Daerah Serian
Daerah Serian | |
---|---|
Daerah | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Serian |
Ditubuhkan | Februari 1955 (1955-02) |
Pusat pentadbiran | Serian |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Daerah Serian |
Penduduk [1] | |
• Jumlah | 89,078 |
Poskod | 94700 |
Laman sesawang | mpp |
Daerah Serian ialah sebuah daerah dalam bahagian dengan nama yang sama di Sarawak, Malaysia. Daerah ini mempunyai penduduk seramai 89,078 orang (2010).[1] Pekan pentadbiran ialah Serian. Pihak berkuasa tempatan (kerajaan tempatan) ialah Majlis Daerah Serian.
Sejarah
Daerah Serian ditubuhkan pada Februari 1955, yang mana sebelum ini ia merupakan kawasan Sadong Atas (bahasa Inggeris: Upper Sadongcode: en is deprecated ) iaitu sebahagian daripada Daerah Sadong.[2] Pegawai Daerah pertama ialah H. R. Harbow.[2]
Daerah Serian menjadi salah sebuah daerah dalam Bahagian Serian sejak 1 Ogos 2015.[2] Sebelum ini, Daerah Serian merupakan salah sebuah daerah dalam Bahagian Samarahan apabila bahagian tersebut diisytiharkan pada 1 Januari 1987.[2]
Penduduk
Pada tahun 2010, penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Serian direkodkan seramai 89,078 orang.[1] Daripada jumlah tersebut, majoriti penduduk iaitu 90.1 peratus terdiri dari orang Bumiputera. Bangsa Cina merangkumi 9.3 peratus, sementara bangsa India dan lain-lain, masing-masing merangkumi 0.2 dan 0.3 peratus.
Rujukan
- ^ a b c "Jadual 1: Ringkasan perangkaan penting bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Malaysia, 2010" (PDF). www.statistics.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 Februari 2015. Dicapai pada 14 Februari 2019. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b c d "Laman Web Pentadbiran Bahagian Serian". serian.sarawak.gov.my. Dicapai pada 14 Februari 2019.
Pautan luar
- Laman web rasmi Majlis Daerah Serian
- Laman Pejabat Daerah Serian di laman web Pentadbiran Bahagian Serian
Koordinat: 1°10′15″N 110°33′59″E / 1.170762°N 110.566426°E / 1.170762; 110.566426
Rencana lokasi di Sarawak ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s