.
- ^ a b c d Portal Rasmi Bahagian Sri Aman. "PEJABAT DAERAH KECIL PANTU". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-02. Dicapai pada 29 September 2016.
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
Rencana berkaitan Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s